Untungnya ibu-ibu yang tengah sekarang hamil sekarang ni. Sebabnya, sekarang ni Set Berpantang Shaklee dah semakin dikenali ramai. So, kalau korang Google jer Set Berpantang, penuh cerita tentang Shaklee jer la.
Zaman saya dulu, selepas bersalinkan Qistina dan Irfan 5 tahun lepas, takde lagi dengar tentang Set Berpantang Shaklee. Kalau dah kenal time tu, confirm tak pandang yang lain dah.
Pengalaman Berpantang dengan Jamu
Saya dulu berpantang dengan jamu, tapi tak perlu la saya mention brand apa ye, sebab tujuan saya nak share pengalaman jer tau. Pengalaman masing-masing mungkin berbeza.
Ramai yang message saya bertanyakan tentang Set Berpantang Shaklee. Ada yang masih menunggu hari, ada juga yang sudah dalam pantang. Ada yang dah hampir nak tamat tempoh berpantang pun ada, tapi bila saya tanya ada ambil apa-apa tak, ada yang jawab masih tengah survey tak tau nak ambil apa. Alahai sayanggg. Kenapa la biar punya lama macam tu.
Tak kisah la korang ambil apa pun, janji yang selamat dan dapat membantu memulihkan badan selepas proses kelahiran. Just imagine badan kita melalui fasa perubahan yang amat besar selama 9 bulan, takkan tak nak 'repair' balik, 'polish' balik. Rapatkan balik apa yang longgar, kecutkan balik apa yang kembang, serikan balik apa yang patut. Kritikal tau waktu berpantang tu, so jaga diri sebaik-baiknya ok. Bukan saja untuk kesihatan diri, malah kita juga perlu sihat dan fit demi tanggungjawab menjaga anak-anak dan suami.
Seeloknya, selepas bersalin tu dah terus amalkan pengambilan supplement.
Tapi, bagi yang mengamalkan jamu, if bayi kena demam kuning, perlu menunggu sehingga bayi sembuh dulu baru boleh mulakan.
Nak tau tak pengalaman saya berpantang dengan jamu dulu..
- Saya pun mulakan lambat sedikit, sebab nak tunggu baby betul-betul clear kuning
- Suffer nak habiskan, sebab pahit sangat yang untuk minum tu
- Jamu agak panas untuk saya, sampaikan baby dan saya sekali cirit-birit. Kena ambil dos yang paling minimum. Bukan sebiji tau, separuh biji, terpaksa patahkan dua baru ok dengan badan
- Seingat saya dalam set tu ada yang pil, ada yang perlu bancuh untuk minum, ada yang untuk sapu ke badan, ada yang untuk sebagai air basuhan. Paling kelakar, saya terminum air yang untuk basuhan. Packaging sama, terlupa nak baca. Lepas minum baru terbaca... Uweek, patutla lagi pahit semacam
Tak semua ibu serasi dengan set bersalin tradisional (jamu).
Mujur sekarang sudah ada produk yang mudah dan berkesan iaitu set bersalin dan berpantang moden Shaklee. Set ni sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.
Set ini sesuai diamalkan oleh ibu-ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan dan boleh diambil sejurus selepas bersalin walaupun bayi mengalami demam kuning.
1) Vitalea
Membekalkan keperluan vitamin dan mineral terutamanya zat besi yang membantu ibu yang kehilangan banyak darah selepas bersalin.
2) B Complex
Vitamin anti-stress, mengelakkan meroyan, menukarkan gula kepada tenaga
3) Vitamin C
Penting untuk penyembuhan, tingkatkan immune system dan kecantikan kulit
4) Zink
Membantu menyembuhkan luka dengan cepat, mengelakkan jangkitan kuman, mengurangkan masalah rambut gugur
5) ESP
Merupakan sumber protein tambahan semulajadi terbaik yang dapat mengekalkan tenaga kepada ibu berpantang. Protein adalah komposisi utama dalam susu ibu dan berfungsi dalam penghasilan hormon penyusuan yang amat penting.
6) Ostematrix
Juga salah satu komponen utama di dalam susu ibu. Sumber kalsium yang dapat mengelakkan sembelit, membantu masalah sakit-sakit badan, sakit belakang, lenguh-lenguh.
Testimoni Set Berpantang Shaklee
Set Berpantang Shaklee ni dapat membantu ibu tenang menghadapi rutin harian, dan menyediakan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman badan dengan berkesan (terutamanya yang melahirkan secara caesarean) dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan. Yang bestnya, kulit semakin cantik dan membantu juga dalam usaha mengembalikan bentuk badan ibu.
Jom, dapatkan Set Berpantang Shaklee yang hebat dan semakin digemari ramai ni :)
No comments:
Post a Comment