Assalamualaikum..
Selamat Hari Isnin
Setelah bercuti panjang sempena cuti sekolah dan cuti Hari Raya Aidiladha, maka hari ni bermulalah balik rutin harian masing-masing kan. Selamat kembali bekerja and selamat kembali menjalankan tugas masing-masing ya.
My rotine pagi-pagi ni, macam biasala settle kan hal anak-anak nak ke sekolah and cik abang ke office. Sementara jap lagi nak masak untuk lunch, so sempat la nak update blog kesayangan ni sekejap.
Saje nak share kisah beraya baru-baru ni. Alhamdulillah, seronok sangat dapat beraya dengan family, jumpa saudara-mara. Biasanya kalau raya haji cuti sehari jer kan, tapi ni kebetulan jatuh waktu cuti sekolah and hari Khamis, so dapatla beraya lama sikit kan. Makan jangan cakap la, sampai sekarang pun still rasa kenyang lagi. Punya makan tak hingat dunia. Dengan ketupat, rendang, daging korban segala bagai... fuhh.
Gambar tak banyak sangat actually raya ni, gambar family pun takde. Sibuk beraya ke sibuk makan ke tak sure lak :)
Macam biasa, Irfan yang paling awal siap
Breakfast macam ni hanya di musim-musim raya, bukan selalu ni
Irfan buat mulut itik tak ajak mama
Kakak kat mana, kakak kat mana
Kakak macam ayah sikit, tak gemar bergambar.
Jenuh mama nak ajak
Bukan senang ni nak ajak cik abang selfie :)
Sambil beraya sempat lagi main UNO tiga beranak ni, siap angkut dari rumah
Yang paling PRO irfan la, paling selalu menang.
Lawak pun ada bila main ngan irfan. Terhibur hati mama
Kenyang perut senang hati :)
Kami semua kekenyangan and happy
Obviously irfan la yang paling kenyang :)
1 comment:
Post a Comment