Assalamualaikum
“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia 7 tahun, dan
pukullah dia kerana tidak sembahyang pada usia 10 tahun” [HR Abu Daud]
“Sayang, jom solat. Nanti boleh masuk syurga”
“Taknaklah mama, adik tak nak masuk syurga”
"Sayang, jom solat."
"Nantilah mama. Adik nak tengok TV ni"
Pernah tak kejadian di atas berlaku di rumah ibu-ibu?
Kalau ada pernah berlaku kejadian seumpamanya, jangan stress, jangan sedih dan jangan dipandang serong anak kita tu. Anak kita mungkin tak tahu syurga tu apa. Justeru dia tak boleh nak hargai. Kita mungkin dah explain segala macam tentang syurga kepada anak-anak, tapi anak-anak kita tak boleh nak appreciate syurga itu apa, syurga itu macamana.
Begitu juga bila kita sebut tentang pahala. Mungkin anak-anak kita tak boleh bayang pahala tu macamana. Walaupun kita sebut-sebut pahala… pahala… tapi mereka tak boleh hargai sebab tak boleh bayangkannya.
Nak didik anak-anak ni memang perlukan kesabaran, dan perlukan ilmu juga.
Jadi, macamana nak buat untuk jemput hati anak-anak menunaikan solat?
Tips Mendidik Anak Rajin Solat
1. Fokuskan minda anak pada ibadat sembahyang sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu dia baik-baik yang solat tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.
2. Jangan paksa dia, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa & mindanya
3. Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk dia fasih membaca bacaan sembahyang spt niat, tahiyyat, iktidal, ruku’ dsbnya. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdal.
4. Ajar dan perhatikan dia ambil wudhu’…begitu juga lafaz niat.
5. Beritahu dia Nabi suruh anak-anak berlatih sembahyang dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar utk mengajar) kalau ingkar dan malas.
6. Belikan dia telekung /songkok yang dia suka.
7. Pada awal latihan solat, biar dia baca kuat-kuat..kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh dia, ajar cara duduk,qiam, takbir, ruku’, sujud dan sbgnya.
8. Jangan limitkan tempat utk dia berlatih memperbaiki bacaan solatnya…pada bila2 masa saja, uji kefasihan dia…sambil masak, sambil sikat rambut dia, sambil jalan-jalan dlm kereta suruh dia baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dsbnya.
9. Dorong dia dgn pujian kalau dia semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang sangat2.
10. Ajak dia dan adik beradiknya solat jamaah sama-sama kalau ada kelapangan masa di rumah.
11. Bersabar lihat karenah dia masa peringkat awal mengajar sembahyang…kadang2 tu kita tengah solat pun tak khusyuk sbb dia baca sekuat hati, nak tergelak pun ada kadang tu.
12. Doa pada Allah agar dia tiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.
13. Atur jadual harian dia, ada waktu tengok TV, main, belajar dan solat…pastikan dia tak buat mcm2 alasan…budak-budak biasa arr kadang tu dia cakap sakit kakilah, sakit perutlah…
14. Beritahu dia sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar…so, jgn menipu dalam solat walaupun ibu bapa tak nampak ketika tu.
15. 2-3 bulan selepas dia semakin mahir membaca bacaan solat, ajar dia untuk baca pelan-pelan seperti orang dewasa. Awasi selalu ketika dia solat sbb budak-budak ni cepat lupa…kadang tu solat maghrib pun 2 rakaat jer, tahiyyat awal rakaat ketiga pun ada…biasalah tu.
16. Mula bawa bersama telekung dia kalau ke mana2 mcm kita juga, so kalau jalan jauh, ajak dia solat sekali kat R& R atau masjid/surau.
17. Jangan paksa dia cepat pandai dalam sekelip mata…kena sabar banyak2…Nabi beri tempoh yang cukup dr umur 7 thn ke 10 tahun untuk mahir…..so, 3-4 tahun tu cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan…”Practice Makes Perfect”.
18. Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak…jgn suruh dia solat, tapi kita leka tengok TV atau main komputer.
Dan jangan lupa memberikan pujian setelah mereka menunaikan solat. Kata-kata yang baik adalah galakan untuk mereka terus buat benda-benda yang baik.
Insya-Allah, mudah-mudahan anak yang selama ni liat nak solat, akan lembut hatinya tunaikan solat bersama-sama :)
Anak syurga mama
No comments:
Post a Comment