Tuesday 23 August 2016

5 Rahsia Lisa Surihani Kurangkan Berat Badan Selepas Bersalin. Turun 11kg!


Nak kurangkan berat badan selepas bersalin, bukannya mudah bagi kebanyakan ibu, tetapi bukan juga mustahil. Kita yang orang-orang biasa ni pun beriya nak kurus selepas bersalin, lagi lah kalau artis yang jadi perhatian ramai tu.

Siapa tak kenal Lisa Surihani kan. Baru-baru ni, dia ada berkongsi tips beliau kembali kurus sekarang.

Kalau kita tengok sebelum ni, waktu baru-baru Lisa Surihani bersalin dulu tu, boleh dikatakan dia agak chubby juga, tapi macam biasa la tetap comel dan cantik. Menurut Lisa dia tidak pernah berputus asa walaupun berat badannya tidak turun selepas tempoh berpantang.

Namun selepas beberapa bulan amalkan gaya hidup sihat, ibu kepada Yahaira Leanne ni berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram.

Hasilnya berat badan Lisa kini turun ke 53 kg berbanding 64 kg sebelum ini.


Nak tau tak apa rahsia Lisa. Jom kita baca

5 Rahsia Lisa Surihani Kurangkan Berat Badan Selepas Bersalin

1. Kawal Hidangan

Kawal hidangan bermaksud kita boleh makan apa yang kita nak makan, tetapi dalam hidangan yang sedikit. Sebagai contoh, dalam satu pinggan itu setengah daripadanya adalah sayur, suku daripadanya karbohidrat, suku lagi protein. Jadi saya masih boleh makan apa yang saya nak dan kita boleh belajar sejauh mana 'hunger level' kita. Kalau masih nak makan makanan yang kita suka tetapi tinggi kalori, ambillah dalam jumlah yang sedikit.

2. Makan buah sebelum makan

Buah penting untuk di makan dalam makanan harian tetapi tips saya ialah, makanlah buah sebelum anda makan nasi. Budaya kita makan buah selepas makan nasi. Itu sebenarnya tidak betul.

3. Senaman

Saya akui tidak pernah bersenam sebelum ini. Malah selepas berpantang saya hanya diet dan kawal pemakanan sahaja. Jadi penurunan berat badan saya tidak begitu ketara.

Jadi saya nekad dan mula bersenam disamping mengamalkan pemakanan sihat. Saya terkejut kerana berat badan turun mendadak. Bila mula bersenam badan rasa 'sedap' dan tak tahu kenapa saya semakin seronok bersenam dan telah menjadikannya rutin.

Sekarang saya dah tak kisah dengan berat tetapi masih bersenam kerana sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini.

4. Air

Apabila mengamalkan makan dengan jumlah hidangan yang sedikit, saya akui mudah berasa lapar. Tapi saya mendapat satu tips ini, iaitu untuk mengetahui kita benar-benar lapar atau tidak selepas makan, saya akan minum segelas air. Jika selepas minum masih berasa lapar, itu bermakna kita masih perlukan makanan lagi tetapi jika sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada hormone trick wanita sahaja.

5. Supplement

Saya ambil supplement yang asas dan simple sahaja iaitu multivitamin dan B Complex kerana saya rasa badan kita memang memerlukannya.

Credit

No comments: