Friday 13 June 2014

National Conference Shaklee 2014 bersama Mr Roger Barnett


Alhamdulillah. Berakhir sudah majlis yang paling ditunggu-tunggu oleh semua Shaklee Independent Distributor, iaitu National Conference Shaklee. Majlis gilang-gemilang ni dianjurkan oleh Shaklee untuk memberi pengiktirafan kepada pengedar-pengedar yang cemerlang, dan Alhamdulillah saya juga merupakan salah seorang dari penerima anugerah kali ni.

Majlis yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 dan 8 Jun baru-baru ni, diserikan lagi dengan kehadiran Mr Roger Barnett, Chairman & CEO Shaklee, Dr Bruce Daggy, Senior Vice President, Research & Development and Chief Science Officer serta Mr Bradford Richarson, President Shaklee International. Dan lebih hebat lagi, NC kali ini diserikan dengan persembahan dari penyanyi yang tak asing lagi, iaitu Faizal Tahir. Faizal Tahir ni sangat sinonim dengan kami, kerana lagu tema kumpulan Jutawan kami adalah Gemuruh. Memang time Faizal Tahir nyanyi tu, rasa dia lain macam sangat. Sebak, semangat, teruja.. semua bercampur-baur.

NC kali ni pertama kali didadakan selama 2 hari. Mana taknya, terlalu banyak awards dan penerima anugerah, turun naik stage jer la kami 2 hari tu:) Dan uniknya lagi NC kali ni, Shaklee juga menaja sebahagian pengedar-pengedar yang layak dan cemerlang selama 3 hari 2 malam dengan layanan VVIP di hotel 5 bintang yang terkemuka, and yes, i'm one of them. Dahla dapat awards, dapat free trip lagi, tak ke best tu.

Ok, jom kita layan gambar pulak..

 Dah sampai. Register and check in dulu

 Ewahh... Disambut di hotel dengan kalungan bunga dan goodies bag.
Siap dapat duit cash lagi u, RM50 sehari seorang untuk lunch sebab tak lunch kat hotel.
Breakfast jer kat hotel, dinner pulak Shaklee organize Welcome Dinner and Gala Dinner

 Majlis bermula. I'm sooo excited!

My mami Hadhatina Mkb. Dah achieve the highest rank in Shaklee.
I follow u mami!

 Ni pulak gambar Welcome Dinner at Surf Beach Sunway Lagoon.
 Makanan memang best, tapi yang paling best dapat bergambar dengan abang Roger Barnett yang hensem tu. Walaupun gambar blur sikit, tapi dapat la juga kan:)

Balik jer dari dinner tu, tengok-tengok ada surprise gift dari Shaklee atas katil.
Dapat Coq Health dengan Collagen Powder tu. 
Thanks Shaklee!

 2nd day, bersambung lagi awards giving session.
And the last session, antara yang ditunggu-tunggu ni.. 
Ok, Faizal Tahir memang terbaik!

Malam kedua, Gala Dinner yang bertemakan Glitter Nite

Bersama dengan adik-beradik Shaklee yang gojes and amazing!

 Balik jer bilik malam tu, ada lagi surprise gift dari Shaklee.
Suka tau Shaklee ni buat kita terharu :)

Berakhirlah 2 hari NC Shaklee yang penuh dengan aura dan semangat.

Paling terbaik, perkongsian tentang kenaikan sales yang berganda-ganda dalam tempoh 5 tahun. 840%! Dan 200% pada tahun 2013! Inilah dia femonema Shaklee. Nama Shaklee dah mula meniti di bibir-bibir para pengusaha yang lain. Malah, ramai anti-MLM kini sudah mula menceburkan diri dalam bisnes Shaklee, dan ada yang sudahpun berjaya dalam bisnes ini!


Buat anda yang dah lama teringin nak join keluarga Shaklee kami, jangan teragak-agak atau tangguh-tangguh lagi ye. Rugi sangat kalau tak jadi sebahagian dari fenomena Shaklee ni. Teringat saya kata-kata Mr Roger Barnett, beliau yakin yang Shaklee akan semakin berkembang di Malaysia, pasaran kat Malaysia ni masih ada lagi 99% untuk ditembusi. 
Simple jer soalan dia, "Do u have smartphone? Everyone has smartphone, so just start a small step each day." So korang, let's be part of this. Banyak yang Shaklee tawarkan untuk kita grab. Jangan segan-segan untuk hubungi saya ya... :)
By the way, ini gambar koleksi awards dan free gifts yang saya dapat dari Shaklee sepanjang NC hari tu. Ada lagi yang tak masuk dalam gambar ni sebenarnya... Ni pun dah tak muat gambar dah. Thank you Shaklee!



No comments: