Sunday, 15 September 2013

[Breastfeeding] Kenapa Susu Semakin Kurang dan Tips Tambah Susu Ibu


Bagi ibu yang menyusu badan, kurang pengeluaran susu adalah dilema terbesar dalam diari harian. Resah dan gelisah apabila susu badan yang dihasilkan tidak dapat memenuhi keperluan anak tercinta.

Antara Sebab Kenapa Susu Semakin Kurang

Usah terlalu cepat mengambil keputusan untuk memberikan bayi tersayang dengan susu formula.

Periksa dulu kenapa susu badan boleh menjadi kurang.
  • Kurang stimulasi e.g. kurang mengepam atau tidak mengepam susu.
  • Tidak mengepam susu dengan konsisten.
  • Pengambilan ubat atau jamu yang boleh memberi kesan kepada susu badan
  • Pengurusan susu badan oleh pengasuh bayi yang tidak efisyen.
  • Bayi mengalami nursing strike.
  • Ibu cuba berdiet.
  • Ibu mengalami stress atau tekanan perasaan.
  • Haid
Periksa dulu kenapa susu anda boleh kurang, sama ada sebab-sebab di atas, atau sebab-sebab lain.

6 Tips Tambah/Banyakkan Susu Ibu

Jadi, apa tips yang boleh ibu-ibu cuba untuk mengembalikan/ membanyakkan susu yang merudum?

1) Power Pumping

Power pumping adalah salah satu kaedah sangat membantu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Boleh buat dalam 2 atau 3 kali sehari, InsyaAllah.

Kaedah Power Pumping (dalam masa 60 minit) 

* Double pumping
10 minit pam, 10 minit rehat,
10 minit pam, 10 minit rehat

* Single pumping
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat

Klik sini untuk info lanjut mengenai power pumping

2) Kerapkan Pam di Waktu Malam

Hormon prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi anda digalakkan untuk mengepam pada waktu malam agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.

3) Kerapkan Lagi Sesi Mengepam di Pejabat/Rumah

Kalau sebelum ni hanya 2 kali sahaja pam di pejabat, cuba lebihkan menjadi 3 kali pula. Jangan biar susu "tinggal lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan).
  • Bila payudara dipenuhi susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. 
  • Bila payudara kosong, FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat. So jangan biar lama-lama atau biar betul-betul bengkak baru nak pam. 
 Kesimpulannya bila payudara kosong, maka lebih cepatlah susu dapat dihasilkan. 

4) Pam Dengan Lebih Lama

Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali. Biar je corong pam tersebut berada di payudara walaupun susu masih belum keluar. Nanti bila "letdown sudah datang" jeng..jeng..banyaklah susu tu akan keluar.

5) Rangsang Puting Payudara

Sebelum pam, cuba anda gentel - gentel puting selama 5 minit. Bila susu dah mula nak keluar baru letakkan corong pam. Sambil - sambil tu anda juga boleh mengurut payudara iaitu dengan cara dari dada ke puting, cuba bayangkan anda menolak susu tu keluar. Kadang - kadang minda bawah sedar sangatlah powerful InsyaAllah.

6) Ambil Makanan Berkhasiat

Untuk membantu bagi meningkatkan lagi penghasilan susu ibu, anda bolehlah mengambil apa - apa milk booster contohnya makanan yang tinggi protein, serat dan kalsium, seperti alfafa, kurma, halba, soya.
Anda juga  boleh mencuba Set Breastfeeding Shaklee yang mengandungi supplemen lengkap yang diperlukan oleh ibu menyusu.

Set Breastfeeding Shaklee, dapat membantu ibu untuk kekal cergas bertenaga, melegakan dari stress yang dihadapi dan membantu menambah susu badan dengan syarat ibu tidak mengenepikan prinsip asas penyusuan yakni melakukan stimulasi yang kerap iaitu mengepam dengan konsisten.

Klik Sini Untuk Info Lanjut Mengenai Set Breastfeeding Shaklee


Happy Breastfeeding!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

fatimah said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kepentingan Susu Ibu