Apa yang ibu mengandung makan sudah tentu akan diperoleh oleh anak
dalam kandungan. Oleh itu jika hamil, pastikan ibu menjaga pemakanan.
Makan makanan yang terbaik supaya anak di dalam rahim membesar sihat dan
cerdas.
Khas untuk ibu-ibu yang sedang hamil, jom saya kongsikan 9 makanan terbaik yang mesti di amalkan ketika hamil
1. Kurma
Sebagai tenaga segera kerana mudah diserap dan diproses. Kurma mengandungi kandungan serat yang tinggi malahan dikatakan tiga
kali lebih tinggi daripada pisang. Ia sangat sesuai
dimakan oleh ibu hamil terutama yang hilang selera makan di awal
kehamilan.
Buah tin kering membekalkan enam kali lebih kalori daripada
yang basah. Proses pengeringan telah mengakibatkan pemekatan nutrisi
di dalamnya menjadikan ia lebih kaya dengan pelbagai
mineral dan zat galian tetapi rendah sodium.
3. Madu
Madu yang manis ini sememangnya disukai oleh semua orang.
Seperti sedia maklum, ia dianggap sebagai ibu segala makanan. Menjadi
penawar pelbagai penyakit jika diamalkan
meminumnya setiap hari.
Buah delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit
jantung, menstabilkan tekanan darah. Jika ibu hamil mengalami masalah
bacaan hb darah rendah, memang disarankan makan
buah delima atau minum jus delima.
Khasiat susu kambing memang diakui bagus untuk membantu
masalah asma, reumatik, demam kuning dan menguatkan tulang. Petua orang
tua mengatakan ibu hamil amat elok minum susu kambing
untuk mengelakkan anak terkena kuning atau jaundis apabila lahir.
Berkhasiat sebagai minuman penyejuk badan. Selain itu ia
juga bagus untuk memabntu ibu hamil melawaskan kencing, masalah sembelit
dan mengurangkan risiko kencing manis (jangan campur
gula).
Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula
serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang baik untuk
mencegah penyakit terutama kanser. Wanita mengandung yang
mempunyai masalah air ketuban kurang juga digalakkan banyak makan buah
tembikai.
Sapulah minyak zaitun pada perut ibu mengandung, Insha Allah masalah regangan perut akan berkurangan.
Halia terkenal sebagai makanan membuang angin, memanaskan
badan dan membantu penghadaman. Selain itu ia juga berkesan mengurangkan
rasa loya yang dialami oleh ibu hamil di awal kehamilan
selain membantu melancarkan pengedaran darah.
Thanks for reading.
Semoga bermanfaat :)
1 comment:
trm ksh utk info.. kenkadang info ni bukan utk 1st mom je kan.. sy preggy kali kedua pun still byk lg benda kena belajar..
Post a Comment