Semalam tengah tengok TV dengan anak-anak, pastu muncul iklan tentang demam denggi. Ternganga-nganga kakak dengan Irfan tengok. Makanya, bermulalah sesi soalan-soalan cepumas dekat mama, nyamuk boleh bunuh kita ke mama, itu la ini la. Masing-masing sampai terbeliak biji mata lagi.
Sejak kebelangan ni, statistik kes demam denggi di Malaysia ni semakin meningkat dan menjadi-jadi nampaknya. Kerajaan pun dah semakin giat menjalankan pelbagai kempen untuk memberi kesedaran tentang bahaya demam denggi ni.
Seperti yang semua sedia maklum, demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes atau lebih tepat lagi 2 jenis nyamuk aedes aegypti dan aedes albopictus. Virus demam denggi ini berjangkit pada manusia melalui gigitan nyamuk aedes betina yang biasanya banyak pada sebelah awal pagi dan senja.
Simpton Demam Denggi
Saban hari, ada saja berita yang kita dengar samada kenalan atau saudara kita yang kena demam denggi ni. Baru-baru ni, saya mendapat berita yang kenalan kepada rakan saya telah meninggal dunia akibat denggi berdarah. Ya Allah, terkejut sangat rasa bila dapat berita-berita yang mengejut macam ni. Muda lagi dia. Semoga beliau mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Jom kita kenali simpton-simpton demam denggi:
- Demam yang tinggi secara tiba-tiba. Kemungkinan pesakit telah dijangkiti virus dalam tempoh beberapa hari sebelum demam dan selepeas itu barulah pesakit merasa kesakitan. Biasanya virus demam denggi akan memberi kesan selepas 8 ke 12 hari setelah pesakit digigit oleh nyamuk berkenaan.
- Bintik-bintik merah. Bintik-bintik merah ini akan penuh di seluruh badan seperti ruam dan akan mengalami gatal – gatal.
- Sakit sendi, otot dan belakang badan. Terasa sengal-sengal dan tidak berupaya untuk bergerak
- Sakit Kepala
- Pendarahan di bawah lapisan kulit, hidung dan gusi
Yang paling kita takut, kalau ia termasuk dalam kategori demam denggi berdarah yang boleh membawa kematian.
Cara Sembuhkan Demam Denggi
Tiada ubat sebenarnya untuk menyembuhkan demam denggi ni. Kebiasaannya, sekiranya warded, doktor akan memberi cecair yang akan disalurkan ke dalam tubuh bagi meggantikan kehilangan cecair yang banyak akibat demam denggi.
Selain itu, ada beberapa tips rawatan alternatif yang boleh dilakukan sebagai usaha untuk merawat pesakit demam denggi.
1. Air masak
Minum air suam/ air masak dengan banyak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari atau lebih.
2. Jus kiwi
Blend buah kiwi segar dan minum airnya.
3. Sup ketam
Masak sup ketam dan hirup kuahnya.
4. Jus kurma
Blend 11 hingga 21 biji kurma bersama segelas air suam. Minum setengah gelas pagi dan setengah gelas petang. Konsisten setiap hari sehingga sembuh.
5. Jus jambu
Minum jus jambu kerana khasiat jus jambu dapat melawan radikal bebas.
6. Jus pegaga
Blend daun pegaga segar dan minum jusnya.
7. Tembikai merah
Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Fungsi utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.
8. Jus daun betik
Minum jus daun betik yang matang (tumbuk daunnya dan perah untuk dapatkan jusnya). Rasanya agak pahit.
9. Amalkan vitamin dan supplements
Selain cara di atas, pengambilan vitamin atau supplements juga amat membantu untuk merawat pesakit demam denggi.
Bagaimana supplements Shaklee membantu merawat pesakit demam denggi?
Apa perlu dilakukan jika anda atau saudara dan kenalan anda dijangkiti demam denggi?
Ini saranan dari Nutritionist Shaklee yang ringkas, lengkap dan berinformatif untuk membantu anda.
Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drink ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik.
Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.
2. Nutriferon
Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya interferon semulajadi didunia, malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan.
Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema, alahan, asma dan antibodi lemah, anda juga sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.
No comments:
Post a Comment