Monday, 30 September 2013

[Online Business - WAHM] Dapat Cash Voucher dari Shaklee. Shaklee, Online Business Terbaik!


Hari ni merupakan hari terakhir bulan September, dan seperti biasa, setiap hujung bulan merupakan closing day untuk kami semua pengedar Shaklee.

Selain dari bonus yang setiap bulan semakin meningkat, bulan ni saya dapat pula extra bonus dari Shaklee, syukur Alhamdulillah.

 
Cash Voucher dari Shaklee yang boleh beli sebarang produk Shaklee
RM 201, banyak tuu..
dah boleh beli ESP 1 tong, GLA Complex 1 botol, pun ada balance lagi tu :)
Ni extra bonus dari Shaklee tau, selain dari bonus yang dapat tiap-tiap bulan tu

Paling happy, adalah bila lihat anak cucu Shaklee saya semakin meningkat prestasi masing-masing. Mak mana yang tak happy bila tengok anak didik semakin mengorak langkah untuk maju kan :)

Bulan Oktober ni pasti hebat lagi!

Ada 2 benda yang saya, anak cucu Shaklee saya, pengedar-pengedar Shaklee yan lain, dan semua peminat-peminat Shaklee tengah tak sabar nak tunggu ni :

1) Pertama:
Apa agaknya promosi Shaklee bulan October ni yer. Buat anda yang masih belum familiar dengan Shaklee, tiap-tiap bulan Shaklee akan memilih mana-mana produk dan membuat promosi beli 6 PERCUMA 1.

2) Kedua:
Shaklee bakal melancarkan online system pada 2 October ni, iaitu pada hari Rabu. Dengan adanya online system ni, insyaAllah akan memudahkan lagi online business kami. Segala-galanya hanya di hujung jari. Memang terbaik. Syukur Alhamdulillah :)

Pada saya, business Shaklee memang online business yang terbaik. Sesiapa sahaja boleh memulakan business Shaklee dan berjaya dengan Shaklee.
Mana taknya, modal pun tak perlu keluarkan, jadi takde istilah kerugian dalam business Shaklee.
Untung ada :)))

Ingin tahu caranya?
Jom bersama team kami, di bawah naungan susur galur Jutawan Muslimah!


Klik Sini untuk cara-cara mendaftar sebagai pengedar Shaklee dan kelebihan group kami

Klik Sini untuk baca kisah saya dari Jurutera yang berkelulusan Germany menjadi seorang WAHM


Anda berminat?
Hubungi saya Cik Jatt @ 013-4894037 / cikjattshop@yahoo.com


***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

Saturday, 28 September 2013

[Info Vitamin] Kelebihan Shaklee Berbanding Jenama Lain di Pasaran/Farmasi


"Kenapa Shaklee? Kan ada banyak jenis vitamin di farmasi? 
Pilih sajalah kat situ lebih senang". 

Ya, pil vitamin memang mudah didapati, di store2 farmasi malah supermarket juga ada menjual vitamin.
Masalahnya, bagus ke?

Vitamin ni tak sama macam buah. Buah, di mana2 pun sama, kecuali mungkin dari segi rasanya. Buah strawberi di negara kita mungkin lebih masam dari strawberi di England, tapi kedua2nya masih buah yang sama dihasilkan dari pokok strawberi.

Tapi vitamin2 ni dihasilkan di kilang2 berbeza, dengan bahan2 berbeza. Sesetengah vitamin yang dihasilkan secara sintetik, hanya mengandungi sedikit saja elemen vitamin, sebaliknya banyak kepada 'seakan vitamin'. Vitamin tiruan ini adakalanya bertindak secara agresif dengan tubuh.

Ada yang 'menutup' kebolehan tubuh untuk menjalankan proses2 secara semulajadi, sebaliknya memerlukan bantuan dari vitamin2 ini, barulah boleh bekerja. Ada yang mendatangkan pelbagai reaksi seperti alahan, tekanan dalam otak dan sebagainya. Jadi kita mesti berhati2 dalam memilih vitamin, bukan main pukul rata saja.

Apa Keistimewaan Shaklee?

Shaklee dihasilkan dari bahan2 semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin natural yang tidak memberi kesan songsang pada tubuh. Satu perbezaan yang paling senang dilihat ialah ketiadaan silika gel di dalam botol Shaklee, berbanding vitamin lain yang mengandungi silika gel untuk menyerap lembapan.

Silika gel adalah paket kecil yang sering kita temui dalam kotak-kotak kasut, hand bag, barangan kulit (terutama yang mahal2), barang letrik dan suka sesetengah supplement.


Silika gel adalah sejenis ‘desiccant’ iaitu ia berfungsi untuk menyerap lembapan. Sebab itulah ia berada dalam kotak2 kasut kulit bagi mengelakkan pertumbuhan kulat. Dalam kotak barang elektrik, silika gel diletakkan juga untuk menghalang lembapan merosakkan alatan tersebut.

Bagi vitamin/supplement, fungsi silika gel adalah bagi mengelakkan pil tersebut dari dirosakkan oleh wap air yang mungkin terperangkap di dalam botol.

Apa yang Tidak Boleh Ada dalam Produk yang Baik?
  • pewarna - artificial colours, mengapa perlu ada pewarna? Apa yang cuba disembunyikan melalui pewarna?
  • perasa - artificial flavors, ianya menjimatkan kos penghasilan vitamin berbanding dengan perasa asli.
  • pemanis sintetik - mengapa perlu pemanis sedangkan kita tahu ianya tidak baik untuk kesihatan sedangkan kita mengamalkan makanan kesihatan untuk mengoptimumkan kesihatan?
  • silika gel - Sebenarnya silika gel adalah antara bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan vitamin khususnya. Ini kerana apabila adanya kehadiran silika gel, vitamin itu adalah dalam golongan sintetik dan tidak asli.
Yang pasti, Shaklee adalah asli, 
tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel.

Kenapa Kebanyakan Vitamin Mengandungi Silika Gel

Kerana bila vitamin2 ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain.

Buktinya, cuba letakkan sebiji pil vitamin yang anda beli farmasi dan sebiji vitamin Shaklee di atas meja selama beberapa hari. Kemudian perhatikan perubahan kedua2 vitamin itu. Vitamin Shaklee masih mengekalkan keadaan asal (kecuali B-complex akan berbau sedikit tengik jika dibiarkan dalam suhu sederhana) sedangkan vitamin yang satu lagi akan bertukar hitam!

Anda boleh cuba kalau tak percaya!

Jadi berhati-hatilah apabila anda membeli vitamin yang datang bersama silica gel…

Jika anda mempunyai pilihan untuk menggunakan sesuatu yang lebih baik, why not get a better one?

Berminat untuk mencuba Shaklee?
Hubungi saya ye :)


 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

Friday, 27 September 2013

[Testimoni GLA dan ESP] Haid Kembali Teratur, Kulit Wajah yang Kusam Kini Cantik, Cerah Berseri


"Cantik la kulit awak sekarang. Guna apa eh, share la"

Rasanya ramai antara anda di luar sana yang mengamalkan supplemen Shaklee dan mendapat pertanyaan macam ni kan. Itu baru luaran, yang orang nampak, belum lagi bab-bab dalaman yang orang tak tau, contohnya badan rasa semakin ringan, penghadaman lancar, senggugut hilang, haid kembali teratur, badan semakin bertenaga dan macam-macam lagi.

Salah seorang customer saya, yang sekarang ni sudah pun mendaftar menjadi ahli pun pernah menyatakan perkara yang sama. Tak payah nak promote pun Shaklee, orang dah tanya dulu makan apa sekarang, sebab dah kulit dah makin cantik. I'm so happy for her:)

Testimoni GLA Complex dan ESP : Haid Kembali Teratur, Kulit Wajah yang Kusam Kini Cantik, Cerah Berseri

Begitu juga dengan perkongsian dari salah seorang pengguna yang telah mengamalkan GLA Complex dan ESP. Pada mulanya, beliau mencuba bertujuan untuk membetulkan kitaran haid atau hormon supaya kembali teratur/stabil. Alhamdulillah, tak sampai sebulan, haid beliau kembali normal dan yang paling best, kulit wajah beliau yang kusam kini semakin cantik, cerah dan berseri. Sampaikan kawan-kawan beliau pun tanya pakai apa...

Jom sama-sama kita baca dan lihat perkongsian dari Puan Rafizah..




Manfaat ESP dan GLA untuk Kecantikan dan Masalah Hormon

ESP
  • ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  • ESP membantu menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
  • ESP membantu menghilangkan parut jerawat di muka dan kulit kusan, kerana terjadinya parut/kusam akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
  • ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
GLA Complex
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, kegatalan, alergi, kulit lering dan memperbaiki bintik penuaan.
  • Untuk pelangsingan dan mengalang pertambahan berat badan.
  • Membantu memperbaiki tekstur rambut seperti rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
Ini antara manfaat ESP dan GLA Complex untuk kecantikan dan masalah hormon.
Patutla ramai kaum perempuan di luar sana jatuh cinta dengan ESP dan GLA Complex ni, termasukla saya :)

Tapi, ESP dan GLA Complex ni tak terhad untuk kaum perempuan jer tau. Semua golongan pun boleh ambil. Banyak lagi manfaat ESP dan GLA Complex yang perlu anda tahu.

Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai ESP

Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai GLA Complex

Berminat nak cuba?
Hubungi saya segera yer :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 25 September 2013

Shaklee : Produk Terbaik untuk Kecantikan dan Kesihatan Anda


Mungkin ada yang terfikir, mengapa Shaklee tidak dijual di mana-mana farmasi kan. Hanya dijual melalui pengedar-pengedar Shaklee yang sah sahaja, termasuk saya.

Ini adalah kerana Dr. Forrest Shaklee percaya kepada perkongsian peribadi serta pendidikan satu dengan satu untuk berkongsi kebaikan dan keberkesanan Shaklee. Sebab tu lah, kalau Google je, segala macam info akan anda dapat mengenai produk Shaklee, samada fakta, pengalaman sendiri termasuk juga testimoni dari pegguna Shaklee. Itulah tugas kami, share, share dan share mengenai kebaikan produk Shaklee yang mana dapat membantu anda meningkatkan tahap kesihatan, kecantikan dan keyakinan diri masing-masing, insyaAllah.

Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang telah mengenali supplemen Shaklee. Kalau dulu, sebut jer Shaklee, ramai yang macam tak berapa nak peduli. Tapi sekarang, mana-mana sahaja orang cari Shaklee, betul tak. Kenapa? Pastinya kerana ramai yang sudah menyedari kelebihan produk Shaklee.

Saya sebagai salah seorang pengedar Shaklee merasa sangat berbesar hati untuk berkongsi mengenai produk Shaklee dengan anda semua. Diharap, segala perkongsian saya di blog ini, dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Happy sangat bila ramai yang contact saya, menyatakan yang mereka seronok baca blog saya dan berterima kasih kepada saya. Terima kasih ye kerana sudi membaca blog saya.

Jom sama-sama amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat!
HEALTH IS WEALTH



 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

Tuesday, 24 September 2013

[Parenthood] 7 Tips / Kaedah Mendidik Anak Cemerlang - Dr. Fadzillah Kamsah


Didalam mendidik anak-anak, berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibubapa dalam menghasilkan zuriat yang cemerlang. Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza-beza sifat dan perangainya. Oleh yang demikian, apa yang dipraktikkan untuk anak sulung tidak akan sama dengan apa yang dipraktikkan untuk anak bongsu.

Menurut Dr. Fadzillah Kamsah didalam bukunya yang bertajuk 21 kaedah mendidik anak cemerlang, kemahiran dalam mendidik anak-anak adalah berlainan antara ibubapa-ibubapa lain. Ini kerana ilmu keibubapaan merupakan ilmu yang tiada sukatan pelajaran. Ianya merupakan salah satu ilmu kemahiran yang patut dimiliki oleh ibubapa seperti ilmu kewangan, ilmu rumahtangga atau ilmu keagamaan.

Namun demikian, Dr. Fadzillah ada menggariskan 7 kaedah dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dalam hidup.

1. Kaedah Pesanan dan Arahan 

Kaedah ini merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Biasakan mendidik anak-anak dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Selepas itu boleh dilihat bagaimana reaksi mereka. Apakah dengan sekali pesanan atau arahan mereka boleh melakukannya atau perlu dipesan berkali-kali barulah pesanan dan arahan itu dapat diikuti. Sudah pastinya ibubapa hendaklah memberi arahan dan pesanan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.

Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
  • Mengenai solat di awal waktu 
  • Adab dengan orang tua-tua 
  • Adab dengan guru 
  • Adab dengan kawan-kawan 
  • Tugas harian di rumah 
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar. 
  • Tatacara makan mengikut sunnah nabi 
  • Cara belajar yang berkesan 
  • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah 
  • Keselamatan jalan raya 
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik. 
2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita boleh menguatkan lagi hubungan anak-anak dengan ibu bapa. Ibubapa boleh bercerita tentang pelbagai kisah motivasi terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah supaya anak-anak secara tidak langsung dapat dididik melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut,

Selain daripada itu, ianya dapat mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, yang mana anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas tentang apa yang diceritakan dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita

3. Kaedah Soal Jawab

Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoal jawab dengan anak dapat menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa seboleh-bolehnya hendaklah berusaha menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh anak-anak. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah Merujuk Kenangan Lalu 

Kaedah ini bermaksud samada kenangan suka duka, pahit manis yang di perolehi sepanjang kehidupan ini. Pengalaman yang positif diambil sebagai teladan, manakala pengalaman yang negatif pula dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat supaya ianya lebih mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan. Sekiranya mesej yang ingin disampaikan itu dapat difahami maka mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Selain itu pengalaman dari anak-anak itu sendiri juga penting. Ibubapa boleh mengaitkan apa pengajaran dan mengapa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau teladan dari peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah Nasihat dan Teguran

Kaedah ini tidak boleh dilakukan setiap hari atau masa untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan pada anak-anak. Nasihat dan teguran kepada anak-anak hendaklah diberi dalam hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan yang mana pesanan dan arahan perlu dibuat setiap hari.

6. Kaedah Bermain dan Bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.


Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah Latihan yang Berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia 
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan semua ibubapa dan semoga anak-anak yang dididik menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah


 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

Cara Terbaik Menghapuskan KANSER!


Hari ni saya dikejutkan dengan satu berita di mana rakan sekerja saya telah disahkan menhidap kanser paru-paru. Memang berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan, kerana saya memang agak rapat dengan beliau, maklumlah duduk pun sebelah saya jer kat office. Sememangnya penyakit sebegini akan menyerang sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Memang tak sangka betul, sebab kawan saya ni sihat jer sebelum ni. Tiba-tiba jer demam dan batuk tanpa henti, mana tau rupa-rupanya setelah doktor diagnose, rupa-rupanya kanser.

Jadi, hari ni, saya rasa terpanggil untuk berkongsi satu artikel mengenai kanser yang pada saya amat menarik dan informatif. Semoga perkongsian ini dapat memberi ilmu dan manfaat untuk kita semua. Jom baca sama-sama ok..

Selepas beberapa tahun memberitahu orang bahawa kaedah Kemoterapi ialah satu-satu CARA SAHAJA UNTUK Menghapuskan KANSER, Johns Hopkins (http://www.jhu.edu/) akhirnya memberitahu Satu Cara Alternatif. 

Apa itu Kanser. Perkembangan Terkini Kanser dari John Hopkins 

1. Tiap-tiap orang yang mempunyai sel-sel kanser dalam badan. Sel-sel kanser tidak muncul dalam ujian standard sehingga mereka telah didarabkan kepada beberapa bilion. Apabila doktor memberitahu pesakit kanser bahawa sel-sel kanser yang sebelumnya didapati tiada lagi dalam badan mereka selepas rawatan, ia hanya bermaksud ujian tidak dapat mengesan sel-sel kanser kerana mereka belum mencapai saiz yang dapat dikesan.

 

2. Sel-sel kanser berlaku di antara 6 hingga lebih daripada 10 kali dalam seumur hidup seseorang.

3. Apabila sistem imun orang yang kuat, maka sel-sel kanser akan dimusnahkan dan dicegah daripada membiak dan membentuk tumor.

4. Apabila seseorang mempunyai kanser, ia menunjukkan orang yang mempunyai pelbagai kekurangan pemakanan. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, alam sekitar,makanan dan faktor-faktor gaya hidup.

5. Untuk mengatasi kekurangan pemakanan yang pelbagai, perubahan diet dan termasuk suplemen akan menguatkan sistem imun.

6. Kemoterapi melibatkan merebaknya sel-sel kanser berkembang pesat dan juga pantas memusnahkan perkembangan sel yang sihat di dalam sumsum tulang, saluran gastro-usus dan lain-lain, dan boleh menyebabkan kerosakan organ, seperti hati, buah pinggang, jantung, paru-paru dan lain-lain.

7. Sinaran di samping merosakkan sel-sel kanser juga melecur, parut dan kerosakan sel-sel yang sihat, tisu-tisu dan organ-organ.

8. Rawatan awal dengan kemoterapi dan radiasi biasanya akan mengurangkan saiz tumor. Walau bagaimanapun penggunaan kemoterapi dan radiasi yang berpanjangan tidakmenyebabkan lebih banyak kemusnahan tumor.

9. Apabila badan mempunyai beban yang terlalu banyak toksik kemoterapi dan radiasi sistem imun sama ada terjejas atau musnah, makaorang tersebut lebih terdedah kepada pelbagai jangkitan dan komplikasi.

10. Kemoterapi dan radiasi dapat menyebabkan sel-sel kanser bermutasi dan menjadi kebal dan sukar untuk memusnahkan. Pembedahan juga boleh menyebabkan kanser sel untuk merebak ke bahagian badan yang lain.

11. Satu cara berkesan untuk melawan sel-sel kanser ialah dengan tidak memberinya makan yang boleh menggalakkannya membiak.

Bagaimana Kanser Merebak dan Membiak? Bagaimana Mengatasinya

1. Gula ialah Penyumbang KANSER. Dengan mengurangkan gula, ia memotong satu bekalan makanan penting untuk sel-sel kanser. Gula gantian seperti Nutrasweet, atau dibuat dengan Aspartam adalah berbahaya. Menggantikan secara semula jadi adalah lebih baik seperti madu atau cengkih tetapi hanya dalam jumlah yang sangat kecil.
Garam mempunyai bahan kimia yang ditambah untuk menjadikan ia berwarna putih. Alternatif yang lebih baik ialah Bragg aminos atau garam laut.

2. Susu menyebabkan badan menghasilkan mukus, terutamanya dalam saluran gastro-usus. Kanser suapan pada mukus. Dengan mengurangkan susu dan menggantikannya dengan susu soya tanpa gula, sel-sel kanser sedang kebuluran untuk membiak.

3. Sel-sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Diet berasaskan daging adalah berasid dan ia adalah yang terbaik untuk makan ikan dan ayam sedikit daripada daging lembu atau daging babi. Daging juga mengandungi antibiotik ternakan, hormon pertumbuhan dan parasit yang semua adalah berbahaya terutama kepada orang yang menghidapi kanser.

4. Diet yang dibuat dari 80% sayur-sayuran segar dan jus, bijirin penuh, biji benih, kacang dan buah-buahan yang sedikit membantu meletakkan badan kepada alkali kepada alam sekitar. Kira-kira 20% daripada makanan yang dimasak termasuk kacang. Jus sayur-sayuran segar menyediakan enzim hidup yang mudah diserap dan boleh turun ke tahap normal dalam masa 15 minit dan meningkatkan pertumbuhan sel-sel yang sihat. Untuk mendapatkan enzim hidup bagi membina sel-sel yang sihat perlu lah minum jus sayur-sayuran segar (kebanyakan sayur-sayuran termasuk taugeh) dan makan beberapa sayur-sayuran mentah 2 atau 3 kali sehari. Enzim adalah dimusnahkan pada suhu 104 darjah F (40 darjah C)


5. Elakkan kopi, teh, dan coklat yang mempunyai kafein tinggi. Teh hijau adalah alternatif yang lebih baik dan mempunyai ciri-ciri malawan kanser. Minum air yang ditapis, atau ditapis, untuk mengelakkan dikenali toksin dan logam berat dalam air paip adalah yang terbaik. Air suling adalah berasid perlu dielakkan.

6. Daging mempunyai protein yang sukar dihadam dan memerlukan banyak enzim pencernaan. Daging yang dihadamkan akan terus tinggal di usus dan akan membawa pembentukan toksik yang berlebihan toksin.

7. Dinding sel kanser telah meliputi protein yang sukar dicernakan. Dengan menahan atau kurang makan daging akan membebaskan lebih banyak enzim untuk menyerang dinding protein sel-sel kanser dan membolehkan sel-sel pembunuh badan untuk memusnahkan sel kanser.

8. Sesetengah makanan tambahan membina sistem daya tahan (IP6, Flor-ssence, Essiac, anti-oksida, vitamin, mineral, EFA dan lain-lain) untuk membolehkan pembunuh sel-sel badan sendiri untuk memusnahkan sel-sel kanser. Lain-lain makanan tambahan seperti vitamin E diketahui menyebabkan apoptosis, atau kematian sel diprogram, iaitu kaedah badan yang normal untuk melupuskan sel-sel yang rosak dan yang tidak diingini, atau tidak diperlukan boleh dibuang.

9. Kanser adalah penyakit minda, badan dan semangat. Satu semangat yang proaktif dan positif akan membantu melawan kanser dan terselamat. Marah, tidak memaafkan dan tekanan akan meletakkan tubuh ke dalam persekitaran yang tertekan dan berasid. Belajar untuk mempunyai semangat kasih sayang dan memafkan. Belajar untuk berehat dan menikmati hidup.

10. Sel-sel kanser tidak boleh hidup di dalam persekitaran oksigen. Bersenam setiap hari, dan membantu pernafasan yang mendalam untuk mendapatkan lebih banyak oksigen selular peringkat. Terapi oksigen adalah satu lagi cara yang digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser.

Jom Amalkan Gaya Hidup Sihat !

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

Monday, 23 September 2013

[WAHM] Shaklee Online Business Terbaik, Mudah dan Tanpa Modal


Syukur Alhamdulillah, bulan ni, kami semua pengedar/ahli Shaklee telah menerima satu berita gembira dari Shaklee, di mana Shaklee bakal melancarkan online system pada 2 Oktober 2013!

Great! Segala-galanya bakal di hujung jari sahaja. Memang terbaik. Jika anda di luar sana yang selama ini terfikir-fikir dan asyik berkira-kira nak jadi ahli Shaklee atau tidak, mungkin berita ini dapat mengukuhkan lagi keyakinan anda untuk bersama-sama Shaklee.

Shaklee ni kan mesra alam. Sejajar dengan tagline Shaklee, ALWAYS GREEN, akhirnya Shaklee betul-betul dan GREEN! Takde paper-paper dah, semuanya main klik-klik sahaja.

Bayangkan betapa hebatnya, nak buat order ke Shaklee, nak check berapa point, nak check berapa bonus, dan pelbagai lagi kemudahan lain bakal dikecapi oleh ahli/pengedar Shaklee.Tak sabar rasanya nak tunggu hari pelancaran nanti.

Honestly, saya amat bersyukur dipertemukan dengan Shaklee. Inilah online business terbaik! Tidak ada risiko kerugian, tidak perlu berhutang atau membuat loan, tidak memerlukan modal untuk membeli stok kerana semua order akan dipos oleh Shaklee, tidak perlu susah-susah nak keluar rumah setiap hari kerana segalanya hanyalah melalui online. Pendek kata, tiada alasan untuk anda tidak berjaya dengan Shaklee, segalanya terletak pada usaha yang berterusan dan kemahuan diri sendiri.


Jika anda berminat untuk menjana pendapatan bersama Shaklee, jangan segan-segan untuk hubungi saya ya.

Dengan adanya online sistem Shaklee ini, kami bakal mengorak langkah jauh ke hadapan dan memecut untuk mencapai impian kami.
Anda bila lagi?

Klik sini untuk cara-cara mendaftar sebagai ahli/pengedar Shaklee

Klik sini untuk cerita bagaimana saya menjadi WAHM, dari seorang Jurutera berkelulusan Jerman, menjadi seorang WAHM


Menjadi impian setiap ibu, sambil bekerja, sambil menjaga anak-anak.
Tenang rasanya hati bila anak-anak di hadapan mata sendiri :)

Apapun, pilihan di tangan anda.  
THE CHOICE IS YOURS. YOU DECIDE ..

Anda berminat?
Hubungi saya Cik Jatt @ 013-4894037 / cikjattshop@yahoo.com


 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

Sunday, 22 September 2013

[Kurus Langsing] Tips Kurangkan Berat Badan untuk Ibu Menyusu Tanpa Jejaskan Penyusuan


Salam Sihat dan Cantik kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop

Penyusuan susu ibu membakar sekurang-kurangnya 500 kalori sehari!

Saya pasti, misi utama semua  ibu-ibu yang baru melahirkan anak adalah ingin kembali langsing seperti sebelum mengandung. Jadi, anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif.

Dengan pembakaran lebih daripada 500 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, k diajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.

Masalah Ibu Menyusu yang Cuba Kurangkan Berat Badan

Walaubagaimanapun, ada ibu-ibu yang menyusu mendapati berat badan mereka statik atau susah nak turun walaupun menyusukan anak secara eksklusif. 

Berikut adalah antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu menyusu yang sedang cuba untuk mengurangkan berat badan :
  • Kualiti dan kuantiti susu merudum atau berkurang kerana terlalu diet dan mengamalkan pemakanan yang tak seimbang 
  • Cepat berasa lapar terutamanya selepas menyusu kerana kalori telah dibakar
  • Susah mengawal nafsu makan
  • Mengambil jumlah kalori yang lebih dari tenaga yang diperlukan yang akirnya bertukar menjadi lemak
  • Tidak pasti diet yang sesuai diamalkan supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu  dan pengeluaran susu
 Tips Kurangkan Berat Badan Tanpa Jejaskan Penghasilan Susu

 "Nak KURUS, tapi nak SUSU BANYAK juga ?"

Jom saya kongsikan caranya ya:
  • Minum air masak 3-4 liter sehari, kerana ibu menyusu perlukan air yang banyak untuk menghasilkan susu yang banyak juga. Selain itu, pengambilan air yang banyak akan memberi rasa kenyang, mengurangkan selera dan rasa nak makan, terutamanya makan-makanan merapu
  • Mengambil makanan setakat yang perlu sahaja. Walaupun ibu menyusu tidak boleh berdiet, kerana akan menjejaskan penghasilan susu, namun ibu perlu tahu yang makan secara berlebihan akan menaikkan berat badan ibu. Yang penting, ibu haruslah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
  • Lakukan sedikit senaman. Senaman akan meningkatkan kadar metabolisma untuk membakar lemak dan mengembalikan bentuk badan asal dengan lebih cepat
  • Ambil supplemen untuk membantu proses pengurangan berat badan anda. Tapi, hati-hati ya. Ibu menyusu tidak boleh mengambil ubat kurus sebarangan. Anda boleh mencuba Set Kurus Shaklee yang 100% SEMULAJADI, DIJAMIN SELAMAT untuk anda dan bayi anda.   
Set Kurus Shaklee ni bukan pil atau ubat kurus ye, tetapi ianya adalah supplemen untuk detoks, memecahkan lemak, membina otot dan memerikan rasa kenyang yang lama kepada ibu. Set Kurus Shaklee tidak akan menjejaskan penyusuan anda, malah ianya membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti susu anda.

Bagi yang berminat ingin mencuba, ini adalah supplemen yang terdapat di dalam Set Kurus Shaklee untuk ibu-ibu menyusu:


1) Alfafa
Untuk detoks dan membantu melancarkan sistem penghadaman. 
BONUS! Alfafa merupakan milkbooster bagi memastikan susu anda tidak terjejas

2) Lecithin
Membantu memecahkan lemak di dalam badan yang akan diangkut keluar oleh Alfafa

3) Omega Guard
Membantu memecahkan lemak, mengurangkan kolestrol, membantu mengurangkan selera makan, mengandungi EPA dan DHA yang bagus untuk perkembangan otak bayi




  • Anda mengambil jumlah kalori yang lebih daripada tenaga yang anda perlukan
  • Pengambilan makanan yang berlebihan ini akan bertukar menjadi lemak, bukan tenaga
  • Anda lebih cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak selepas menyusukan bayi anda kerana anda rasa lapar. Ini disebabkan kalori anda telah dibakar semasa penyusuan. Cuba tukarkan diet pemakanan anda itu kepada yang lebih berkhasiat. Contohnya, minum lebih banyak air selepas menyusu atau makan buah-buahan.
  • Lemak-lemak anda yang terkumpul tidak dapat dikeluarkan dengan baik kerana anda mempunyai sistem penghadaman yang lemah
  • - See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/05/ibu-menyusu-kurus-walaupun-breastfeeding.html#sthash.udwBDg4I.dpuf

    4) ESP
    Merupakan protein terbaik yang membantu anda rasa kenyang lebih lama. ESP juga membantu membina otot supaya badan anda fit dan tidak menggeleber setelah kurus nanti. 
    BONUS! ESP juga merupakan milkbooster terbaik
    Anda mengambil jumlah kalori yang lebih daripada tenaga yang anda perlukan - See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/05/ibu-menyusu-kurus-walaupun-breastfeeding.html#sthash.udwBDg4I.dpuf

    Hebat kan, bukan ibu sahaja yang mendapat kebaikan dari set ini, malah bayi anda juga.

    Klik sini untuk testimoni-testimoni Set Kurus Shaklee

    Berminat ingin mencuba?
    Hubungi saya sekarang ya..

    KEEP MUSCLE YOU HAVE

    BURN FAT YOU DON'T NEED

    LOOSE INCHES YOU DON'T WANT 
     
    ***********************************************************

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

    Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit




  • Anda mengambil jumlah kalori yang lebih daripada tenaga yang anda perlukan
  • Pengambilan makanan yang berlebihan ini akan bertukar menjadi lemak, bukan tenaga
  • Anda lebih cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak selepas menyusukan bayi anda kerana anda rasa lapar. Ini disebabkan kalori anda telah dibakar semasa penyusuan. Cuba tukarkan diet pemakanan anda itu kepada yang lebih berkhasiat. Contohnya, minum lebih banyak air selepas menyusu atau makan buah-buahan.
  • Lemak-lemak anda yang terkumpul tidak dapat dikeluarkan dengan baik kerana anda mempunyai sistem penghadaman yang lemah
  • - See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/05/ibu-menyusu-kurus-walaupun-breastfeeding.html#sthash.udwBDg4I.dpuf




  • Anda mengambil jumlah kalori yang lebih daripada tenaga yang anda perlukan
  • Pengambilan makanan yang berlebihan ini akan bertukar menjadi lemak, bukan tenaga
  • Anda lebih cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak selepas menyusukan bayi anda kerana anda rasa lapar. Ini disebabkan kalori anda telah dibakar semasa penyusuan. Cuba tukarkan diet pemakanan anda itu kepada yang lebih berkhasiat. Contohnya, minum lebih banyak air selepas menyusu atau makan buah-buahan.
  • Lemak-lemak anda yang terkumpul tidak dapat dikeluarkan dengan baik kerana anda mempunyai sistem penghadaman yang lemah
  • - See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/05/ibu-menyusu-kurus-walaupun-breastfeeding.html#sthash.udwBDg4I.dpuf

    [Pregnancy] Panduan Pemakanan Ibu Mengandung


    Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

    Mengapa Pemakanan Sihat Penting Semasa Mengandung

    Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
    • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
    • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
    • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
    • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
    • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
    • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
    • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
    • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
    Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

    Makanan Semasa Mengandung

    Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

    Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.


    Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
    • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
    • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
    • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
       
    • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
    Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

    Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

    Perkara yang Perlu Diambil Berat Semasa Membeli Makanan

    Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. 

    Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
    • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
    • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
    Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

    Bagaimana Anda Tahu yang Pemakanan Anda Sihat Semasa Mengandung

    Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. 

    Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

    Selamat menempuh alam kehamilan ye ibu-ibu manis semua :)

     

    ***********************************************************

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
    ♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

    Saturday, 21 September 2013

    [Tip Kurus Langsing] Cara yang Betul dan Berkesan Untuk Kurus Secara Sihat


    Untuk kurus atau kurangkan berat badan, anda perlu makan. Makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. Anda tak perlu berlapar atau ikat perut untuk kurus.

    Tips Mudah Makan untuk Kurus

    1) Makan sekurang-kurangnya 5 kali sehari (breakfast - snek - lunch - snek - dinner)
    Snek ringan yg dimakan di antara waktu hidangan utama sebenarnya mengelakkan anda daripada menjadi terlalu lapar dan mengambil makanan berlebihan.

    2) Jangan skip meal, terutamanya main meal, dan jangan biarkan perut lapar

    3) Untuk setiap hidangan, ambil dalam kuanti yang tidak terlalu banyak dan kawal pengambilan kalori

    Entry kali ni saya akan berkongsi dengan anda antara pilihan snek sihat yang boleh anda ambil sementara menunggu waktu makanan utama. Pengambilan snek ni bukan sesuatu yang pelik malah sudah menjadi tabiat kebanyakan dari kita. Bila cakap snek jer, mesti ada yang dah terfikir jajan-jajan tu kan. Saya pasti semua menggemari jajan apatah lagi kalau yang banyak perisa MSG, bertambah-tambah nikmatnya. Kalau makan tu, rasa tak boleh nak stop. Sedar-sedar, habis sebungkus sekali makan.

     BIG NO NO

    Pilihan Snek Sihat

    Tapi samada sedar atau pun tidak, snek yang tidak berkhasiat mudah membawa kemudaratan kepada diri dan kesihatan diri khususnya.

    Cubalah pelbagai snek berikut yang lebih berkhasiat dan sihat:
    • Buah-buahan segar adalah antara snek yang terbaik kerana ia rendah kalori dan kaya dengan vitamin! Epal, pear dan oren mudah dibawa. Buah-buahan tempatan mudah dipotong dan dihidangkan.
    • Hidangkan salad buah-buahan dengan yogurt rendah lemak untuk menambah pengambilan kalsium seisi keluarga anda.
    • Segenggam kismis atau sultana kering kaya dengan zat besi & serat, menjadikannya taburan atas salad yang lazat dan berkhasiat.
    • Gantikan pisang goreng dengan memakan pisang segar,rebus atau dipanggang.
    • Jagung panggang, rebus atau kukus adalah snek kaya dengan serat (jangan tabur garam & sapu marjerin atau mentega).
    • Biskut bijirin penuh rendah lemak dihidangkan dengan mentega kacang atau keju kaya dengan vitamin, mineral dan serat.
    • Kekacang. Segenggam kacang kuda rebus rendah lemak tetapi kaya dengan serat. Almond juga antara snek sihat
    • Tauhu sumbat kaya dengan serat dan khasiat kebaikan kacang soya.


    Jadi, lupakan kentang goreng, pisang goreng, kerepek, coklat, nugget dan lain-lain snek yang tak berapa nak sihat tu. Cubalah snek lazat dan sihat yang disenaraikan di atas. Anda akan mendapat serat, vitamin dan mineral tambahan sebanyak kira-kira 50 hingga 100 kalori! Ingatlah, sedikit snek boleh melengkapkan diet, bukan merosakkannya.

    Anggaplah snek cara untuk membantu anda mengamalkan diet sihat ye :)
    Selamat berdiet secara sihat semua!

     
    ***********************************************************

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

    Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    [Kurus Langsing] Beza Shaklee dengan Herbalife


    Set Kurus Shaklee merupakan salah satu set yang paling popular dan mendapat sambutan di Sweet Moms Vitamin Shop. Antara soalan yang biasa saya terima adalah

    "Apa beza Shaklee dengan Herbalife?"

    Saya pasti anda yang sedang membaca entry saya ni juga mempunyai soalan yang sama :)

    Rupa-rupanya, bukan saya sahaja yang sering menerima pertanyaan begini. Tertarik saya dengan perkongsian Mommylyna mengenai perkara ni, di mana beliau juga seringkali diajukan pertanyaan yang sama. Jom kita baca sama-sama yer..

    ***********************************************************

    Secara umumnya produk Herbalife dan Shaklee memiliki fungsi yang lebih kurang sama – untuk membekalkan nutrisi semasa anda berdiet. Produk-produk ni BUKAN UBAT KURUS, yang mana kalau makan ni je tak payah buat apa-apa, pasti kurus! Tidak sama sekali.

    Ramai juga yang berpendapat, kalau ambil produk Shaklee pun kena bersenam, kena jaga kesihatan, kena jaga makan.. baik tak payah ambil.

    ….. Memang betul! Betul sangat kalau anda boleh melakukan benda di atas dan bekalkan nutrisi terbaik pada tubuh supaya sel otot kita tak rosak, tak perlu ambil pun apa2 produk Shaklee.

    Namun, kebanyakan orang bila nak kurus, program ‘diet’ yang diikuti adalah program yang salah dan merosakkan diri. Maka terhasillah kesan yo-yo, yang mana akan jadi macam ni:-

    “Bila diet cepat kurus tapi bila makan macam biasa, badan terus naik”

    Tahukah anda keadaan itu adalah disebabkan oleh otot yang rosak akibat kekurangan protein semasa berdiet.

    Diet dengan kurangkan makan sebenarnya bukan satu hal yang baik jika tiada meal plan yang betul.


    Kurangkan –> kalori. Tapi protein kena makan dengan had yang mencukupi. Kalau protein kurang, otot mudah rosak. Bila otot rosak, pembakaran lemak tak jadi berkesan. berat badan turun kerana berat otot yang makin slim, tapi lemak masih banyak. Sebab tu lah bila makan banyak sikit, badan naik balik.

    Jadi kena faham konsep makanan kesihatan untuk diet ni. Shaklee bukan ubat kurus. Tapi membantu tubuh kita untuk buang lemak, detox dan bina otot yang sihat.

    Bila otot sihat, kita bersenam pun otot tak mudah tercedera.

    KEEP MUSCLE YOU HAVE

    BURN FAT YOU DON'T NEED

    LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

    Klik sini untuk info lanjut mengenai Set Kurus Shaklee dan tips mudah dan berkesan untuk kurangkan berat badan

    Berminat ingin mencuba Set Kurus Shaklee?
    Hubungi saya sekarang ya..

     
    ***********************************************************

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

    Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit