Wednesday, 16 September 2015

8 Tips Penting Penjagaan Kulit Wanita 30an Agar Bersih, Cerah Dan Berseri


Apabila usia semakin meningkat, kebanyakan wanita akan mula merasa bimbang mengenai kulit wajah mereka, terutamanya apabila dah mula mencecah usia 30 tahun. Peningkatan usia menyebabkan badan kita hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit kedut, kusam, jeragat dan sebagainya. Umur 30 tapi nampak macam umur 40, 50 tahun. Seram takk? Tengok orang lain yang sebaya malah ada yang lebih tua, masih cantik bergetah macam anak dara, tapi diri sendiri dah macam makcik-makcik dah.

Memandangkan saya ni pun dah 30 tahun lebih, memang nak kena prihatin juga bab-bab ni. Bagi geng-geng yang dah 30 an tu, sesama la kita jaga ye. If belum pernah jaga, belum terlambat lagi nak mula sekarang. Bagi yang dah memang jaga dari awal tu, baguih baguih. Teruskan. Bagi adik-adik akak yang masih 20 an tu, akak nasihatkan jaga dari sekarang yer. Baru la maintain gitu. Kang makin usia meningkat, makin banyak pulak masalah yang timbul, makin susah pulak nak repair nanti.

 Comeynya la hai Amy Mastura ni..
Umur dah 44 tahun dah ni, tapi macam 20an gitu

8 Tips Penting Penjagaan Kulit Wanita 30an Agar Bersih, Cerah Dan Berseri

Jom saya nak kongsikan 8 tips penting penjagaan kulit wanita 30an agar lambat berkedut, dan sentiasa nampak bersih, cerah dan berseri.

Ni kalau korang amalkan tips ni, insyaAllah korang pun boleh kelihatan cantik dan awet muda macam anak dara walaupun dah mencecah angka 30 an.
Sesama la kita ya :)

1. Lakukan rutin asas penjagaan kulit

Pastikan produk yang digunakan adalah sesuai untuk jenis kulit anda. Ramai yang ingat membersih wajah ni sekadar menggunakan pencuci muka. Tapi sebenarnya, kita ada 3 langkah asas tau, rutin yang seeloknya kita buat 2 kali sehari iaitu  mencuci wajah, memakai toner dan moisturizer/ pelembap. Dan, sesekali buang sel kulit mati dengan skrub yang halus.

Bagi anda yang ada budget, masa dan juga kerajinan, boleh juga sesekali mendapatkan rawatan profesional di spa dan sebagainya. Tapi kan, saya pernah la dengar Rozita Che Wan share tentang tips kecantikan beliau, yang beliau memang takde pun buat rawatan kat facial and spa ni. So actually, if kita dah memang buat rutin asas yang tadi tu untuk penjagaan luaran, pun kira dah memadai dah, dah boleh cun ala-ala Che Ta juga la.


2. Jangan lupa sunscreen/ krim pelindung matahari

Ni penting juga ni. Matahari pun boleh menjadikan kulit kita rosak, nampak lebih berusia, muncul bintik-bintik hitam, pigmentasi, jeragat dan berkedut dengan cepat. So, jangan lupa untuk menggunakan pelindung matahari apabila anda melangkah keluar. Kalau nak senang maacam saya, guna jer mosturizer yang ada SPF sekali. Tak payah nak tempek2 banyak kali dah.

 
3. Exfoliate kulit

Lapisan kulit mati pada kulit tidak membenarkan kulit segar berada di permukaan. Jadi, kita perlu buang sel kulit mati ni. Sel kulit mati ni lah yang jadikan kulit kita kusam, pori tersumbat, jerawat dan parut-parut hitam. Bila dah takde sel kulit mati ni, makanya barulah kulit kita nampak segar, berseri dan segala masalah kulit yang buatkan kita stress.

Selain menggunakan scrub yang halus dan lembut, pengambilan protein yang baik juga membantu menanggalkan sel kulit mati dan membina sel kulit yang sihat. Pilihan supplement protein terbaik of course la ESP Shaklee sebab saya sendiri pun dah dekat 3 tahun ambil ESP ni.


4.  Guna masker untuk menegangkan kulit

Oleh kerana wanita akan kehilangan kolagen daripada kulit, kulit mula untuk menjadi kendur sedikit. Untuk mengelakkan hal ini, gunakan masker yang sesuai untuk menegangkan kulit. Seeloknya gunakan masker ni adalah selepas pembersihan dan menanggalkan sel kulit mati. 

Saya pun guna juga masker ni, tapi saya punya special sikitla. Saya guna yang semulajadi jer, vitamin Shaklee yang saya makan tu lah yang saya guna buat masker. Kesan best, jimat pun jimat.


5. Makan makanan yang kaya dengan antioksidan

Radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan kecelaruan pada kulit, selain menimbulkan ancaman kanser dalam badan. Salah satu tips  yang terbaik  dalam penjagaan kulit dalam 30-an adalah makan makanan yang kaya dengan antioksidan. Buah-buahan seperti anggur, sayur-sayuran adalah sangat baik dalam hal ini.

6. Minum banyak air

Air membantu untuk mengeluar toksin dari badan dan mengekalkan cahaya pada kulit. Air membantu kulit terhidrat dari dalam, sekali gus mengekalkan keanjalan. Ini adalah salah satu cara yang paling mudah di dalam tips penjagaan kulit. 


8. Ambil suplemen tambahan

Asid Lemak Omega 3, vitamin c, vitamin E, multivitamin.. antara vitamin yang membantu mengekalkan kulit yang sihat, cerah, bersih dan lembut. Mengambil suplemen tambahan ini boleh membantu mengekalkan kemudaan di wajah. 

Honestly, pengalaman saya sendiri.. zaman sebelum tak ambil supplements dulu, kulit banyak sangat masalah. Kadang ok, kadang teruk giler. Tu belum mauk bab-bab selalu sembelit lagi tu. Nampak sangat badan tak cukup zat. Bila dah berjinak-jinak dengan supplements ni, barulah kulit improve sangat-sangat. Memang beza sangat aihh. Memang betul la orang dok cakap, kecantikan bermula dari dalam. Tak cayer, cer try ambil supplements. Tapi supplements yang bagus la. Pilihan saya of course le Shaklee :)


Sekian perkongsian tips dari mak anak dua yang dah nak masuk pertengahan 30an ni..  :)

Selamat Hari Malaysia semua!
Hari ni cuti, so ingat nak bawak anak-anak main kat playground tapi jerebu still ada lagi.
So, kitorang just keluar breakfast kat luar, beli barang-barang sikit.
Satg nak masak pulak, lewat sikit masak hari ni sebab nak masak mee kuah udang je hari ni, request cik abang. Sementara nak masak tu, sempat lagi update dulu blog kesayangan ni.
Selamat bercuti and have a wonderful time with your family ya :)

No comments: