Tuesday 22 September 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha. Jom Balik Kampung !


Rasanya ramai yang mungkin dah start cuti esok ni. Kebetulan pulak kali ni Raya Haji waktu cuti sekolah, and hari Khamis, so ramai yang dah mula ambil cuti awal sambung sampai hari Jumaat. Dapatla balik raya kat kampung lama sikit kan.

Bagi yang akan memulakan perjalanan malam ni atau esok, bawa kereta elok-elok yer. Semoga perjalanan anda dipermudahkan dan selamat sampai ke kampung halaman masing-masing.

Saya actually dah kat kampung ni. Kakak and irfan awal-awal lagi request nak balik rumah mak tok sebab school holiday 1 week. Mama pun ikut la sekali, bolehla tolong mak tok prepare apa yang patut untuk raya ni. Ni yang bestnya jadi work at home mother ni, tak perlu nak apply cuti bagai. Balik kampung pun, kerja still on, kata online business kan. Cik abang pun ok jer, lepas hantarkan kami anak-beranak kat kampung weekend hari tu, cik abang balik ke Penang balik. Esok lepas kerja baru datang balik.

Singgah breakfast favourite nasi lemak Irfan dulu sebelum balik kampung

Singgah Shaklee jugak dulu, beli barang-barang untuk customer tersayang

 Aktiviti hari ni...
Balut ketupat daun palas. Fuhh, berpeluh-peluh wehh..
Nasib baik dah pro sikit

Settle 1 setengah kilo beras pulut.
Kukus sikit buat minum petang, rasmi dulu sebelum raya 
Makan kosong jer pun sodap, maklumlah rendang takde lagi

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Kepada mereka yang mengerjakan ibadat haji, semoga ibadat mereka diterima dan insyaAllah mendapat haji yang mabrur. Kepada yang bakal mengerjakan ibadah korban, selamat mengerjakan ibadah korban.

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan

Selamat Hari Raya Aidiladha!

No comments: