Biasa dengar kan, kalau nak anak kulit cantik putih gebu, amalkanlah minum soya sepanjang waktu hamil.
Soya dan kecantikan kulit memang tak dapat dipisahkan.
Tapi, sebenarnya, soya ni bukan untuk kulit cantik je tau, banyak lagi manfaat dan kebaikan soya untuk ibu hamil.
Soya Untuk Perkembangan Bayi Yang Sihat
Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.
Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.
Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.
Soya tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.
Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.
Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.
6 Ciri Soya Yang Bagus
Banyak kan kebaikan soya untuk ibu hamil.
Tapi, soya ni pun tak boleh sebarang ambil juga.
Sebelum nak ambil mana-mana produk soya, in general make sure 6 kriteria pemilihan soya yang bagus ni complied k…
- Non GMO soy
- Certified organic products
- Diproses pada suhu rendah
- Dibasuh dengan air bukannya alcohol untuk mengekalkan 9 jenis asid amino perlu
- Calcium fortified
- Bahan anti thyroid seperti genestein removed
Ibu hamil dan mengandung tidak perlu risau atau pening-pening nak pilih produk soya ni, kerana Shaklee ada menawarkan soya yang selamat dan halal, mendapat pegiktirafan dari badan Islam di USA dan disahkan oleh Jakim Malaysia. ESP Shaklee ni pun dah lebih 50 tahun dalam pasaran, dan merupakan produk protein soya pertama di dunia!
5 Sebab Kenapa Ibu Hamil Patut Amil Soya ESP Shaklee?
- Kerana satu hidangan ESP bersamaan dengan 12 gelas susu. Bagi ibu yang sukar nak disiplin diri mengambil susu, boleh gantikan dengan ESP soy protein kerana ianya tidak memuakkan dan rasanya juga manis buah, tidak terlalu manis kerana ia tidak mengandungi pewarna dan perisa tiruan.
- Soya ini sangat mudah dihadam dan ia membekalkan kalsium, protein dan karbohidrat yang sempurna untuk ibu.
- Dalam ESP ini mengandungi vitamin B6 yang terkenal dengan keupayaannya untuk kecantikan kulit. Ada ibu yang semasa mengandung mengalami alahan pada kulit yang mana kulit jadi kusam dan tak cantik, juga kering. Vitamin B6 boleh bantu melembabkan kulit ibu bagi lebih bermaya dan nampak cantik.
- Dalam ESP Soy Protein ini juga mengandungi Lysine di mana Lysine ini berfungsi membantu badan menyerap kalsium. Seperti yang kita ketahui, bila hamil pertumbuhan bayi anda memang amat memerlukan kalsium untuk pertumbuhannya. Jika kalsium dalam badan ibu tidak mencukupi, ianya boleh beri kesan kepada ibu untuk jangka panjang kerana ibu boleh kehilangan simpanan kalsium dalam badan. Kehilangan kalsium boleh menyebabkan ibu berisiko menghadapi osteoporosis (kereputan tulang) dan juga kesan pada gigi.
- Kandungan Lysine juga boleh bantu ibu hilangkan keletihan, kepenatan, rasa penat melampau, rasa loya, menggigil, seram sejuk, tiada selera makan dan anemia.
Antara feedback dari ibu-ibuhamil yang amalkan ESP Shaklee ni...
- Bagi tenaga semasa hamil dan semasa proses bersalin
- Bagi rasa kenyang yang lama
- Kulit ibu makin cerah dan licin
- Kulit baby halus dan gebu
- Tiada stretch mark dan stretch mark yang lama pun hilang
- Masalah gastrik dan pedih ulu hati hilang
- Bantu masalah diabetes (GDM) ketika hamil
- Hemoglobin (HB) tiada masalah
- Berat badan tak naik banyak atau berlebihan
- Susu badan meriah dan pekat
Memang pengakuan ikhlas dari ibu-ibu hamil yang dah jatuh cinta dengan ESP Shaklee, yang sampai lepas bersalin pun sambung minum ESP ni lagi :)
Ehem ehem..
Yasmin Hani pun amalkan ESP Shaklee time pregnant yer :)
No comments:
Post a Comment