Monday, 6 July 2015

Tips Kulit Cerah, Cantik Dan Awet Muda Paling Mudah


Assalamualaikum

Kombinasi yang ramai orang suka ni.
Semua orang nak kulit cerah kan, nak kulit cantik kan, nak awet muda kan, dan yang paling best sekali nak dapat ni dengan cara yang mudah, kan kan.

Nak dapatkan kulit yang cerah dan cantik ni, dua aspek yang penting yang perlu diambil perhatian adalah penjagaan luaran dan penjagaan dalaman. Jangan fokus luaran jer tau, dalaman pun penting juga, kecantikan kan bermula dari dalam. Saya zaman 'jahil' dulu, asyik la dok fokus luaran je, dari produk A sampaila ke Z, bertukar-tukar sampai rosak kulit. Sekarang ni bila dah mula amalkan penjagaan dalaman sekali, barula merasa kulit cun sikit, Alhamdulillah.


1. Penjagaan luaran

Yang ni, mudah sebenarnya, cuma antara rajin atau tak jer la. Ada yang ingat, cuci muka jer dah cukup. Tapi sebenarnya, ada 3 langkah asas yang wajib korang amalkan iaitu mencuci, menyegar dan melembapkan kulit. Buat rutin ni tiap-tiap pagi dan malam, insyaAllah yang lain-lain serum, scrub dan masker bagai tu, tak nak guna dah pun takpe.

Saya pun actually buat 3 rutin asas tu jer la, dan ada tambahan satu lagi, saya juga ada buat masker vitamin semulajadi Shaklee.

Zaman anak dara dulu, ada juga la buat petua-petua tradisional masker putih telur dan masker tomato. Tapi zaman dah mak dara ni, zaman masa dan kerajinan tak berapa nak mengizinkan, buat yang senang jer la, masker vitamin semulajadi Shaklee. Antara supplement yang boleh dijadikan masker adalah Vitamin E, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Shaklee Collagen Powder dan Vivix. Nak buat scrub guna produk Shaklee pun boleh tau. Supplements Shaklee ni, sebenarnya saya ambil untuk penjagaan dalaman, tapi dah alang-alang kan, bila buat masker sekali ni, kesannya bertambah tip top. Mudah dan jimat kan.

So, kesimpulannya, untuk penjagaan luaran ni, mudah je. Yang ni memang tak boleh ngelat yer. Sila rajin-rajinkan diri. Paling asas, 3 rutin je pun, mencuci, menyegar dan melembap. Yang amalkan supplements Shaklee, boleh juga buat macam saya yer, selain makan, kita tempek2 kat muka sekali bagi lagi cerah dan tegang muka.

2. Penjagaan dalaman

Seperti yang saya war-warkan tadi, untuk dalaman, saya amalkan supplements semulajadi Shaklee. Apa yang membuatkan saya yakin dengan Shaklee ni, bukan semata-mata sebab ia berkesan, tapi supplements Shaklee ni dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia, halal dan selamat terutamanya untuk jangka masa panjang.

Produk Shaklee ni pun dah lebih 50 tahun dalam pasaran dunia dan beratus-ratus juta USD Shaklee laburkan setiap tahun untuk pastikan kualiti Shaklee sentiasa di tahap yang tertinggi. Kena hati-hati juga ambil supplements zaman sekarang ni, banyak sangat produk yang tiba-tiba muncul, takut nanti nak cantik punya pasal, tiba-tiba nanti macam-macam masalah kesihatan pula yang timbul.

Dalam penjagaan dalaman ni, kena rajinkan diri juga tau. Kalau nak nampak hasilnya, kenala konsisten ambil. Kalau setakat seminggu dua ambil dah mula tak konsisten ambil, macam mana nak nampak kesannya kan. Bayangkan la badan kita ni, dah 20-30 tahun, tak pernah ambil sebarang supplement, bayangkan la berapa banyak yang nak kena repair dalam badan ni kan. Banyak benda yang tak perlu nak kena singkirkan, banyak benda yang tak cukup atau yang dah kurang kena top up, banyak benda yang rosak nak kena repair balik.

Untuk anda yang nak kulit cantik, cerah, gebu, flawless, awet muda, tapi ada masalah-masalah ni?
  • tak suka ambil supplements yang dalam bentuk pil
  • tak suka ambil supplements banyak-banyak takut tak boleh konsisten
  • tak suka supplements jenis yang perlu bancuh sebab kurang rajin atau rasa leceh
  • nak supplements yang mudah tapi cepat kesannya
Hah, saya ada penyelesaian untuk anda. Kalau anda termasuk dalam golongan ni, Vivix Shaklee adalah jawapan untuk anda.

Apa tu Vivix?

Kalau sebut Vivix ni, ramai yang ingat Vivix ni untuk orang yang ada penyakit kronik je.
Haa jangan tak tahu Vivix Shaklee ni sangat bagus dalam mencantikkan kulit kita tau. Orang yang amalkan Vivix Shaklee ni kulit mereka makin lama makin cerah, cantik, glowing pinkish2 gitu. Tekstur kulit akan jadi lebih baik dan lembut. Kalau tengok, memang jeles sangat tau. Yang dah 50 an pun nampak macam 30 an je.

Vivix ni telah melalui pelbagai saringan kajian dr saintis dalam penghasilan produk yg hebat ini yg berupaya utk melambatkan penuaan ke tahap DNA. Ianya mengandungi kandungan antioksidaan yg tinggi dalam menghalang radikal bebas yg turut menyumbang dalam kerosakan sel yang menyebabkan penuaan


Antara cara VIVIX Shaklee menjadikan kulit makin cantik dan baik :

1) Memperbaiki DNA 
Proses penuaan dan kerosakan kulit berlaku apabila DNA kita rosak akibat radikal bebas. Vivix membantu dalam memperbaiki sel DNA kita dan melambatkan proses penuaan.

2) Memperbaiki tenaga sel 
Apabila penuaan berlaku, sel tubuh kita akan kehilangan banyak tenaga. Ini akan mengurangkan fungsi sel. Vivix Shaklee membantu memperbaiki sel badan dan menguatkannya untuk mengembalikan keremajaan kulit.

Alang-alang nak betul-betul usaha untuk dapatkan kulit yang cantik dapat sekali jaga kesihatan dan cegah penyakit-penyakit kronik. Dah la senang sangat cuma perlu minum 1 sudu je Vivix Shaklee setiap hari tak perlu risau nak telan vitamin itu ini dan supplemen lain. Fokus Vivix Shaklee dapat kulit cantik dan bonus untuk cegah penyakit kronik. Terbaik kan?

Hanya 1 sudu teh sehari untuk kulit cerah, halus, flawless dan awet muda!

Testimoni pengalaman mereka yang mengamalkan Vivix Shaklee

Awal-awal entry ni, saya ada letak gambar Emma Maembong kan.
Nak tau tak rahsia kecantikan Emma Maembong yang kulit gebu dan mulus tu?
Kalau anda nak tau, Emma Maembong ni salah seorang artis yang dah jatuh cinta dengan Vivix Shaklee ni tau, selain Rita Rudaini dan Ayu Raudhah.

Emma Maembong 
"Sedap! Rasa macam pati Ribena. Kesan dalam 24 jam kulit jadi glowing dan rasa segar!"

Rita Rudaini




Entry ni kita cerita bab-bab Vivix untuk cantikkan kulit yer, sebab ramai yang tak tau.
Lagi, satu Vivix ni juga membantu untuk mereka yang nak maintai slim juga. Nanti saya share testimoni mereka yang maintain slim dengan Vivix k.
Hebat kan, all in one. Cantik, kurus, sihat.

Untuk info lanjut tentang Vivix, jemput baca kat sini

Bulan ni ada promosi Vivix tau. Jangan lepaskan peluang ni untuk grab supplement yang hebat ni dengan harga JIMAT k :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: