Sunday, 25 September 2016

Rawat Vertigo Dengan Cepat Sebelum Ada Risiko Menjadi Pekak


Vertigo. Pernah dengar tak?

Pasti ramai yang tak pernah tahu tentang penyakit vertigo, melainkan diri sendiri atau mengenali seseorang yang diserang vertigo ni.

Zaman moden ni, macam-macam jenis penyakit yang berisiko untuk menyerang kita. Salah-satunya, penyakit yang mungkin anda tak pernah dengar langsung contoh macam vertigo ni la.

Saya pernah kenal dan lihat juga beberapa orang yang terkena vertigo ni.

Tapi, apa tu vertigo sebenarnya?
Serius ke penyakit vertigo ni, sampai boleh menyebabkan pekak kalau tidak dirawat cepat?

Jom kita kenali dulu tentang vertigo.


Apa itu vertigo

Gangguan atau penyakit vertigo ini akan menyerang apabila terdapatnya gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang.

Gangguan dalam telinga ini dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan kita menjadi pekak dan tak boleh berdiri dengan betul kerana kehilangan keseimbangan.

Punca-punca berlakunya vertigo
  • Pola makan yang tidak sihat (tinggi kolesterol, gula, dan lemak) serta tabiat buruk merokok
  • Migrain akibat perubahan tekanan darah (hipertensi)
  • Gangguan fungsi otak akibat kurangnya aliran darah menuju otak. Ini menyebabkan oksigen yang tak cukup untuk diangkut ke seluruh tubuh. Akhirnya sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.
  • Terjadinya radang dan jangkitan telinga oleh bakteria sehingga menyebabkan gangguan kepekatan cairan pada organ telinga. Lalu akibatnya tubuh tidak dapat keseimbangan.
  • Gangguan saraf di sekitar mata. Ini menyebabkan sistem keseimbangan tubuh terganggu.
  • Gangguan neurologis yang disebabkan oleh sklerosis, tumor otak atau tumor yang menyerang saraf. Perlu segera berjumpa doktor untuk memastikannya.
 
Tanda-tanda anda mengalami vertigo

Serangan vertigo ni terdapat dalam beberapa jenis mengikut situasi dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang.
  • Seseorang yang mengalami vertigo akan berasa dirinya atau persekitaran seperti berpusing-pusing.
  • Gerakan mata yang tidak normal. Ini  merupakan petunjuk bahawa fungsi bahagian dalam telinga terganggu melibatkan saraf yang menghubungkan otak.
  • Tubuh rasa berdebar-debar 
  • Telinga terasa berdengung
  • Pandangan kabur
  • Rasa mual tekak dan hendak muntah
  • Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat
  • Nadi berdenyut dengan cepat
  • Tidak dapat berjalan dengan lurus atau mengimbangkan badan
  • Telinga tidak dapat menangkap butiran percakapan seolah-olah hilang pendengaran.
4 cara merawat vertigo

Kebiasaannya, masalah vertigo ni akan datang dan pergi, boleh berlaku dalam masa beberapa jam dan hilang begitu sahaja, selepas tu datang balik, berulang-ulang. Semakin lama dibiarkan, tanpa rawatan yang sepatutnya, akan menjadi semakin serius.

Rawatan yang perlu dijalani bergantung kepada jenis dan punca vertigo yang dialami oleh pesakit.

1. Siri pergerakan yang dikenali sebagai 'Prosedur Menempatkan Semula Canalith'

Sekiranya anda didiagnos diserang vertigo oleh pakar ENT (Ear Nose And Throat), beliau akan melakukan 'Prosedur Menempatkan Semula Canalith' ini untuk anda.

Prosedur ni mudah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama. Ianya terdiri daripada beberapa pergerakan ringkas untuk meletakkan kepala dalam kedudukan yang betul.
 
Doktor juga akan menunjuk ajar beberapa senaman terapi sebagai panduan untuk anda lakukannya di rumah.

 
 2. Ubat-ubatan

Biasanya, ubat-ubatan juga turut diberi kepada anda.

Antaranya seperti betasere, stemetil dan stugeron.
 
 
3. Pembedahan

Sekiranya keadaan bertambah serius, worst case, doktor akan menyarankan prosedur pembedahan untuk anda di mana penyumbat tulang akan digunakan untuk menghalang bahagian daripada telinga dalaman yang menyebabkan pening.

Penyumbat tersebut bertindak menyekat partikel-partikel yang terapung di dalam saluran telinga anda daripada bergerak.


4. Rawatan semulajadi

Antara tips yang juga boleh membantu anda mengatasi serangkan vertigo ni adalah:
  • Duduk atau baring dengan segera apabila terasa pening
  • Elakkan tidur pada sebelah telinga yang terjejas
  • Bangkit dari tidur secara perlahan-lahan. Duduk sekejap di birai katil
  • Elakkan daripada membongkok untuk mengambil sesuatu
  • Gunakan dua atau lebih bantal pada waktu malam
  • Gunakan lampu yang terang jika anda bangun di tengah malam
Selain itu, saya juga ingin berkongsi satu cara berkesan yang telah membantu ramai pesakit vertigo. Jom lihat apa kata mereka yang dah amal dan bebas dari derita penyakit vertigo.

Testimoni 1

Tak sempat operate, vertigo dah sembuh


Testimoni 2

Vertigo sembuh, tiada lagi rasa pening melayang



Testimoni 3

Hampir pekak diserang vertigo, kini pulih sepenuhnya


Vivix adalah supplement yang paling recommended untuk membantu penyakit vertigo. Ianya adalah tonik yang dirumuskan secara teliti dan telah pun banyak disiarkan di media massa ini membantu memulihkan kesihatan tubuh hingga ke peringkat sel. Kajian makmal telah menunjukkan ramuan utama dalam Vivix melindungi dan membaikpulih sel-sel hingga tahap DNA.
 
Kandungan antioksida Vivix yang tinggi bantu untuk menormalkan kembalikan keradangan di bahagian telinga dan kepala.

Selain itu, Vivix juga membantu sistem saraf utama kita berfungsi dengan normal kembali iaitu menerima signal dan mesej tanpa sebarang pertindihan.


Sebaik-baiknya, jangan memandang remeh sekiranya anda diserang rasa pening seakan dunia berpusing-pusing ni, atau tanda-tanda lain seperti atas.

Ambil tindakan segera.

Kadang-kadang vertigo ni terjadi disebabkan kehadiran penyakit lain yang anda mungkin tak sedar.

Contohnya serangan vertigo yang terjadi kerana aliran darah yang terganggu kerana pembengkakan arteri sebenarnya adalah satu gejala atau simptom awal untuk terjadinya risiko diserang penyakit stroke.

Ini kerana berkemungkinan besar pembuluh darah membengkak dan berkemungkinan pecah kerana tekanan darah yang tinggi.

Bertindak dan rawat sebelum terlambat.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau ada sebarang pertanyaan mengenai supplement Vivix ni, boleh hubungi saya.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, 24 September 2016

Batuk Teruk Tak Berhenti-henti Tanda Jangkitan Kuman Paru-paru? Rawat Sebelum Parah


Apabila kita diserang batuk, itu adalah petanda sistem pertahanan imunisasi badan sedang cuba dilemahkan oleh sesuatu. Biasanya, mula-mula tu rasa gatal pada tekak je. Makin hari, makin gatal dan tak lama kemudian, bermulala episod batuk teruk tak berhenti-henti.

Memang sangat menggangu ketenteraman hidup. Nak buat kerja susah, nak cakap susah... nak makan pun susah. Boleh tersembur segala makanan.

Kebanyakan orang menganggap masalah batuk ni perkara kecil, sebab biasanya boleh sembuh selepas tempoh masa tertentu. 

Walaubagaimanpun, ada juga kes batuk yang dialami lebih kerap dan berpanjangan. Jika ini berlaku, ia boleh membawa kesan serius kepada seseorang sekiranya tidak dirawat segera.


Punca batuk teruk

Batuk teruk tak berhenti-henti ni, boleh terjadi kepada semua peringkat umur dari kanak-kanak hinggalah orang tua.

Antara puncanya adalah seperti:
  • Asma
  • Alergi 
  • Masalah sinus 
  • Masalah sistem pernafasan
  • Jangkitan paru-paru seperti bronkitis, pneumonia
  • Kanser paru-paru
Kesan serius batuk teruk tak berhenti-henti

Selain dari risiko komplikasi dan jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh mengancam nyawa, batuk teruk yang tak berhenti-henti ni juga boleh menyebabkan kesan serius seperti:

1. Kesihatan dan kualiti hidup terjejas

Ini kerana batuk berpanjangan membuatkan anda sering pening, sakit kepala, tidur terganggu dan hilang selera makan. Seterusnya anda akan sentiasa terlalu letih untuk melakukan aktiviti harian termasuklah pergi ke sekolah atau bekerja.
 
2. Tak boleh kawal proses buang air kecil
 
Ini kerana batuk yang berterusan memberi tekanan kepada pundi kencing. Maka apabila batuk, anda mungkin akan turut terkencing. Ketawa juga akan membuatkan insiden terkencing berlaku.

3. Tulang selangka retak
 
Tekanan semasa batuk mungkin akan mencederakan tulang selangka. Ia mungkin menjadi retak, bengkak dan lebam. 
Anda juga turut merasa sakit untuk bernafas. Apatah lagi ketika batuk, sakit seperti menyucuk akan terasa pada bahagian dada.

Oleh itu, sekiranya anda mengalami batuk berpanjangan lebih daripada tiga minggu, segeralah berjumpa doktor untuk mengenalpasti puncanya dan untuk pemeriksaan lanjut.

Cara merawat batuk yang tak berhenti-henti

Selain dari ubat-ubatan, berikut adalah cara-cara yang anda boleh cuba untuk mengatasi batuk teruk yang berpanjangan:

1. Minum air suam

Minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.


2. Elakkan makanan tertentu

Jangan makan bahan-bahan yang menambah lendir seperti tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis.


3. Jauhkan diri dari persekitaran yang berhabuk

Persekitaran yang berhabuk, berasap toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan tersebut.
Jika anda merokok, mungkin inilah masa yang sesuai untuk terus berhenti merokok.


Segala macam tips dah cuba... ubat pun dah berbotol-botol telan..

Tapi, batuknya tak baik-baik juga.

Itulah yang terjadi kepada salah seorang customer saya ni. Sehinggalah beliau mencuba Vivix.

Testimoni 1

3 kali jumpa doktor batuk tak hilang-hilang... akhirnya sembuh sepenuhnya

My customer ni dah berbulan juga batuk, jumpa doktor pun dah banyak kali. Selepas cuba Vivix, batuk beliau sembuh, kesihatan pun makin baik. Alhamdulillah. Sampai sekrang pun beliau masih mengamalkan Vivix sebagai supplement harian.


Testimoni 2

Tiada lagi batuk berdarah. Hampir-hampir nak kena tebuk keluarkan cecair..


Vivix ni adalah produk ekslusif Shaklee yang terbaik dengan ramuan hebat dari 4 tumbuhan hebat yang kaya dengan pelbagai khasiat iaitu Anggur Muscadine, Elderberi Eropah, Polygonum Cuspidatum dan Lobak Ungu. Ia adalah satu-satunya supplement yang mampu merawat sel badan manusia hingga ke tahap DNA.

Hanya 1 sudu sehari

Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.
Sentiasalah berusaha untuk hidup dengan sihat dan positif.

Jangan biarkan diri sendiri menderita akibat batuk yang berpanjangan ni.
Rawatla sebelum terlambat.

Sekiranya anda mengalami masalah batuk yang berpanjangan ni, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Dan sekiranya anda juga berminat untuk mencuba Vivix,  boleh hubungi saya untuk konsultasi atau pesanan ya.

Untuk baca kisah-kisah 'ajaib' pengalaman mereka yang ambil Vivix ni >> KLIK SINI

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 20 September 2016

Cara Mudah Hilangkan Batuk Berkahak Semasa Hamil


Batuk ketika mengandung sangat la memeritkan dan menyeksakan. Apa lagi kalau batuk yang teruk, berkahak dan berlarutan sehingga berminggu-minggu. Dengan hidung tersumbatnya, dengan sakit kepala lagi.

Selain menyeksakan, lebih stress lagi, batuk sampai terkencing pun ada. Itulah realiti ibu hamil yang terpaksa dihadapi.

Bahaya sebenarnya batuk sampai berkahak ni. Kerana kalau tidak dirawat, lama-kelamaan kahak boleh dijangkiti.

Rasa tak tahan sangat sampai rasa nak makan ubat je.


Tapi, tak bahaya ke ambil ubat batuk semasa hamil?

Tak ada ubat yang 100% selamat untuk ibu hamil. Ubat-ubatan ni mengandungi bahan kimia yang tak sesuai untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Nasihat dari doktor pakar amat diperlukan sebelum ibu hamil mengambil sebarang ubat.

Elakkan dan hindari daripada mengambil ubat-ubatan terutamanya semasa trimester pertama kerana semasa 12 minggu pertama bayi ni, adalah proses pembentukan organ-oragan utama badan.

Jadi, apa nak buat untuk hilangkan batuk berkahak yang menyeksakan ni?

Banyak tips dan petua yang boleh anda cuba sebenarnya. Ada yang berkesan, dan ada juga yang mungkin tak berkesan untuk anda.

Di sini, saya akan berkongsi 4 cara yang paling mudah dan berkesan untuk hilangkan batuk berkahak semasa hamil ni.

4 cara yang paling mudah dan berkesan untuk hilangkan batuk berkahak semasa hamil

1. Minum banyak air kosong

Pastikan anda minum air kosong yang banyak dan secukupnya untuk mengelakkan badan terhidrasi.

Pengambilan air masak yang secukupnya juga akan melancarkan proses detoks iaitu membuang toksin dari badan.


2. Berkumur dengan air garam

Bancuhkan sedikit garam dan air suam.

Kumur dengan air garam ni, 2@3 kali sehari. Ini akan membuatkan tekak anda merasa selesa.

Kumur ye, bukan telan terus.


3. Mandi dengan air panas

Caranya mudah sahaja. Pasang hot shower semasa mandi, tapi tak perlu sampai berasap bilik mandi. Then, mandi macam biasa namun lebihkan siraman pada bahagian belakang badan.

Ia akan membantu melonggarkan kahak yang melekat di paru-paru dan senang nak hembus buang lepas tu. Apabila dapat buang mukus yang banyak tu, barulah lega pernafasan dan hilang sakit kepala segala.

Lepas mandi, boleh sapukan minyak panas atau Vicks pada belakang badan, tengkuk, dan kaki.


4. Ambil vitamin ibu hamil

Selain mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat, sangat-sangat penting ibu yang hamil untuk konsisten ambil vitamin kehamilan. Kerana semua sistem dalam badan kita akan bergerak dua kali ganda daripada sebelum hamil.

Vitamin untuk ibu hamil secara tidak langsungnya membantu untuk menguatkan sistem pertahanan badan ibu itu sekali, untuk melawan virus dan bakteria. Bukan untuk batuk berkahak sahaja, malah untuk mencegah dari jangkitan penyakit lain juga.

Digalakkan ibu yang hamil dan batuk berkahak untuk ambil vitamin:

Multivitamin (Vitalea) - Mengandungi vitmain dan mineral lengkap untuk tampung keperluan badan ibu, terutamanya Zinc yang memabntu menguatkan immune system badan.

Vitamin C - Meningkatkan sistem imunisasi badan kita.

Asid lemak Omega 3 - Iaitu dikenali sebagai peransang kepada sistem imunisasi badan.
Omega 3 penting untuk melawan jangkitan yang berlaku dalam badan dan juga meningkatkan aktiviti-aktiviti sel-sel putih untuk melawan jangkitan bakteria jahat.

Garlic - Tumbuhan yang terbaik membantu untuk melawan virus dan bakteria jahat.


Selain vitamin di atas, ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil B Complex (mengawal stress, mengelakkan kecacatan pada bayi), Ostematrix (sumber kalsium) dan ESP (protein untuk memberi tenaga pada ibu dan juga perkembangan bayi yang sihat).

Semoga perkongsian ini membantu ibu hamil yang mengalami masalah batuk berkahak ni.
Cuba ya, insyaAllah sangat membantu. Jangan biarkan masalah batuk ni berbanjangan hingga menyeksakan diri anda sendiri, malah takut ada risiko jangkitan lain pulak nanti.

Cara semulajadi ni, dijamin selamat dan takde masalah untuk bayi di dalam kandungan.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan vitamin ibu hamil ni ye. Saya akan consult cara pemakanan yang betul supaya anda mendapat kesan yang terbaik.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 19 September 2016

Kaki Bengkak Semasa Hamil. Bahaya Ke ?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kaki membengkak adalah fenomena biasa bagi ibu yang mengandung. Kebiasaannya, bengkak ini akan bermula dari buku lali, betis dan menular naik ke paras paha. Ianya tak menyebabkan kesakitan, cuma kadang kala menyukarkan aktiviti harian si ibu.

Kaki bengkak ketika hamil juga dikenali sebagai edema.


Bagaimana kaki boleh membengkak semasa mengandung

Situasi ini kebiasaannya terjadi selepas usia kandungan mencecah 20 minggu. 

Waktu ini, janin sudahpun membesar akan menekan salur ‘inferior vena cava’ (salur darah untuk membawa darah dari seluruh badan kembali ke jantung). Ini menyebabkan perjalanan darah kurang lancar serta berkumpul pada kedua-dua belah kaki. 

Perkara ini juga mengakibatkan perubahan tekanan di dalam salur pembuluh darah menyebabkan cecair badan akan tertapis keluar daripada salur darah dan berkumpul di celah-celah tisu badan. Oleh itu, kedua-dua belah kaki akan mula membengkak. Semakin banyak air tertapis keluar dari saluran darah, semakin besarlah bengkak pada kaki.

Bahaya ke kalau kaki bengkak ni

Bengkak pada kaki adalah proses biasa semasa mengandung. Bengkak pada kaki ini akan pulih selepas bersalin.

Tetapi, sekiranya bengkak ini semakin teruk sehingga ke paras pinggang, muka, di celah-celah jari dan bahagian kelamin, ini mungkin sesuatu yang abnormal. Hal ini perlu dipantau dengan lebih serius.

Bengkak yang melibatkan hanya sebelah kaki juga perlu dipantau dengan teliti. Sekiranya bengkak sebelah kaki ini diiringi dengas rasa sakit pada betis, lenguh dan sukar untuk berjalan seperti biasa, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.


7 Tips untuk mengurangkan bengkak pada kedua belah kaki

1. Minum air masak yang mencukupi

Kebanyakan ibu takut untuk meminum air kerana beranggapan bahawa minum air yang banyak akan menyebabkan kaki lebih membengkak. Tapi, jangan risau ya, sebaliknya kita perlu minum air masak secukupnya untuk bantu proses dehidrasi dan perkumuhan dalam badan.

2. Meninggikan kaki semasa baring


Letakkanlah bantal di bawah kaki supaya aras kaki menjadi lebih tinggi dari pada paras jantung. Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki. Amalkan pada waktu malam.

3. Baring mengiring

Dengan mengamalkan posisi ini, janin tidak akan menekan salur inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih lancar.

4. Aktif bergerak

Anggapan bahawa kaki akan lebih membengkak jika banyak bergerak adalah tidak benar. Pergerakan aktif adalah lebih baik untuk ibu hamil kerana pengaliran darah akan lebih lancar. Secara tidak langsung, ia boleh mengelakkan pembentukan darah beku pada salur darah kaki.

5. Compression stockings 

Setokin ini tidak sama seperti setokin harian yang biasa kita guna. Setokin ini direka khas untuk membantu melancarkan pengaliran darah pada kaki. Ianya mempunyai keregangan tersendiri dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha hingga ke tapak kaki. Setiap bahagian stokin ni mempunyai tekanan dan keregangan yang berlainan. Compression stocking ini digalakkan penggunaannya pada waktu malam semasa tidur untuk disesuaikan dengan pengaliran darah menjadi perlahan semasa baring. Boleh dapatkan di farmasi.

6. Kasut yang selesa

Sila gunakan kasut yang longgar dan bertapak rata untuk mengelakkan tekanan pada kaki yang boleh menyebabkan kesakitan.

7. Amalkan pemakanan yang sihat

Ibu mengandung perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan atau jauhi makanan segera dan makanan yang diproses. Makanan sebegini mengandungi kalori dan lemak berlebihan berbanding nutrisi vitamin yang baik untuk ibu dan bayi. Malah boleh menyebabkan pertambahan berat badan berlebihan serta risiko penyakit lain seperti kencing manis dan sebagainya.

Gantikan makanan ini dengan pengambilan makanan yang sihat seperti bijirin, sayur dan buah-buahan. Pengambilan supplement tambahan juga amat perlu bagi menampung keperluan nutrisi sepanjang kehamilan.

Jangan sesekali abaikan nutrisi sepanjang kehamilan, seperti Vitamin C, B Complex, kalsium, zat besi untuk kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan.


Untuk info lanjut tentang tips pemakanan dan pengambilan vitamin semasa hamil >> KLIK SINI


Perlukah Ambil Vitamin Atau Supplement Tambahan? Ini Nasihat Dari Doktor Pakar


Assalamualaikum

Salam Hari Isnin semua

Bermula la balik ye rutin kita, terutamanya mak-mak yang ada anak yang bersekolah tu. Maklumlah dah sakan bercuti seminggu. Mesti banyak drama pagi ni. Macam-macam watak ada pagi ni kan. Ada mak-mak yang dah bertukar jadi 'hulk' tak pagi ni :)

Alhamdulillah kami pagi tadi semuanya dalam keadaan terkawal. Kakak dengan irfan senang betul bangun, mood pun ceria je masing2. Excited nak pergi school jumpa kawan-kawan agaknya.

Ok, sementara nak menunggu waktu untuk masak lunch jap lagi, jom saya nak kongsikan satu artikel menarik ni.

Tentang pengambilan vitamin atau supplements tambahan. Perlu ke sebenarnya?

Artikel yang saya nak kongsikan di sini adalah pendapat dan nasihat dari doktor, yang pada saya sangat ringkas, jelas dan padat.


Perlu ke ambil vitamin atau supplement tambahan?

Jawapan bagi persoalan ini adalah YA. Namun, sekiranya anda hidup setengah juta tahun dahulu, jawapannya adalah TIDAK.

Kenapa pula macam tu?

Beri saya peluang untuk memberi penjelasan.

Vitamin dan zat mineral sangat penting dalam mengekalkan fungsi asas pelbagai tindakbalas biologi badan. Fungsi badan ini menentukan tahap kesihatan setiap individu.

Nenek moyang kita yang hidup beribu atau beratus tahun dahulu hidup sebagai pemburu dan pengumpul makanan. Ini bermaksud makanan yang mereka makan didapati secara semulajadi daripada haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan. Makanan ini dimakan hampir serta merta dan mentah. Mereka tidak menternak atau bertani. Mereka tidak memerlukan vitamin atau zat galian tambahan.

Sebaliknya, makanan anda datang dari pasar raya. Makanan ini telah diproses. Kemungkinan besar, ia telah dituai berminggu-minggu atau berbulan-bulan lepas. Ia ditanam dalam kawasan tanah yang sama setiap tahun. Ia disembur dengan racun perosak dan bahan kimia yang berlainan. Ternakan juga telah diberi makan antibiotik, hormon tumbesaran dan makanan yang tidak sihat serta membesar dalam sangkar yang sempit dan kondisi di mana memungkinkan ternakan senang mendapat penyakit. Tambahan lagi, makanan itu barangkali tiba di atas pinggan setelah terlebih masak dan diolah menjadi pelbagai bentuk yang tidak menyerupai keadaan asalnya.


Sekiranya makanan sebegini yang anda makan, kemungkinan makanan tersebut mengandungi kandungan vitamin dan zat galian yang cukup adalah amat tipis. 

Zat galian berpunca dari tanah. Sekiranya tanaman ditanam pada kawasan tanah yang sama setiap tahun, kehilangan zat galian akan berlaku. Baja kimia hanya mampu menyediakan nitrogen, fosforus dan kalium. Bagaimana pula dengan boron, selenium, kromium, magnesium dan sebagainya? 

Contohnya.... Vitamin C

Vitamin C sekali pun tetap memerlukan sekurang-kurangnya zat galian fosforus yang disintesis oleh tumbuhan.

Tambahan lagi, sebanyak 70-90 peratus vitamin ini hilang atau dinyahaktifkan ketika pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan makanan. 

Vitamin C yang terdapat di dalam sebiji buah oren dari kebun organik (kebanyakan oren tidak berasal dari kebun organik) di Cina sewaktu pemetikan adalah 70-100 mg. Apabila oren yang sama tiba ke tangan anda, kandungan Vitamin C yang berbaki adalah hanya 20 mg. Aras ini tidak cukup untuk meneutralkan pengawet toksik dan sisa racun perosak pada kulit oren yang anda makan apatah lagi memberi vitamin tambahan untuk badan anda.

Jadi, sebab tu lah anda perlu ambil supplement tambahan

Anda memerlukan vitamin atau zat galian tambahan bukan kerana kerana tidak mendapat khasiat tersebut daripada makanan anda; tetapi kerana makanan anda tidak dapat khasiat daripada tanah (atau khasiat itu telah hilang sebelum makanan tersebut tiba ke pinggan anda). 

Tambahan pula, kemungkinan besar anda tidak memakan variasi makanan secukupnya untuk meningkatkan peluang untuk mendapat vitamin dan zat galian. 

Dalam tempoh seminggu lepas, berkemungkinan besar anda hanya memakan beras diproses, bijiran diproses, gula diproses, garam diproses, kobis, ayam, daging yang datang dari ladang. Anda tidak mungkin menemui vitamin atau zat galian dalam kuantiti yang mencukupi di dalam makanan tersebut walaupun anda mencari dengan terperinci sekalipun.


Maka, jika anda beranggapan bahawa anda mampu mendapat semua vitamin dan zat galian yang anda perlukan hanya daripada makanan, anda sudah pasti tersilap!

Rujukan: 
  • Vitamins, minerals, and mood. Kaplan, Bonnie J.; Crawford, Susan G.; Field, Catherine J.; Simpson, J. Steven A. Psychological Bulletin, Vol 133(5), Sep 2007, 747-760.
Apa ciri-ciri supplement tambahan yang bagus, berkesan dan selamat? >> KLIK SINI

Sunday, 18 September 2016

5 Penyebab Anda Jadi Semakin Gemuk, Yang Anda Sendiri Pun Tak Sangka


Kenaikan berat badan tidak semestinya berpunca daripada apa yang anda makan. Sebenarnya ada banyak punca yang menjadi penyebab anda boleh jadi gemuk. Punca yang mungkin anda sendiri pun tak sangka!

Berat badan bertambah atau tak turun-turun, kerana kalori yang dibakar lebih sedikit daripada kalori yang masuk daripada makanan yang dimakan. Ini bermakna selain daripada makan, ada banyak faktor lain yang mempengaruhi metabolisma dan berat badan.


So, apakah faktor-faktor lain yang jadi penyebab tu?

6 penyebab anda jadi semakin gemuk, yang anda sendiri pun tak sangka

1. Stress tahap ‘Gaban’

Ternyata stress juga boleh menjadi salah satu perkara yang menyebabkan kegemukan. Apabila  mengalami stress, sebahagian orang akan mempunyai kecenderungan untuk kerap mengunyah.

Di samping itu, ketika stress tubuh akan menjadi tegang dan mengeluarkan hormone ‘kortisol’. Hormon ini akan menjadi penyebab utama meningkatnya nafsu makan sehingga membuat anda semakin seronok untuk menikmati apa sahaja makanan bagi  menenangkan diri.

Jadi, sebaiknya apabila anda stress, carilah aktiviti lain yang untuk meredakannya, misalnya bersenam.


2. Diet yang keterlaluan

Diet yang extreme dengan tujuan untuk menurunkan berat badan secara drastik dalam waktu yang singkat merupakan cara yang tidak efektif. Cara ini tidak melatih tubuh untuk membakar kalori yang banyak dalam jangka masa panjang.

Akibatnya, makanan yang anda makan tidak akan terbakar sepenuhnya dan kesannya berat badan anda akan naik kembali dengan cepat.


3. Kurang tidur

Ada beberapa perkara yang membuatkan kurangnya waktu tidur saling berkait rapat dengan pertambahan berat badan.

Jika anda kurang tidur, terjadi peningkatan kadar hormon dalam tubuh yang boleh meningkatkan rasa lapar dan nafsu makan. Kurang tidur juga membuat anda cenderung memilih sembarang makanan seperti goreng-gorengan daripada menu sihat seperti buah-buahan.

Selain itu, tidur lambat juga boleh membuka ruang untuk anda menikmati makanan ringan pada malam hari sehingga menambah timbunan kalori di dalam tubuh.


4. Pengambilan ubat-ubatan tertentu

Ternyata pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

Kesan setiap jenis ubat memang berlainan untuk jenis penyakit. Ada yang boleh menyebabkan mengantuk, menambah keinginan makan, merubah gula darah jadi lemak dan juga kesan-kesan seumpamanya yang lain.

Jadi, apa sahaja ubat yang anda makan, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor. Jangan sampai salah memilih ubat kerana secara tidak disedari anda mengumpulkan bahan kimia di tubuh anda selama mengamalkan pelbagai macam jenis ubat-ubatan tersebut.


5. Masalah kesihatan

Selain itu, penyebab gemuk lainnya adalah ‘hipotiroidism’.

Keadaan ini berlaku disebabkan masalah tubuh yang disebabkan kurangnya pengeluaran oleh hormon tiroid didalam tubuh seseorang. Kekurangan tiroid ini boleh mengakibatkan metabolisme pada tubuh menjadi kurang lancar serta pertambahan pada berat badan.

Antara tanda-tanda ‘hipotiroidism’ ialah mudah penat dan lesu, suara menjadi serak, mudah diserang selsema, kerap mengantuk (menjadi kuat tidur) atau kerap pening kepala.

 

Nak tahu rahsia kurus dengan cara yang betul dan tanpa perlu ikat perut >> KLIK SINI


Saturday, 17 September 2016

Hidung Anak Kerap Berdarah Sampai Risau Dibuatnya. Bahaya Ke Tak Sebenarnya ?


Pernah tak anak anda tiba-tiba mengalami hidung berdarah?

Anak saya yang sulung dulu pernah juga jadi hidung berdarah ni.
Panik juga yang pertama kali tu, maklumlah, tiba-tiba je kan keluar darah.

Ada juga kanak-kanak yang kerap jadi hidung berdarah ni. Kalau dah kerap sangat, mesti risau juga dibuatnya kan.


Bahaya ke hidung berdarah ni?

Kebiasaannya hidung berdarah ni berlaku pada kanak-kanak berusia bawah 10 tahun.

Walaupun masalah ini sering dilihat berlaku di kalangan kanak-kanak,namun masalah hidung berdarah ini tidak serius dan mudah dirawat.

Apa punca hidung beradarah
  • Sejuk dan alahan
  • Jangkitan pada salur hidung
  • Menghembus hidung terlalu kuat
  • Memicit hidung
  • Kecederaan pada bahagian dalam hidung
  • Dinding tengah hidung senget
  • Ketumbuhan di dalam hidung
  • Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah
  • Kanak-kanak kecil memasukkan makanan atau alat mainan ke dalam hidung mereka secara tidak sengaja
Tips mencegah hidung berdarah
  • Pastikan kuku anak anda pendek untuk mengelakkan kecederaan pada dinding hidung ketika anak anda ‘mengorek hidung’
  • Kekalkan kelembapan di bahagian dalam hidung dengan menggunakan ‘saline nasal spray’ yang boleh didapati di farmasi atau sapukan sedikit krim antibiotik di sekeliling lubang hidung
  • Sekiranya udara di rumah agak kering, anda bolehlah menggunakan ‘air humidifier’ di rumah
  • Pastikan anak anda memakai helmet atau kelengkapan perlindungan diri yang lain apabila melibatkan diri dalam sukan yang boleh menyebabkan kecederaan pada hidung
Apa nak buat sekiranya anak anda mengalami hidung berdarah
  • Beri keselesaan kepada anak anda apabila dia mengalami hidung berdarah
  • Galakkan anak anda untuk meniup hidung berdarah dengan lembut untuk mengeluarkan semua darah beku
  • Kemudian, dudukkan anak anda di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok
  • Tekan bahagian hadapan hidung iaitu bahagian yang lembut bukannya tulang hidung dengan mengunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit. Suruh anak anda bernafas dengan menggunakan mulut
  • Letakkan tuala sejuk atau kain yang berisi ais batu pada dahi dan bahagian atas hidung. Tindakan ini akan mengecutkan salur-salur darah di hidung dan menghentikan hidung berdarah dengan lebih cepat
  • Bawa anak ke hospital dengan segera jika anak berasa pening,nampak pucat atau hidung berdarah dengan banyak dan berterusan
Sekiranya pendarahan tidak berhenti?

Bawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor segera ya. Mungkin anak anda memerlukan rawatan selanjutnya.

Cara Mudah Merawat Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang semakin meningat semenjak dua menjak ni sangat membimbangkan semua ibu bapa. Ibu bapa mana la kan yang sanggup tengok anak-anak sakit, sedih, risau semua ada.

Dengan jangkitan yang semakin menular di Malaysia ni, jom kita ambil tahu beberapa fakta penting berkenaan penyakit ini, supaya kita dapat juga cegah dan rawat sebelum terjadinya apa-apa komplikasi yang serius.

Apa itu Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Orang dewasa juga boleh dijangkiti penyakit ni, tetapi kanak-kanak lebih berisiko kerana mempunyai sistem pertahanan badan (immune system) yang lebih lemah.

HFMD ni disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus).


Bagaimana penyakit ini merebak

Ia merebak melalui:
  • tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin  (contohnya di pusat asuhan)
  • air liur 
  • lelehan hingus
  • najis 
  • alat permainan yang disentuh kanak-kanak yang sudah dijangkiti
Tanda-tanda Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki 
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Komplikasi serius Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
  • Risiko sawan akibat dari demam panas
  • Risiko jangkitan pada sistem saraf
  • Risiko radang pada otot jantung
Langkah mengawal dan mencegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
  • Tingkatkan sistem imunisasi anak-anak
Cara merawat Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
Sehingga kini, tiada rawatan khusus bagi jangkitan ini, cuma rawatan untuk mengurangkan ketidakselesaan gejalanya. Kebanyakan jangkitan akan pulih sendiri tanpa pengambilan ubat. Ia bergantung kepada daya tahan dan kekuatan tubuh kanak-kanak itu sendiri untuk melawan komplikasi virus.

Bagaimana Shaklee membantu mengatasi Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Salah satu cara untuk mencegah jangkitan dan melawan pelbagai serangan penyakit termasuk HFMD ni, adalah dengan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Ibubapa mana yang tidak sayangkan anak-anak. Namun, dalam rutin kita seharian yang sibuk, kadang-kadang kita terlepas pandang akan risiko anak-anak kita untuk dijangkiti penyakit seperti HFMD ini, yang sememangnya sangat tinggi.

Di mana-mana sahaja anak-anak kita terdedah dengan pelbagai jenis penyakit, di sekolah, tadika dan nurseri.

Cadangan supplements dari Shaklee ni membantu meningkatkan daya tahan badan anak-anak kita untuk mencegah jangkitan penyakit, termasuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan serta mencegah komplikasi bagi kanak-kanak yang terkena jangkitan.


1) Nutriferon - Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan serangan virus

2) Chewable Vita-C 100mg - Di samping meningkatkan imunisasi, vitamin C ini juga menguatkan tulang,gigi dan gusi kanak-kanak

3) Mealshakes - Sumber protein dilengkapi 19 vitamin dan mineral semulajadi. Juga membantu untuk meningkatkan selera makan anak.

4) Omega Guard - Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik dunia ini juga membantu meningkatkan imunisasi kanak-kanak

Selain itu, bagi kanak-kanak yang terkena jangkitan HFMD ni, saya sangat galakkan anda sapu Herbal Blend di bintil-bintil yang melepuh tu setiap hari. Sapu 3 ke 4 kali sehari terutamanya selepas mandi dan sebelum tidur. InsyaAllah cepat kering, clear dan tak merebak ke tempat lain. Cream ni best sangat sebab 100% semulajadi. Selamat untuk semua terutamanya bayi, walaupun kita sapu kat bahagian muka pun takde masalah.

Apa kata mereka yang dah cuba Shaklee semasa anak-anak terkena jangkitan HFMD

Testimoni 1
 
Testimoni 2

Sembuh HFMD hanya dalam masa 4 hari


Testimoni 3

3 hari je, clear terus HFMD


Jadi tunggu apa lagi.

Jom tingkatkan sistem imunisasi anak-anak kita.

Hubungi saya untuk consultation atau pembelian ya.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit