Tiap-tiap hari kakak balik school, ada beberapa soalan rutin yang biasanya saya tanya kat kakak. Kadang-kadang belum sempat tanya pun, kakak yang excited dulu cerita macam-macam.
Salah satu soalan yang saya akan akan tanya,
"Kakak hari ni makan dengan siapa kat school?"
Then kakak akan mention la nama sekian-sekian. Dah ramai kawan anak mama ni. Senang hati mama tengok kakak happy dekat school.
Soalan berikutnya, saya akan tanya
"Kawan kakak bawa bekal ke beli dekat kantin?"
Actually, tujuan saya tanya ni nak korek idea bekal dari mak-mak lain. Next time boleh buat untuk kakak. Maklumlah, kadang-kadang kering jugak idea ni nak masak apa, asyik yang sama je. Ada sorang kawan kakak ni, tiap-tiap hari bila saya tanya kakak, kakak akan cakap dia beli dekat kantin 3 biji nugget dan 1 biji sosej.
Hmmm, actually makanan segera atau makanan yang telah diproses ni tak elok sangat makan hari-hari. Kesian kat anak-anak makan makanan yang tak berzat, tak bagus untuk kesihatan juga. Cuba bayangkan kita makan macam tu hari-hari. Saya ni pun bukannya rajin atau pakar sangat bab masak, struggle jugak nak cari resepi yang boleh ikut selera anak-anak ni. Irfan ok, semua makan, tapi kakak ni memilih sikit. Walaupun makanan segera ni sedap, mengenyangkan, senang nak masak, tapi saya memang sebolehnya tak nak biasakan anak-anak dengan makanan segera ni, once a while tu bole la. Memang takde stok pun kat rumah.
Anak-anak ni sebenarnya perlukan zat yang secukupnya dari pemakanan untuk memastikan mereka membesar dengan sihat, cergas, ceria dan bijak.
Pening juga kan kalau bab-bab makanan anak-anak ni. Macam saya sendiri, Irfan walaupun tak memilih makan, tapi sayur dan buah tak nak sentuh langsung. Boleh sampai nak termuntah walaupun tergigit secebis sayur. Huhu.
Kakak suka buah dan sayur. Cumanya ikut mood juga, sebab kakak ni memilih sikit bab-bab makan.
Saya amat yakin, makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah makanan
yang terbaik untuk anak-anak kita. Anak-anak kita tak perlu pun makanan tambahan
kalau setiap hari mereka diberi dengan makanan yang penuh khasiat dan
seimbang. Persoalannya, adakah mereka makan makanan yang berkkhasiat
dan seimbang setiap hari, dari sarapan, snack, makan tengah hari dan makan malam? That's why, bagi saya, vitamin untuk anak-anak ni bukan lagi satu kehendak, tetapi ianya dah menjadi satu keperluan.
5 Sebab Kenapa Anak-anak Perlukan Vitamin
1. Anak Memilih Makan
Anda sangat bertuah jika anak anda tidak memilih makanan dan suka
makan sayur-sayuran hijau, buah-buahan, daging, telur dan ikan.
Kanak-kanak yang memilih makanan adalah lebih gemar makan makanan tak
sihat atau mereka lebih banyak menyusu daripada makan.
Masalah ibu bapa sekarang adalah anak anak yang tak suka makan sayur.
Saya pun hadapi masalah ni dengan anak-anak saya. Kalau ada sayur dalam makanan seperti mee gorang atau nasi
goreng, anak anak saya sanggup ambil masa untuk mengasingkan sayur dari
makanan mereka sebelum mereka makan. Sayur- sayuran adalah sumber serat
dan vitamin yang baik kepada anak anak. Tapi apakan daya, kadang kadang sampai dah hilang idea, bagaimana nak bagi anak anak saya makan
sayur.
Tabiat pemakanan yang tidak sihat menyebabkan kanak-kanak mengalami
kekurangan nutrisi. Mereka mudah sakit, mengalami sembelit, berat badan
menjadi ringan, tumbesaran terbantut dan kurang fokus dalam pelajaran.
2. Ibu bapa Mempunyai Kekangan Masa Untuk Menyediakan Makanan Berkhasiat
Masa zaman kita kanak-kanak dahulu, jarang sangat kita dihidangkan dengan makanan seperti sosej, nugget,
burger, segala jenis ball, sotong ball, udang ball, ayam ball, fish ball
dan ball ball yang sewaktu dengannya. Malah, ada yang tak kenal pun makanan seperti tu. Apa yang kita makan dulu semuanya makanan yang segar, tak ada satu pun makanan segera yang
diproses seperti sekarang. Ibu saya dulu, walaupun seorang ibu yang bekerjaya, tetapi ibu saya tak pernah biasakan kami adik-beradik dengan makanan segera.
Tetapi sekarang, tanyalah kepada mana-mana kanak- kanak pun, tahu
tak nugget? Saya yakin 100% kenal apa itu nugget.
Kebanyakan makanan yang diproses seperti nugget , sossage dan sebagainya
dihasilkan dari bahan bahan mentah yang berkualiti rendah dan ditambah bahan-bahan pengawet dan perasa tamabahan yang merbahaya untuk kesihatan.
Tetapi, sedar tak sedar, sebenarnya pengambilan makanan segera ni telah menjadi sebahagian gaya hidup dan tabiat pemakanan sekeluarga. Kita bukan tak tau makanan segera adalah makanan
yang tak sihat untuk anak, tetapi kekangan masa memaksa kita untuk membeli
makanan segera yang mengenyangkan namun tidak menyihatkan. Boleh... Cuma janganlah terlalu kerap dan pastikan anak-anak anda mendapat zat nutrisi yang secukupnya juga.
3. Anak Kerap Sakit Atau Dijangkiti Penyakit Dari Kanak-Kanak Lain Di Pusat Penjagaan
Sekarang, ramai kanak kanak balik dari sekolah,
singgah dulu ke pusat asuhan kanak-kanak sementara menunggu ibu bapa
balik dari kerja. Dulu anak-anak yang belum bersekolah, tinggal dirumah
dengan ibu. Sekarang baru berusia 2 bulan, dah diserahkan ke pusat
asuhan. Suasana di pusat asuhan menyebabkan anak-anak lebih senang
terkena jangkitan penyakit berjangkit. Tapi kebanyakan dari ibu bapa tiada pilihan, terpaksa
juga menghantar anak-anak ke pusat jagaan kerana bekerja. Dulu anak-anak saya, selang dua atau tiga minggu, pasti ada seorang yang demam,
batuk dan selsema. Oleh itu sangat penting untuk memastikan anak-anak
kita mempunyai daya tahan melawan jangkitan penyakit ( immune system )
yang kuat.
4. Pencemaran
Dunia semakin tua. Pencemaran ada di mana-mana. Bukan saja di luar
rumah, malah dalam rumah pun tercemar dengan habuk dan bahan-bahan kimia
yang digunakan untuk mencuci lantai, pinggan mangkuk dan pakaian.
Pencemaran ini menyebabkan kanak-kanak mengalami elergik, asma, sesak
nafas dan mudah letih. Suplemen bukan sahaja membantu menguatkan sistem
imun anak, malah membantu memulihkan luka pada kulit alergik dengan
cepat sebelum berlaku jangkitan kulit yang lebih kritikal.
5. Stress
Pernah tak kita terfikir yang anak anak kita sebenarnya stress? Pagi
kesekolah rendah. Awal -awal pagi dah dikerah bangun, bersiap untuk
ke sekolah. Sekolah kebangsaan sampai jam 1 petang. Balik dari sekolah
rendah dalam keadaan panas dan letih, singgah di pusat transit atau
dirumah, mandi dan makan untuk bersiap ke sekolah agama atau KAFA.
Dalam masa kurang sejam, anak anak kita berkejar pula ke sekolah agama
sampailah jam 6 petang. Bergegas balik ke rumah. Bila sampai kerumah,
mandi, makan malam dan bersedia untuk mengaji Alquran pula. Kalau tak
mengaji, ada yang bersiap nak ke kelas tambahan atau tusyen. Biasanya
tusyen akan habis jam 10 malam. Balik dari tusyen, kena bersiap buku-buku untuk keesokan harinya pulak.
Kadang kadang rasa kesian pulak tengok anak-anak zaman sekarang ni. Tetapi, apakan daya, ibu bapa dan anak-anak pun terpaksa mengikut arus zaman sekarang ni. Kalau tidak akan ketinggalan di belakang.
Kalau nak dibandingkan dengan zaman 80-an dulu, jauh berbeza.
Walaupun ada juga kelas mengaji dan tusyen, rasanya tak sesibuk anak-
anak zaman sekarang. Balik dari sekolah, terus kerumah. Kelas mengaji
biasanya malam. Kalau ada kelas tambahan pun, sekali sekala. Sangat
kurang stress kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang.
Stress akan menyebabkan kanak kanak atau orang dewasa akan mudah
dijangkiti penyakit berjangkit. Sebab bila stress berlaku, sistem immune
tubuh akan menjadi lemah.
Vitamin atau makanan tambahan, satu KEPERLUAN
Masih ramai juga yang berpendapat bahawa hanya warga tua yang perlu ambil
suplemen. Dalam masa yang sama, mereka setiap hari mengeluh cepat
penat, tak dapat tidur malam, tak cukup tidur, stress, bangun pagi dalam
keadaan lesu, setiap bulan ambil emergency leave untuk jaga anak yang
sakit dan sebagainya. Ini adalah petanda bahawa anda dan anak anda
mengalami kekurangan nutrisi.
Sudah-sudah lah mencipta alasan. Kasihani
anak anda, mereka adalah amanah Allah untuk anda jaga dengan baik.
Adakah anda bekerja siang malam mencari rezeki semata-mata mahu membeli
handbag dan pakaian berjenama? Bukan kah lebih berkat rezeki itu jika
digunakan untuk kesihatan dan pendidikan anak-anak, betul betul?
Saya amat yakin kebanyakan kanak-kanak Malaysia menghadapi situasi yang
sama, dan pengambilan vitamin atau makanan tambahan ni sangatlah perlu supaya mereka
sentiasa sihat dan membesar dengan baik. Kalau nak diharapkan vitamin dan mineral dari makanan yang mereka makan
sehari, agak mustahil bagi saya, kerana faktor faktor yang saya
sebutkan diatas. Ini realiti kehidupan yang kita tempuhi.
Macam saya sendiri, saya memilih
supplement Shaklee yang selamat dan semulajadi untuk anak-anak saya.
Dan baru-baru ni, yang membuatkan saya lagi teruja,
Shaklee telah memperkenalkan new inmproved formula
multivitamin TERBAIK untuk kanak-kanak iaitu Vitalea For Children, selepas lebih setahun tiada dalam pasaran. Alhamdulillah anak-anak saya suka dengan rasanya, manis-manis anggur gitu, kakak siap minta lagi sendiri hari-hari, tak perlu nak ingatkan. Yang penting, takde pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Your kids pun sure will love it!
Jom berikan hanya yang TERBAIK untuk anak-anak kita.
Jika anda perlukan bantuan untuk mendapatkan khidmat nasihat suplemen mana yang sesuai untuk anak anda, hubungi saya ya.