Monday, 28 September 2015

Cerita Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum..
Selamat Hari Isnin

Setelah bercuti panjang sempena cuti sekolah dan cuti Hari Raya Aidiladha, maka hari ni bermulalah balik rutin harian masing-masing kan. Selamat kembali bekerja and selamat kembali menjalankan tugas masing-masing ya.

My rotine pagi-pagi ni, macam biasala settle kan hal anak-anak nak ke sekolah and cik abang ke office. Sementara jap lagi nak masak untuk lunch, so sempat la nak update blog kesayangan ni sekejap.

Saje nak share kisah beraya baru-baru ni. Alhamdulillah, seronok sangat dapat beraya dengan family, jumpa saudara-mara. Biasanya kalau raya haji cuti sehari jer kan, tapi ni kebetulan jatuh waktu cuti sekolah and hari Khamis, so dapatla beraya lama sikit kan. Makan jangan cakap la, sampai sekarang pun still rasa kenyang lagi. Punya makan tak hingat dunia. Dengan ketupat, rendang, daging korban segala bagai... fuhh.

Gambar tak banyak sangat actually raya ni, gambar family pun takde. Sibuk beraya ke sibuk makan ke tak sure lak :)

Macam biasa, Irfan yang paling awal siap

Breakfast macam ni hanya di musim-musim raya, bukan selalu ni

Irfan buat mulut itik tak ajak mama

Kakak kat mana, kakak kat mana

 Kakak macam ayah sikit, tak gemar bergambar. 
Jenuh mama nak ajak

 Bukan senang ni nak ajak cik abang selfie :)

Sambil beraya sempat lagi main UNO tiga beranak ni, siap angkut dari rumah
Yang paling PRO irfan la, paling selalu menang.
Lawak pun ada bila main ngan irfan. Terhibur hati mama


Kenyang perut senang hati :)

Kami semua kekenyangan and happy
Obviously irfan la yang paling kenyang :) 

6 Makanan Terbaik Untuk Kulit Putih, Cerah Dan Berseri


Ramai yang menganggap, untuk mendapatkan kulit yang mulus, cerah atau bebas noda, banyak wang yang perlu dihabiskan untuk membeli produk-produk penjagaan kulit yang terkenal. Malangnya, tak semua yang bernasib baik mendapat hasil yang diidam-idamkan, yang mana akhirnya wang yang dikeluarkan menjadi sia-sia.

Faktanya, yang memberikan hasil yang baik bukanlah harga atau terkenal sesuatu produk itu, tetapi unsur yang terdapat didalamnya. Dan, apa yang lebih penting, penjagaan luaran semata-mata bukanlah jawapan atau penyelesaian kepada kulit yang bermasalah, kusam dan gelap. Sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan penjagaan dalaman juga, dan mengetahui makanan apa yang harus diamalkan untuk mendapatkan kulit yang cerah dan bersih.

Namun apakah makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit cerah berseri seperti yang di idamkan?


1. Tomato

Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari.  Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.

2. Strawberi

Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen.  Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut.  Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.

3. Salad

Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A.  Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel.  Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

4. Telur

Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung.  Di samping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

5. Epal

Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).

6. Soya

Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon.  Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun.  Oleh itu, banyakkan mengambil soya setiap hari.

"..kulit yang PEJAL dan LICIN bergantung kepada PROTEIN yang BAIK KUALITInya. Komponen utama kulit adalah keratin,kolagen dan elastin yang semuanya terjadi daripada protein. Kita disarankan MENGURANGKAN LEMAK dalam diet kita untuk memperolehi kulit yang cantik. Apabila anda mengurangkan lemak,automatik anda akan mengurangkan protein. kerana kebanyakan makanan yang BERPROTEIN yang kita gemari mengandungi lemak. Jadi bagaimana nak membekalkan protein untuk nutrisi kulit yang siha dan cantik?Inilah sebabnya saya dengan tegasnya mengesyorkan anda mengambil SUPLEMEN PROTEIN berasaskan SOYA yang berkualiti untuk melengkapi nutrisi kulit anda.." 
~ Dr Bruce Miller 

Antara keenam-enam makanan ni, soya la yang paling saya konsisten ambil. Yang lain-lain tu, memang jarang la nak mengadap. Daripada dulu lagi, memang saya selalu dengar bab-bab kulit putih kalau rajin minum soya ni. Tapi tu la, bila baca-baca lagi, ada orang kata tak semua soya bagus, ada pula kata kalau minum berlebihan bahaya. Last-last terkubur jer la hasrat nak kulit putih dengan soya.

Tapi, semenjak dah berjumpa ESP Shaklee, baru la saya tahu apa ciri-ciri soya selamat, cara nak minum soya dengan betul dan banyak lagi info-info lain. Setelah hambpir 3 tahun amalkan ESP Shaklee ni, hasilnya...kulit series semakin lembut, sihat, cerah dan berseri. Segala parut-parut hitam pun dah hilang. 

Bukan saya sorang jer tau.. punya la ramai yang dah jatuh cinta dengan ESP Shaklee ni.












Inilah dia ESP Shaklee yang sentiasa menjadi pujaan ramai
Yang telah membantu geng-geng macam saya yang dulunya kulit berjerawat, berparut, hitam dan kusam..
Kini, Alhamdulillah, walaupun takdelah seflawless artis2 korea, tapi kami bersyukur sangat kulit kami dah semakin licin, cerah dan berseri
If berminat nak cuba, jangan segan-segan contact saya k :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 22 September 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha. Jom Balik Kampung !


Rasanya ramai yang mungkin dah start cuti esok ni. Kebetulan pulak kali ni Raya Haji waktu cuti sekolah, and hari Khamis, so ramai yang dah mula ambil cuti awal sambung sampai hari Jumaat. Dapatla balik raya kat kampung lama sikit kan.

Bagi yang akan memulakan perjalanan malam ni atau esok, bawa kereta elok-elok yer. Semoga perjalanan anda dipermudahkan dan selamat sampai ke kampung halaman masing-masing.

Saya actually dah kat kampung ni. Kakak and irfan awal-awal lagi request nak balik rumah mak tok sebab school holiday 1 week. Mama pun ikut la sekali, bolehla tolong mak tok prepare apa yang patut untuk raya ni. Ni yang bestnya jadi work at home mother ni, tak perlu nak apply cuti bagai. Balik kampung pun, kerja still on, kata online business kan. Cik abang pun ok jer, lepas hantarkan kami anak-beranak kat kampung weekend hari tu, cik abang balik ke Penang balik. Esok lepas kerja baru datang balik.

Singgah breakfast favourite nasi lemak Irfan dulu sebelum balik kampung

Singgah Shaklee jugak dulu, beli barang-barang untuk customer tersayang

 Aktiviti hari ni...
Balut ketupat daun palas. Fuhh, berpeluh-peluh wehh..
Nasib baik dah pro sikit

Settle 1 setengah kilo beras pulut.
Kukus sikit buat minum petang, rasmi dulu sebelum raya 
Makan kosong jer pun sodap, maklumlah rendang takde lagi

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Kepada mereka yang mengerjakan ibadat haji, semoga ibadat mereka diterima dan insyaAllah mendapat haji yang mabrur. Kepada yang bakal mengerjakan ibadah korban, selamat mengerjakan ibadah korban.

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan

Selamat Hari Raya Aidiladha!

9 Makanan Terbaik Mesti Diamalkan Ketika Hamil


Apa yang ibu mengandung makan sudah tentu akan diperoleh oleh anak dalam kandungan. Oleh itu jika hamil, pastikan ibu menjaga pemakanan. Makan makanan yang terbaik supaya anak di dalam rahim membesar sihat dan cerdas.


Khas untuk ibu-ibu yang sedang hamil, jom saya kongsikan 9 makanan terbaik yang mesti di amalkan ketika hamil

1. Kurma
  
Sebagai tenaga segera kerana mudah diserap dan diproses. Kurma mengandungi kandungan serat yang tinggi malahan dikatakan tiga kali lebih tinggi daripada pisang. Ia sangat sesuai dimakan oleh ibu hamil terutama yang hilang selera makan di awal kehamilan.

 
2. Buah tin
  
Buah tin kering membekalkan enam kali lebih kalori daripada yang basah. Proses pengeringan telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya menjadikan ia lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian tetapi rendah sodium.


3. Madu
            
Madu yang manis ini sememangnya disukai oleh semua orang. Seperti sedia maklum, ia dianggap sebagai ibu segala makanan. Menjadi penawar pelbagai penyakit jika diamalkan meminumnya setiap hari.

 
4. Delima
            
Buah delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung, menstabilkan tekanan darah. Jika ibu hamil mengalami masalah bacaan hb darah rendah, memang disarankan makan buah delima atau minum jus delima.
  

5. Susu kambing
            
Khasiat susu kambing memang diakui bagus untuk membantu masalah asma, reumatik, demam kuning dan menguatkan tulang. Petua orang tua mengatakan ibu hamil amat elok minum susu kambing untuk mengelakkan anak terkena kuning atau jaundis apabila lahir.

 
6. Barli
            
Berkhasiat sebagai minuman penyejuk badan. Selain itu ia juga bagus untuk memabntu ibu hamil melawaskan kencing, masalah sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis (jangan campur gula).

 
7. Tembikai
            
Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang baik untuk mencegah penyakit terutama kanser. Wanita mengandung yang mempunyai masalah air ketuban kurang juga digalakkan banyak makan buah tembikai. 

 
8. Zaitun
           
Sapulah minyak zaitun pada perut ibu mengandung, Insha Allah masalah regangan perut akan berkurangan.

 
9. Halia

Halia terkenal sebagai makanan membuang angin, memanaskan badan dan membantu penghadaman. Selain itu ia juga berkesan mengurangkan rasa loya yang dialami oleh ibu hamil di awal kehamilan selain membantu melancarkan pengedaran darah.

 
Thanks for reading.
Semoga bermanfaat :)

Monday, 21 September 2015

Susu Soya Bagus Untuk Ibu Hamil?


Biasa dengar kan, kalau nak anak kulit cantik putih gebu, amalkanlah minum soya sepanjang waktu hamil.

Soya dan kecantikan kulit memang tak dapat dipisahkan.
Tapi, sebenarnya, soya ni bukan untuk kulit cantik je tau, banyak lagi manfaat dan kebaikan soya untuk ibu hamil.

Soya Untuk Perkembangan Bayi Yang Sihat

Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.
Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.

Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.

Soya tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.

Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.

Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.


6 Ciri Soya Yang Bagus

Banyak kan kebaikan soya untuk ibu hamil.
Tapi, soya ni pun tak boleh sebarang ambil juga.

Sebelum nak ambil mana-mana produk soya, in general make sure 6 kriteria pemilihan soya yang bagus ni complied k…
  1. Non GMO soy
  2. Certified organic products
  3. Diproses pada suhu rendah
  4. Dibasuh dengan air bukannya alcohol untuk mengekalkan 9 jenis asid amino perlu
  5. Calcium fortified
  6. Bahan anti thyroid seperti genestein removed

Ibu hamil dan mengandung tidak perlu risau atau pening-pening nak pilih produk soya ni, kerana Shaklee ada menawarkan soya yang selamat dan halal, mendapat pegiktirafan dari badan Islam di USA dan disahkan oleh Jakim Malaysia. ESP Shaklee ni pun dah lebih 50 tahun dalam pasaran, dan merupakan produk protein soya pertama di dunia!

5 Sebab Kenapa Ibu Hamil Patut Amil Soya ESP Shaklee?
  1. Kerana satu hidangan ESP bersamaan dengan 12 gelas susu. Bagi ibu yang sukar nak disiplin diri mengambil susu, boleh gantikan dengan ESP soy protein kerana ianya tidak memuakkan dan rasanya juga manis buah, tidak terlalu manis kerana ia tidak mengandungi pewarna dan perisa tiruan.
  2. Soya ini sangat mudah dihadam dan ia membekalkan kalsium, protein dan karbohidrat yang sempurna untuk ibu.
  3. Dalam ESP ini mengandungi vitamin B6 yang terkenal dengan keupayaannya untuk kecantikan kulit. Ada ibu yang semasa mengandung mengalami alahan pada kulit yang mana kulit jadi kusam dan tak cantik, juga kering. Vitamin B6 boleh bantu melembabkan kulit ibu bagi lebih bermaya dan nampak cantik.
  4. Dalam ESP Soy Protein ini juga mengandungi Lysine di mana Lysine ini berfungsi membantu badan menyerap kalsium. Seperti yang kita ketahui, bila hamil pertumbuhan bayi anda memang amat memerlukan kalsium untuk pertumbuhannya. Jika kalsium dalam badan ibu tidak mencukupi, ianya boleh beri kesan kepada ibu untuk jangka panjang kerana ibu boleh kehilangan simpanan kalsium dalam badan.  Kehilangan kalsium boleh menyebabkan ibu berisiko menghadapi osteoporosis (kereputan tulang) dan juga kesan pada gigi.
  5. Kandungan Lysine juga boleh bantu ibu hilangkan keletihan, kepenatan, rasa penat melampau, rasa loya, menggigil, seram sejuk, tiada selera makan dan anemia.
ESP Shaklee ni memang menjadi kegemaran ramai.
Antara feedback dari ibu-ibuhamil  yang amalkan ESP Shaklee ni...
  • Bagi tenaga semasa hamil dan semasa proses bersalin
  • Bagi rasa kenyang yang lama
  • Kulit ibu makin cerah dan licin
  • Kulit baby halus dan gebu
  • Tiada stretch mark dan stretch mark yang lama pun hilang
  • Masalah gastrik dan pedih ulu hati hilang
  • Bantu masalah diabetes (GDM) ketika hamil
  • Hemoglobin (HB) tiada masalah
  • Berat badan tak naik banyak atau berlebihan
  • Susu badan meriah dan pekat
Ni semua bukan saya saja-saja reka cipta tau..
Memang pengakuan ikhlas dari ibu-ibu hamil yang dah jatuh cinta dengan ESP Shaklee, yang sampai lepas bersalin pun sambung minum ESP ni lagi :)

 
 Ehem ehem..
Yasmin Hani pun amalkan ESP Shaklee time pregnant yer :)


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

5 Tips Mudah Kuruskan Badan Dan Kempiskan Perut Selepas Bersalin


Ramai di kalangan ibu-ibu yang lepas bersalin, sering mengeluh kerana sukar untuk mendapatkan berat badan seperti sebelum mengandung serta tercari-cari tips kurus selepas bersalin yang paling mudah untuk diamalkan. Dan keluhan ini berlarutan bukan sahaja hanya dalam tiga hingga empat bulan pertama, malah berpanjangan dan ada kalanya sampai mengandung anak seterusnya pun berat badan masih tak turun-turun lagi dan yang lebih menyedihkan bersambung pula sehingga anak seterusnya dilahirkan.

Tertekan, stress, malu, sedih pun ada. Lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan atau saudara-mara yang masih maintain seperti anak dara walaupun dah ada anak. Tu belum masuk bab-bab cik abang gurau-gurau manja tentang berat badan kita, macam perli pun ada kan.


Susah sangat ke nak turunkan berat badan selepas bersalin ni?
Apa kata kita lihat perkongsian ibu-ibu yang dah berjaya kembali kurus selepas bersalin ni. Semoga menjadi insiprasi untuk ibu-ibu di luar sana. Kalau mereka boleh, pasti anda pun boleh.
 





Tak mustahil kan nak kurus selepas bersalin ni.
Malah lebih kurus dari sebelum bersalin pun boleh.

Jadi bagaimana caranya untuk kita kurus selepas bersalin dengan cepat?
Hari ni saya dengan rasa gembira, nak berkongsi dengan anda semua, tips mudah untuk kurus selepas bersalin dengan cepat. Sebelum tu apa kata kita tengok kisah ibu ni pula, turun sampai 20kg tu selepas bersalin. Apa rahsia beliau agaknya yer.


Jom kita semak sama-sama dan get ready untuk buat dengan konsisten ye ibu-ibu semua.

5 Tips Mudah Kuruskan Badan Dan Kempiskan Perut Selepas Bersalin
 

1. Menyusukan Anak Secara Ekslusif

  • Ibu-ibu yang lepas pantang sangat beruntung sebenarnya, kerana anda masih dalam fasa menyusukan anak dengan susu badan. Saya galakkan untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Menyusukan anak sangat-sangat membantu badan kita untuk membakar kalori dengan lebih cepat. Sebanyak 500 kalori terbakar sehari hanya dengan anda menyusukan si comel anda. Sangat mudah kan?
2. Minum Air Masak yang Mencukupi
  • Pastikan anda konsisten dengan pengambilan air masak yang mencukupi setiap hari. Biasakan diri dengan menyukat jumlah air masak yang diambil. Paling mudah, sediakan air masak dalam botol 1 liter tu, senang nak kira kan berapa banyak dah minum air masak? Setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air masak setiap hari. Jadi  kalau berat dah capai 60kg, tak ke dah 2.4 liter air masak kita kena minum?
3. Jangan Tinggal Sarapan
  • Bagi anda yang masih belum tahu, pengambilan sarapan setiap pagi akan membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Apabila kadar metabolisme meningkat, pembakaran tenaga akan berlaku lebih cepat dan lebih banyak kalori akan dibakar. Ramai yang miss perkara penting ni. Skip breakfast tapi lepas tu masa lunch, makan sampai tak perasan orang kat sebelah.
4. Lebihkan Pengambilan Serat seperti Sayur-sayuran dan Buah-buahan
  • Tips yang sangat selalu kita dengar kan? Memang tips yang sangat mudah sebenarnya. Setiap hari, pastikan pengambilan serat kita mencukupi dan kalau lebih lagi bagus. Senang nak membuang nanti.
5. Kawal Pemakanan
  • Kurangkan makan makanan bergoreng, makanan segera, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi, kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.
Tapi tu la kan..
Walaupun tips ni nampak mudah, tapi agak susah juga sebenarnya bagi sesetengah orang. Ada yang mungkin gagal mengawal selera makan sendiri, kerap berasa lapar, masalah metabolisma badan yang mungkin agak rendah, masalah pengahadaman dan masalah-masalah lain yang menyukarkan lagi misi nak kurangkan berat badan tu.

Bagi anda yang mempunyai masalah-masalah untuk kurangkan berat badan ni, dan ingin tahu bagimana Shaklee dapat membantu anda seperti ibu-ibu lain yang telah berjaya kurus dengan Shaklee, jangan segan-segan hubungi saya untuk konsultasi ok.

Info lanjut tentang Set Kurus Shaklee di sini
Semoga dengan tips mudah yang saya kongsikan hari ni, dapat memberi manfaat dan membantu anda semua ibu-ibu lepas bersalin yang ingin kembali kelihatan lebih cantik dan lebih yakin terutamanya untuk tatapan suami sendiri. Dah dapat tips mudah ni, jangan lupa untuk amalkan ye :)


KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 17 September 2015

Tunaikan Hajat Kakak Makan ABC Di Hammer Bay Penang


Alkisahnya, semalam ingat nak lepak kat rumah jer dengan cik abang dengan anak-anak. Sebab pagi tu tengok macam jerebu tak clear sangat lagi. Tapi dah nak masuk ke petang tu, nampak ok pula cuaca. Dengan redupnya lagi. Teringat pula kakak ada cakap teringin nak makan ais kacang. Biasa la hati ibu ni, bila anak-anak cakap teringin nak makan something, mula la gigih menggodek resepi masakkan untuk anak-anak. Tapi ni ABC ni, surrender la mama. Kakak siap cerita mimpi makan ABC lagi. Punya la mengidam lama tak makan. Kesian anak mama.

So, mama pun cerita la kat ayah, ajak ayah bawa pergi makan ABC. Memang tak plan makan kat mana pun sebab takde idea langsung. Walaupun orang cakap Penang ni syurga makanan, tapi kitorang ni memang jarang makan kat luar. So bila nak keluar makan tu, mula la blank tak tau pergi mana. Dah solat asar tu, siap-siap semua, maka bermula lah misi mencari ABC.

Dalam hati ku sebenarnya teringin nak pergi Padang Kota, rasa macam best pulak makan ABC tepi laut. Tapi segan nak cakap kat cik abang sebab rasa macam jauh pulak nak ke sana. Sekali dalam kereta cik abang tanya, nak pergi mana. Setelah berkias-kias sikit, akhirnya tercakap juga Padang Kota. As expected, cik abang cakap malas nak ke sana. Rupanya cik abang nak bawa ke Hammer Bay, maklumlah dekat sikit dengan rumah. Ok gak tu, janji makan tepi laut.

 Geng mak tok ni. Suka sungguh makan ABC

Irfan tak pandang la segala ABC, cendol pulut ni.
Siap cakap nak order vanilla ice cream lagi kat budak ambik order tu.
Hihihi. Mana la nak cari Irfan oii. 
Last-last mama orderkan milo ais dengan bihun sup je kat Irfan

 Irfan kalau ajak bergambar, memang on je. 
Siap angkat kerusi himpit sebelah mama

 Sedut kakak sedut :)

 Jemput makan... syok woo hirup cendol pulut sambil kena angin laut ni :)

 Aktiviti main di selang seli dengan makan
Purposely kitorang pilih meja betul-betul sebelah pantai
Senang anak-anak nak lari ulang-alik

Habis basah seluar Irfan, penuh pasir

 Tangan penuh pasir, mama kena suap la nampaknya.
Semangkuk ni pun punya lambat nak habis, sambil lari tepi laut, sambil lari mintak mama suap

Dah habis cendol pulut, kita sambung minum air kelapa pulak

Tenkiu cik abang ku menunaikan hajat kakak. Mama bolela tumpang pekena cendol pulut sekali.
Hihihi..

So korang if datang ke Penang, if nak rasa angin laut sambil makan, bole la ke Hammer Bay ni ye. Macam-macam ada, panjang tempat dia. Biasanya orang suka makan seafood kat sini. Kitorang pernah la pergi few times kat sini. Sambil-sambil makan, best jer kena angin laut. Anak-anak boleh main kat tepi-tepi tu, cuma tak boleh mandi jer la kat sini :)

Thanks for reading!