Pernah tak korang tiba-tiba rasa mengantuk kat tempat kerja
atau masa sedang belajar? Kadang-kadang rasa mengantuk tu
tiba-tiba saja datang menyerang! Mesti pernah kan. Memang rasa terpaksa sangat tahan mata, mana nak kena fokus lagi. Sampaikan bila dah tak tahan sangat tu, siap boleh tertidur tersengguk-sengguk lagi.
Kalau yang tengah belajar kat rumah tu ok la lagi.
Tapi kalau dalam kelas, lecturer ada kat depan. Tak pasal-pasal kena baling dengan pen nanti.
Yang bekerja, lagila, takkan nak tunggu sampai bos sound pulak kan.
Mengantuk ni sebenarnya salah satu reaksi semulajadi yang dialami oleh
setiap orang. Walaupun semulajadi, tapi kalau dah mengantuk pada waktu dan tempat yang
tak sesuai, masalah tu.
Biasanya masalah
mengantuk yang berlebihan ni disebabkan oleh:
- pola tidur yang kurang
tepat seperti berjaga lewat malam
- terlalu penat
- dihimpit rasa
bosan
- terlebih makan
Sape yang ada masalah ni, jom..
saya kongsikan 6 cara hilangkan mengantuk yang boleh korang pratikkan.
6 Cara Hilangkan Mengantuk Di Tempat Kerja Atau Semasa Belajar
1. Cuci Muka
Ini adalah salah satu cara paling efektif. Rasanya ramai selalu buat kut yang ni. Kalau nak lagi efektif, try cuci muka dengan air
sejuk. Terus segar, hilang rasa mengantuk.
2. Tarik Nafas Dalam-Dalam
Bila kita menguap, kadar oksigen dalam otak kita berkurangan.
Menguap ni salah satu tanda yang kita sedang mengantuk. Nak atasinya, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung selama lima saat,
kemudian hembuskan melalui mulut selama lima saat juga. Buat
berulang-ulang kali agar banyak oksigen yang masuk ke otak sampaila hilang rasa mengantuk tu.
3. Rehat Seketika
Waktu sedang bekerja atau belajar, cubalah untuk berehat
seketika. Sambil berehat seketika tu, lakukan sedikit senaman pemanasan
seperti meregangkan tangan,kaki, pinggang ataupun menggoyang-goyangkan
kepala. Kalau korang jenis kerja yang terpaksa berhadapan dengan komputer sepanjang
hari, mata boleh menjadi penat. Cuba alihkan pandangan dari komputer
untuk relaks mata sikit. Boleh cuba pejamkan mata sejenak atau melihat
pemandangan di luar.
4. Pilih Kudapan Yang Sihat
Kudapan sihat boleh meningkatkan tenaga yang lebih lama. Mengunyah
kudapan seperti kacang mentega, yogurt dan buah-buahan
segar boleh menjadi cara hilangkan mengantuk di samping meningkatkan fokus waktu bekerja /belajar. Tapi kena hati-hati jugak naa, pilih kudapan yang betul. Nanti takut kunyah punya kunyah, badan pulak makin mengembang.
5. Minum Banyak Air
Dehidrasi boleh menyebabkan kepenatan. So kena pastikan juga kita minum
banyak air dan makan makanan yang mengandungi kadar air tinggi seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran. Bila cukup air, badan pun kembali segar sebab cecair dalam tubuh kembali normal. Boleh cuba minum air
perahan lemon juga, refreshing.
6. Minum Kopi Atau Teh Hijau
Kopi terbukti dapat menghilangkan mengantuk kerana kandungan zat
kafein-nya boleh menstimulasikan otak kembali segar. Tapi, seperti yang kita semua sedia maklum, kaffein ni boleh mendatangkan mudarat juga, so jangan
minum terlalu banyak ya!
Selain kopi, teh hijau juga mengandungi kafein,
namun ia lebih baik kerana memberikan tubuh banyak antioksidan. Teh
hijau juga bagus untuk menjaga stamina tubuh anda.
Bila bercakap tentang teh ni, terpanggil pulak rasa nak berkongsi tentang teh dari Shaklee. Yup, betul. Shaklee pun ada teh juga. Benda baik kenala share kan :)
Sahabat saya dalam video ni pun dah terus lupakan kopi bila dah cuba 'ubat tahan ngantuk' yang paling berkesan ni.
Teh ni bukan sebarang teh ni.
Cinch Energy Tea Mix ni gabungan
teh hijau, teh putih dan teh merah yang sangat berkualiti serta
berkhasiat. Yang penting, pilihan yang lebih sihat, tanpa perasa,
pewarna dan pengawet tiruan. Rasanya pun sedap dengan aroma yang
menyegarkan.
Cinch
Energy Tea ni dalam bentuk sachet. So, nak bawa ke mana-mana pun
senang. Letak dalam poket boleh, handbag boleh. Bila nak minum, senang
je, koyak sachet and tuang dalam cawan untuk bancuh. Suam atau sejuk
boleh. Nak lagi sedap, bancuh dengan madu dan lemon.
Tryla minum Cinch Energy Tea Mix ni. Series memang hilang mengantuk. Segar-bugar dan bertenaga terus.
Highly recommended!
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit