Thursday, 9 July 2015

8 Langkah Cantik Di Hari Raya Dengan Makeup Natural Ala Korea


Assalamualaikum

Selain dari soalan-soalan tentang produk Shaklee, saya juga ada menerima soalan dari pembaca-pembaca blog saya tentang make-up. Surrender awal-awal akak bab make-up ni.

Terus terang saya mengaku kat sini, saya bukanlah orang yang tepat untuk bagi advise bab-bab make-up ni. Saya sendiri pun makeup setahun sekali time raya, tu pun kalau rajin ataupun barang-barang make-up tu still boleh guna. Tapi rasanya tahun ni raya takdenya nak makeup kut, segala masker, blusher, eyeshadow bagai tu dah expired rasanya. Yang mascara tu confirm la dah keras kejung. Takde maknanya nak beli baru kalau setakat setahun sekali guna. Hihi..

Tapi kan...
Saya suka tengok orang pakai makeup, bukan yang jenis tebal sepuluh inci tu la, makeup yang natural gitu. Yang macam ala-ala korea tu, make-up, tapi nampak macam tak pakai make-up pun ada. Nak make-up ni pun bukan main hantam jer, ada teknik dan langkah-langkahnya supaya takdela nampak macam clown. Dekat Youtube pun banyak tutorial yang senang, bole refer.

8 Langkah Cantik Di Hari Raya Dengan Makeup Natural

Saya terjumpa satu artikel tentang 8 langkah atau tips mudah memakai make-up agar wajah anda nampak segar, cantik dan semulajadi especially pada Hari Raya yang bakal tiba ni.
Boleh try follow yer. Basic steps jer ni, rasanya ramai dah pro kut. Tapi bagi yang tak berapa nak pro tu, nak start practice dari sekarang pun boleh. Kang raya nanti takdela kelam kabut, pakai bedak pun belum tapi dah tempek blusher lipstick bagai. Acaner tu :)


Langkah 1 : Wajah Mesti Bersih

Sebelum memakai sebarang make-up, pastikan wajah anda dalam keadaan bersih. Guna pembersih wajah, toner dan pelembab.

Langkah 2 : Foundation

Pilihlah foundation senada dengan warna kulit atau satu tingkat lebih gelap daripada warna kulit anda. Jika foundation yang dipilih lebih terang, make-up tidak akan kelihatan natural.

Langkah 3 : Bedak

Anda disarankan menggunakan span ketika memakai bedak. Kalau korea ni, biasanya yang terkenal BB Cream la kan. Tetapi ingat, jangan pakai tebal-tebal yer.

Langkah 4 : Eye shadow
Pastikan anda memakai eye shadow dengan teknik ‘ditepuk-tepuk’ mengikut benjolan mata. Hindari menyapu eye shadow secara langsung. Cuba jarak eye shadow dan kening, gunakan teknik highlight agar mekap nampak lebih natural.

Langkah 5 : Pemerah Pipi

Lakukanlah penggunaan pemerah pipi atau blush on dengan sedikit tersenyum. Jika anda berkulit gelap, pilihlah warna blush on sedikit terang. Untuk kulit putih boleh menggunakan semua warna. Sesuaikan dengan mekap natural.

Langkah 6 : Eye liner

Mulakan penggunaan eye liner di bahagian atas, mulakan dari arah dalam ditarik ke arah luar sesuai dengan pertumbuhan bulu mata. Untuk bahagian bawah mulakan dari arah luar tarik ke dalam. Gunakan eye liner yang gel atau pensil kerana ia lebih mudah.

Langkah 7 : Kening

Bagi anda yang memiliki kening tebal memadai anda merapikannya dengan menggunakan sikat kening. Bagi kening yang nipis boleh dibentuk dengan membingkainya. Mulakan dari tepi hidung sampai ke pangkal kening. Kemudian dari kelopak hidung ,tegak lurus ke pangkal kening hingga ke sudut bola mata luar. Setelah itu, baru bingkai kening lalu tolak ke luar menggunakan pensil kening.

Langkah 8 : Lipstik

Pilihlah lipstik yang sesuai dengan make-up natural. Sebaiknya untuk lebih kelihatan natural, pilih warna lipstik nude, pink, peach atau orange.

Pokok pangkalnya, pastikan kulit anda bebas dari segala jerawat, parut atau jeragat yang tak diingini yer. Sebabnya, kalau ada ni, nak make-up natural pun tak menjadi nanti. Dah terpaksa letak foundation sepuluh inci nanti. Tapi kalau kulit bersih, letak bedak sikit-sikit pun dah nampak cantik glowing ala-ala korea gitu, betul tak.

Ok, selamat mencuba yer gojes-gojes semua... 
Ingat yer, less is more :)
 
This is me with and wihout make-up
Takdela beza banyak pun, cuma part mata tu la.
Kalau letak maskara and eyeliner, nampak la besar sikit mata ku yang sepet ni :)
Gambar kiri : Bedak, eyeliner, maskara, blusher and lipstick
Gambar kanan : Bedak and lipgloss

No comments: