Berat badan susah turun?
Ramai yang ada masalah ni, walaupun dah diet, dah exercise, dah ambil supplement. Mesti ada silap kat mana-mana kan, bak kata orang putih, must be something wrong somewhere.
Sebenarnya, walaupun dengan pengambilan makanan yang sihat, amalam bersenam, anda mungkin membuat beberapa kesilapan kecil yang menyebabkannya tiada hasil atau penurunan berat badan.
Jom saya kongsikan 7 kesilapan yang TIDAK akan membantu anda kurangkan berat badan. Jadi pastikan anda tidak amalkan kesilapan berikut ok.
Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning. Pengambilan sarapan pagi yang tinggi protein juga akan membantu mengawal selera makan anda sepanjang hari.
2) Makan tak cukup
Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh. Anda bukan sahaja melapar diri, anda juga akan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu. Sebaik-baiknya, makan 5 kali sehari.
3) Elak nasi
Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
4) Ikut diet membuta
Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins dan lain-lain. Tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
5) Terlalu fokus kepada satu perkara
Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
6) Terlalu obses dengan penimbang
Sekiranya anda mengambil protein tambahan dan melakukan senaman, anda mungkin tidak dapat melihat skala penimbang turun seperti yang diharapkan sewaktu menimbang. Ini adalah kerana, badan anda telah hilang lemak, dan otot-otot dibina. Petanda yang bagus ni yer, sebab otot penting untuk membakar lemak. Badan anda sekarang sebenarnya adalah mesin pembakar lemak yang effektif!
7) Diet jangka masa pendek
Bila dengar perkataan
diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term
tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi
“diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet
anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.
So, jangan stress stress ok..
Cuba semak balik dan elakkan dari melakukan kesilapan yang saya dah kongsikan ni.
Jom kurus secara sihat dan semulajadi!
No comments:
Post a Comment