Saturday, 21 September 2013

[Tip Kurus Langsing] Cara yang Betul dan Berkesan Untuk Kurus Secara Sihat


Untuk kurus atau kurangkan berat badan, anda perlu makan. Makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. Anda tak perlu berlapar atau ikat perut untuk kurus.

Tips Mudah Makan untuk Kurus

1) Makan sekurang-kurangnya 5 kali sehari (breakfast - snek - lunch - snek - dinner)
Snek ringan yg dimakan di antara waktu hidangan utama sebenarnya mengelakkan anda daripada menjadi terlalu lapar dan mengambil makanan berlebihan.

2) Jangan skip meal, terutamanya main meal, dan jangan biarkan perut lapar

3) Untuk setiap hidangan, ambil dalam kuanti yang tidak terlalu banyak dan kawal pengambilan kalori

Entry kali ni saya akan berkongsi dengan anda antara pilihan snek sihat yang boleh anda ambil sementara menunggu waktu makanan utama. Pengambilan snek ni bukan sesuatu yang pelik malah sudah menjadi tabiat kebanyakan dari kita. Bila cakap snek jer, mesti ada yang dah terfikir jajan-jajan tu kan. Saya pasti semua menggemari jajan apatah lagi kalau yang banyak perisa MSG, bertambah-tambah nikmatnya. Kalau makan tu, rasa tak boleh nak stop. Sedar-sedar, habis sebungkus sekali makan.

 BIG NO NO

Pilihan Snek Sihat

Tapi samada sedar atau pun tidak, snek yang tidak berkhasiat mudah membawa kemudaratan kepada diri dan kesihatan diri khususnya.

Cubalah pelbagai snek berikut yang lebih berkhasiat dan sihat:
  • Buah-buahan segar adalah antara snek yang terbaik kerana ia rendah kalori dan kaya dengan vitamin! Epal, pear dan oren mudah dibawa. Buah-buahan tempatan mudah dipotong dan dihidangkan.
  • Hidangkan salad buah-buahan dengan yogurt rendah lemak untuk menambah pengambilan kalsium seisi keluarga anda.
  • Segenggam kismis atau sultana kering kaya dengan zat besi & serat, menjadikannya taburan atas salad yang lazat dan berkhasiat.
  • Gantikan pisang goreng dengan memakan pisang segar,rebus atau dipanggang.
  • Jagung panggang, rebus atau kukus adalah snek kaya dengan serat (jangan tabur garam & sapu marjerin atau mentega).
  • Biskut bijirin penuh rendah lemak dihidangkan dengan mentega kacang atau keju kaya dengan vitamin, mineral dan serat.
  • Kekacang. Segenggam kacang kuda rebus rendah lemak tetapi kaya dengan serat. Almond juga antara snek sihat
  • Tauhu sumbat kaya dengan serat dan khasiat kebaikan kacang soya.


Jadi, lupakan kentang goreng, pisang goreng, kerepek, coklat, nugget dan lain-lain snek yang tak berapa nak sihat tu. Cubalah snek lazat dan sihat yang disenaraikan di atas. Anda akan mendapat serat, vitamin dan mineral tambahan sebanyak kira-kira 50 hingga 100 kalori! Ingatlah, sedikit snek boleh melengkapkan diet, bukan merosakkannya.

Anggaplah snek cara untuk membantu anda mengamalkan diet sihat ye :)
Selamat berdiet secara sihat semua!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: