Saturday 20 February 2016

Ketahui Cara Berkesan Hilangkan Jerawat Yang Degil Dan Susah Hilang


Assalamualaikum semua

Masalah jerawat ni, bukanlah penyakit sebenarnya. Tetapi kalau tak dirawat, memang boleh membuatkan seseorang tu sentiasa berasa rendah diri dan tertekan, hingga ada yang lebih kritikal boleh menyebabkan kemurungan. Kalau jerawat yang biasa, naik sebiji dua tu ok la, tapi ni dah penuh muka, merah-merah atau sampai tahap bengkak dan bernanah, naik tak berhenti-henti, siapalah yang tak stress kan. Kalau dibiarkan, memang sampai bila pun tak selesai masalah jerawat ni, makin bertambah teruk lagi ada la.


Pengalaman Saya Mengalami Masalah Jerawat Yang Serius

Bagi anda yang mengalami masalah macam ni, jangan sedih-sedih atau risau ya, masih ada harapan untuk anda dapatkan kembali kulit yang licin, bersih dan sihat. Saya berani cakap ni, sebab saya dulu pun pernah mengalami masalah jerawat yang teruk, tapi kini Alhamdulillah, nak kata sekarang langsung tak naik jerawat tu tipu la kan. Naik la juga kadang-kadang sebiji dua, tapi yang penting bila jerawat naik pun cepat kecut, parut yang penuh muka dulu dah hilang, kulit makin sihat dan cerah.

Tayang la sekali lagi gambar saya dulu dan sekarang. Takde edit-edit tau ni. Dua2 gambar pun pakai bedak dengan lipstick je.
Nampak beza sangat-sangat kan.


Punca Masalah Jerawat Yang Susah Nak Hilang

Berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya sendiri, banyak faktor yang menjadi punca masalah jerawat ni. Antara punca utama:
  • Faktor luaran : pencemaran, penggunaan produk yang tak sesuai, make-up, malas menjaga muka, sun exposure
  • Faktor dalaman : pemakanan, masalah penghadaman, hormon, stress, toksin berlebihan
Yang menyebabkan jerawat ni degil sangat nak hilang, apabila punca-punca ni bergabung. Maksudnya, bila seseorang tu malas jaga muka, pencemaran, pemakanan tak jaga, masalah sembelit, hormon tak seimbang, pastu hari stress-stress dengan kerja atau study lagi.

Contohnya macam saya sendiri, dulu, banyak juga la saya berhabis untuk cari skincare yang bagus, kalau nak dicampur-campur tu, kira ribu-ribu jugakla, tapi masalah jerawat tetap tak settle, makin teruk lagi ada la kulit. Dalaman, langsung saya tak jaga. Makan entah hape-hape, dengan masalah stress lagi, masalah sembelit pun saya ada juga actually. Pastu, lagi satu, apa yang saya perasan, jerawat ni memang naik sentiasa, tapi bila time period, makin menjadi-jadi pulak masalah jerawat saya. Paling horror, time mengandung la. Nampak sangat kan ada kaitan dengan masalah hormon juga.

Dah tau dalaman problem, tak terbuka hati juga tu nak jaga dalaman. Dah meningkat usia ni, barulah dipertemukan dengan Shaklee, syukur Alhamdulillah. Dengan Shaklee, barulah saya benar-benar yakin betapa pentingnya pengambilan supplements dalam merawat dan menjaga kulit. Sebab tu, saya selalu rasa beruntungnya adik-adik yang masih muda-muda tu, awal-awal lagi dah jumpa Shaklee. Ramai juga customer saya dari kalangan student. Tahniah untuk korang sebab buat pilihan bijak :)

Macam adik ni. Dari zaman anak dara dah start ambil Shaklee, sampaila berkahwin, mengandung dan melahirkan anak, sampai sekarang setia dengan Shaklee. Actually, adik ni pun mempunyai masalah jerawat yang degil, dah cuba bermacam-macam pun masalah jerawat tak hilang. Tambahan pula, beliau mengalami masalah period yang tidak teratur dan masalah senggugut yang teruk.

Tetapi kini, semua masalah beliau dah selesai. Tiada lagi masalah jerawat, parut yang lama dah pudar, tiada lagi masalah senggugut dan period kembali teratur. Jom ikuti apa rahsia beliau.


Cara Berkesan Hilangkan Jerawat Yang Degil

Dah tau kan punca-punca utama masalah jerawat tadi?
That's why penjagaan dalaman ni sangat penting. Nak jaga dalaman, mestilah melalui pemakanan.
Jaga pemakanan dan amalkan pengambilan supplements yang bagus.

Saya tak nafikan, penjagaan luaran adalah penting untuk menjaga kulit. Tu memang dah basic sangat, kena la rajin-rajinkan diri mencuci muka ye. Penggunaan toner dan pelembap jangan dilupakan.
Then, kalau belum pernah lagi ambil supplements, ni lah masanya untuk anda mulakan. Better late than never.
Jangan sampai menyesal di kemudian hari :)

Ramai yang hubungi saya, tanya supplements Shaklee apa yang saya ambil. Banyak sebenarnya produk Shaklee ni, tapi takdelah semuanya kita kena ambil. Ikut keperluan dan budget kita.

 Antara vitamin asas dari Shaklee

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee, jangan segan-segan hubungi saya ya.
InsyaAllah saya akan consult dan bantu anda...
Yang penting, ambil dengan betul, follow tips yang diberikan, sabar dan konsisten..

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

2 comments:

CIKSFH said...

Kak pakai berapa lama kak? Huhu

CIKSFH said...

Kak pakai berapa lama kak? Huhu