entry ni actually terperap dekat draft since last week sebab ni citer time Chinese New Year lepas, tapi baru hari ni teringat nak publish. cuti hari tu kitorang tak g mana2 pun, just balik rumah mak aku kat Alor Setar jer. mulanya kakak aku ajak g Kelantan, sebab dia nak balik rumah in laws dia. ikutkan hati memang aku nak ikut, tapi disebabkan aku baru jer keluarkan sejumlah duit yang boleh dikatakan banyak gara2 membeli rumah baru, jadinya terpaksa la aku batalkan niat aku nak ikut. bukan apa, bila pk2 balik, jauh tu Kelantan. duit minyak, tol, hotel, makan pun dah berapa. tu belum masuk bab shopping lagi. no no no. nak kena menabung gak ni, kang nak masuk rumah baru, banyak gak duit kena keluar.
jadinya, melepak dan melantak jer la kerja aku time cuti CNY tu kat rumah mak aku. seluar pun makin ketat jer aku rasa. aku kalau balik rumah mak aku, mesti makan tak hingat dunia. punyala pulun, aku rasa tahap pengisian perut aku tu boleh tahan sampai seminggu punya bekalan. bab2 buncit jangan cakapla. takpe, boleh cover dengan baju:)
dahla pulun makan, keluar rumah pun sekejap2 jer. g shopping kat Tesco ngan Giant. pehtu bawa anak2 g main kat playground. layan anak2 main tu kira exercise la sikit, kejar anak2.
sambil layan anak2, macam biasa gambar harusla di’snap’:)
on your mark, get set, GOOOO!!
Irfan!!! wait for kakak!
cak! Irfan dah naik sini pulak
PEACE dari makcik guard
5 comments:
cantekkkk raya nnt leh terjah umah cik jatt la....raya kat penang or loq staq???
Walau makan banyak pun CJ tak boleh gemuk kakak rasa. Tetngoklah tu makan macam utk seminggu tapi still boleh main kejar-kejar dgn anak...
Budak2 ni dpt je lepas kat tmpt mcm ni mmg abeh hati.. Amboi!! Makcik guard maintain cun.. Hik3!!
seronok kan layan anak2 kat playgorund heeee
this is what is called 'quality time'~
bonding ibu dan anak..=}
Post a Comment