Wednesday, 18 September 2013

[Tip Kecantikan] 7 Tips Mudah untuk Kekal Awet Muda


"Wah, akak dah anak 3 ke. Biar betul, nampak macam tak kawen lagi je"

Best tak kalau ada orang cakap macam tu kat kita.
Tipu la kan kalau rasa tak best :)

Buat ibu-ibu di luar sana, jangan abaikan penampilan diri walaupun dah bersuami dan beranak ye. Kulit kena jaga supaya berseri dan tak kusam, badan kena jaga supaya tak mengembang dan geleber, part-part dalaman tu, paham-paham sendiri la ye apa nak kena jaga. Bila dah bersuami ni lagilah nak kena pasang badan, jaga apa yang patut, untuk siapa lagi kalau bukan untuk cik abang, betul tak. Cik abang confirm makin sayang dan melekat nanti.

Buat adik-adik yang masih muda remaja tu, jaga dari sekarang ok, maintain dari sekarang. Kalau tak jaga dari sekarang, banyak pulak yang nak kena repair bila usia dah meningkat nanti.

Entry kali ni, saya akan share 7 tips mudah atau asas yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda.

Berdasarkan pengalaman saya interview orang-orang yang awet muda ni dan juga pembacaan saya, asas untuk kelihatan dan kekal muda, cantik serta sihat adalah mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

7 Tips Mudah Awet Muda

Jom kita baca sama-sama tips mudah untuk anda kekal awet muda:

1. Tidur
Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda. Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 – 8 jam setiap hari.

2. Bersenam
Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym. Buat kerja rumah seperti vacuum satu rumah, mop lantai, cuci toilet, buang sawang rumah pun boleh dikira bersenam jugak.

3. Buah-Buahan & Sayuran
Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Disamping khasiatnya yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.

4. Minum Air
Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda. Air masak yer, bukan air yang mengandungi kafein atau air bikarbonat.

5. Amalkan Pemakanan Seimbang
Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan.

6. Tangani Tekanan Dengan Bijak
Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi keishatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan. Senyum sokmo ok.

7. Berfikiran Positif
Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.

Mudah jer kan..
Selamat beramal :)


Mak beranak dua yang gigih untuk kekal awet muda :))

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

Unknown said...

perkongsian yg sangat menarik. tips awet muda