Wahh.. Tiba-tiba jer nak share tutorial wide shawl pulak. Ingat tak entry saya sebelum ni tentang wide shawl yang cantik.
Saya kan terbeli satu wideshawl cotton yang tersangat lebar sampai tak tau nak pakai macam mana kan. Kain dia agak nipis, mungkin sebab tu terlebih lebar dan panjang kut, supaya boleh lilit banyak kali. Masalahnya, macam mana. Tak nak la nanti nampak kepala besar pulak kan.
Ok, selepas dah search kat Youtube, terjumpa satu tutorial yang simple dan menarik. Tahap kelebaran dan kepanjangan shawl dalam tutorial tu nampak lebih kurang dengan shawl yang saya beli. So, rasanya boleh diguna pakai.
Ni tutorial tu...
Saya tengok seround tutorial tu, nampak macam simple je. Macam senang nak pakai. By the way, rasanya tutorial ni sesuai untuk wideshawl jenis cotton saja rasanya, yang schiffon dah flowy, pakai cara biasa pun dah ok.
So, waktu National Conference Shaklee baru ni saya try la kan pakai ikut cara tutorial tu. Tak test la pun cara pakai sebelum tu, budget dah terer la konon. Bila pagi nak pakai tu, macam ingat-ingat lupa pula step dia, tapi tak kuasa la kan nak tengok tutorial balik.
Rasanya tertinggal satu step, ke dua. Haha. Sebab hasilnya nampak lain macam. Tak kisah la kan, janji berjaya juga pakai, dan tutup dengan sempurna. Nila hasilnya... Pandangan jauh jer la yer. No selfie kali ni :)
Hope it helps :)
3 comments:
tq..nmpak mmg menarik..bole cube ni nnt..;)
try cik fadh. sesekali tukar style :)
Hmm dah tahu tu leh la buat video tutorial sendiri lak .. letak la vitamin shaklee kat sebelah, bagus untuk kesihatan orang yang tgk video tutorial shawl ni nanti .. hehehe
Post a Comment