Monday, 20 July 2015

Tema Raya 2015, Pink dan Brown :)


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

Fuhh, penat beraya dari first day raya sampai raya ketiga semalam. Hari ni baru duduk rumah, and curi masa sikit update blog kesayangan ni.

Mungkin ada yang dah start kerja rasanya hari ni. Tapi kitorang still dekat kampung lagi ni, sampai esok. InsyaAllah esok petang baru balik ke Penang.

Tiap-tiap tahun, macam biasa, kitorang tak pernah ada masalah nak balik beraya kampung siapa. Maklumlah, sama-sama orang Utara. Keluarga saya kat Alor Setar, Kedah and keluarga mertua pulak dekat Kulim, Kedah tapi biasanya beraya dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pagi raya pertama, kami solat sunat Aidilfitri and beraya dulu dengan keluarga sebelah saya, tengahari lepas solat Jumaat, baru kami ke Bukit Mertajam pulak beraya dengan keluarga sebelah mertua. Kelam-kabut jugak rasa ke hulu ke hilir, tapi yang penting seonok dapat berjumpa saudara-mara, bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Dengan makanan yang segala macamnya, jangan cakap la tahap kebuncitan perut hari tu. Takpe, bukan selalu kan, lepas makan telan la at least Herblax and Lecithin, takdenya nak rasa buncit and sengkak bagai. Hihihi...

Sebelum raya, ku dah berangan dah nak ada at least sekeping gambar family yang 'jadi', tapi macam tahun-tahun lepas jugakla, susah nooo nak dapat. Redha jer la..

Okla, meh nak tayang gambaq yang tak seberapa ni. Dalam sibuk-sibuk beraya tu, haruslah kan ambik gambaq sekeping dua, buat kenangan.
By the way, tema kami tahun ni, pink and brown. Takde la sedondon pun, tapi ada la match sikit-sikit :)

 My handsome little hero
Irfan la yang first sekali siap, sebelum pukul 8 pagi dah lengkap semua

Comeynya anak dara mama ni ber'instant' shawl.
Lega ada instant shawl ni, senang, sarung macam tu je
Last year, beriya mama lilit shawl kat kakak, tak sampai setengah jam kakak dah cabut. 
Rimas katanya

 Nasi impit and ketupat daun palas, hidangan wajib pagi raya

 Aktiviti wajib pagi raya, selepas sembahyang raya, sesi bermaafan pulak
Wan dengan cucu dah ready yer

 Mak tok dengan kakak pulak

Ok anak-anak, giliran mama dengan ayah pulak naaa..
Selfie dulu seround sebelum keluar beraya

 Satu-satunya gambar family yang ada
Mak pasrah :)

Ni pun boleh lah, kira gambar family jugak. Hihi

Kakak ni kurang gemar bergambar, ada mood
Ni kira ok sangat ni bila mama ajak bergambo kakak nak :)

Kalau dengan hero kecik mama ni, anytime ja on kalau bab ambik gambaq
Ni irfan posing konon-konon tengah tido

 Mama tak ajaq ni pose macam ni
Pandai betul Irfan pose. Gambar irfan paling win untuk hari ni :)


Samapai jer rumah keluarga mertua, terus dah tak bergambar. Punya letih makan ketupat.
Heheee...
Okla, nanti next entry kita sambung eh cerita raya kedua and ketiga :)

No comments: