Monday 22 August 2016

Anak-anak Selalu Bergaduh, Apa Puncanya? 7 Tips Yang Ibu Boleh Amalkan Untuk Tangani


Memang memeningkan kepala kan bila anak-anak bergaduh ni. Bila anak-anak bergaduh ni, biasanya kita sendiri pun akan jadi stress. Tu yang buatkan kita jadi kita cepat naik darah dan marah-marah tu. Mana dengan penat kerja dan buat kerja rumah lagi kan.

Sekarang bila dah ada anak-anak ni, barulah faham macam mana perasaan mak dengan ayah kita dulu. Kita dulu-dulu pun kalau tak bercakaran dengan adik-beradik tu tak sah la kan. Saya ingat lagi, saya dulu kalau bergaduh suka menjerit-jerit. Nangis pun menjerit-jerit. Sekarang ni, anak saya yang sulung kakak Aina, rasa macam sepesen ja perangai bab menjerit2 ni. Yang si adiknya Irfan pula suka kacau si kakak, saja je nak bagi kakak nangis. Adehh.. sungguh menguji tahap kesabaran.

Adik-beradik bergaduh ni, common la kan, nature of sibling.
Tapi, ada juga sebab-sebab lain yang buatkan anak-anak selalu bergaduh ni, yang kita sebagai ibu bapa perlu ambil berat.


4 Sebab Utama Anak-anak Selalu Bergaduh

1. Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki.

2. Sering dibanding-bandingkan dengan sesaorang. Oleh itu dia mungkin ‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.

3. Sering menyaksikan perkelahian, dan menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.

4. Sekadar mahu mengekpresi perasaannya.

Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang bergaduh.
Langsung tak bergaduh tu tak mungkin la adik-beradik ni. Tapi yang penting, kita sebagai ibu bapa boleh cuba tangani dan kurangkan.

7 Tips Tangani Anak-anak Suka Bergaduh

1. Adil dan sayang sama rata

Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.

2. Jangan suka membandingkan anak-anak

Berhenti membanding-bandingkan mereka. Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan. Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita.

3. Jangan bertengkar depan anak-anak

Elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.

4. Beri perhatian

Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri,  berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.

5. Puji anak-anak

Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.

6. Kuasa doa

Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa.

7. Bisikkan ke telinga anak-anak semasa tidur

Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik.
Jangan pula kata,
"Jangan bergaduh selalu"
Kata kuncinya bergaduh. Sebaliknya, kata begini;
“Kakak suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kakak sayang adik-beradik.” 
Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.

Semoga perkongsian ni membantu ibu-ibu di luar sana.
Semoga bermanfaat :)

No comments: