Thursday, 19 June 2014

Tips Berpuasa Untuk Ibu Mengandung


Assalamualaikum semua :)
 
Kedatangan bulan Ramadan memang dinantikan oleh semua umat Islam. Tak lama lagi ni, seminggu lebih jer lagi. Bagi ibu hamil, ada pengecualian daripada menjalani ibadah ini jika tiada upaya. Namun demikian bagi yang tiada masalah mual dan loya, kedatangan Ramadan amat disyukuri kerana inilah peluang untuk berpuasa penuh dengan izin Allah SWT.
Bagi yang teruk ‘morning sickness’, jangan paksa diri untuk meneruskan puasa. Fikirkan keadaan diri dan anak yang dikandung terutama bakal ibu yang baru berada dalam trimester pertama.

Untuk memutuskan sama ada seseorang ibu itu perlu berpuasa atau tidak sangat bergantung kepada keadaan nutrien ibu, sekali gus memenuhi zat makanan bayinya. Dalam kata lain, soal nutrien harus mendapat perhatian yang serius oleh ibu-ibu hamil. Perlu juga diingat ketika hamil seorang ibu harus memikirkan keperluan dirinya dan juga anak yang sedang dikandungnya. Jika tidak mengubah tabiat pemakanan, anak yang di dalam kandungan akan turut terjejas. Kekurangan makanan berzat walau sedikit pun akan menjejaskan kesihatan mereka.

Tips Pemakanan Ketika Puasa Untuk Ibu Mengandung
  • Perbanyakkan minum air masak semasa sahur dan selepas berbuka sepanjang malam, untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak 2-3 liter sehari. Dan jangan lupa minum susu juga ok.
  • Jangan makan berlebihan dan elak makanan yang mempunyai kandungan garam tinggi seperti telur dan ikan masin
  • Berbuka puasalah perlahan-lahan agar perut tidak terkejut. Untuk membantu penghadaman, kunyah makanan dengan baik.
  • Supaya anda mampu menahan lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan protein dan berserat. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadam makanan banyak serat dan juga protein. Selain makanan berserat dan protein, sebaik-baiknya sediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari.
Ibu-ibu yang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee, boleh teruskan pengambilan bagi menampung keperluan zat dan nutrisi anda untuk memastikan kesihatan ibu dan perkembangan bayi yang sihat. Dan insyaAllah membantu anda untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh bertenaga. Bagi yang belum, boleh baca info selanjutnya di sini.


Selain Set Kehamilan Shaklee, amat disyorkan juga anda mengambil Performance Drink. Performance Drink ni adalah minuman isotonik yang mampu memberi kecergasan dan juga sesuai diminum seisi keluarga. Amat disyorkan sepanjang berpuasa dan ketika cuaca panas sekarang ini untuk mengelakkan badan terhidrat  dan mengekalkan kadar bendalir dalam tubuh.



Selamat berpuasa ye ibu-ibu gojes semua. Semoga ibu-ibu semua diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang pernuh rahmat ini:)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: