Friday, 27 June 2014

Kedai Makan Upin & Ipin, Sedap ker :)


Waktu pergi National Conference Shaklee baru-baru ni, bukan main seronok lagi anak-anak saya ikut sama pergi KL. Maklumlah, mak long dengan pak long kesayangan diorang ada sana, kaki berjalan pulak tu. Mana-mana pun mengendeng la kakak dengan Ipan. Ajak pergi swimming pool la, pergi naik horse la, pergi shopping la.. :)

On the 2nd day Shaklee event tu, senyap-senyap mak long diorang bawak g makan kat Kedai Upin & Ipin. Balik jer, sibuk dok citer kat mama makan kat situ sedap. Beriya ajak pergi lagi. Ipan rilek jer la, maklumlah Ipan ni makan kat mana-mana pun sedap, janji ada nasi.

So, sehari sebelum balik dari KL tu, mama pun tunaikan la hajat kakak nak makan sekali lagi kat Kedai Upin & Ipin. Kasi can la, kat Penang ni bukannya ada pun. Mama pun nak la jugak rasa apa yang sedap sangat tu. Sekali pergi situ, kakak order big bowl french fries dengan sosej. Erkkk, itu jer. Mama pun boleh buat. Hihi

Ok, meh nak share sikit my review tentang Kedai Upin & Ipin ni..
  • Menunya ala-ala restoran kopitiam Old Town White Coffee. Harga pun lebih kurang. Saya pergi tu, 5 dewasa 2 kanak-kanak, total lebih kurang RM90, range biasa makan kat restoran. 
  • Rasa, pun ala-ala kopitiam. Bolehla, sedap la jugak. Ipan pun boleh habis sepinggan nasi ayam yang banyak tu, kira sedap la. Rasanya ada aura Upin & Ipin sama. Mana taknya, makan sambil tengok cerita Upin & Ipin, keliling penuh gambar Upin & Ipin, barang-barang Upin & Ipin pun banyak.
  • Dalam tu ada jual barang Upin & Ipin juga tau, so bersedialah untuk dipau. Saya berjaya tak dipau, sebab dah pesan siap-siap kat kakak dengan Ipan, kalau ada yang RM5 baru mama beli. Memang takdela kan, mahal wooo barang-barang dalam tu
Meh kita layan gambar..
Tak snap banyak-banyak, sebab nanti orang cakap mak pula over excited dengan Upin & Ipin :)

Menu yang sama 2 hari di Kedai Upin & Ipin

Kakak berjaya pau mak long beli jam Elsa

Lega tekak ku..

 Bukannya nak ambil gambar makanan, gambar sendiri jugak...
Maklumlah, kat Penang takde ni :)

Set Berpantang Shaklee Terbaik untuk Ibu Selepas Bersalin


Untungnya ibu-ibu yang tengah sekarang hamil sekarang ni. Sebabnya, sekarang ni Set Berpantang Shaklee dah semakin dikenali ramai. So, kalau korang Google jer Set Berpantang, penuh cerita tentang Shaklee jer la.

Zaman saya dulu, selepas bersalinkan Qistina dan Irfan 5 tahun lepas, takde lagi dengar tentang Set Berpantang Shaklee. Kalau dah kenal time tu, confirm tak pandang yang lain dah.

Pengalaman Berpantang dengan Jamu

Saya dulu berpantang dengan jamu, tapi tak perlu la saya mention brand apa ye, sebab tujuan saya nak share pengalaman jer tau. Pengalaman masing-masing mungkin berbeza.

Ramai yang message saya bertanyakan tentang Set Berpantang Shaklee. Ada yang masih menunggu hari, ada juga yang sudah dalam pantang. Ada yang dah hampir nak tamat tempoh berpantang pun ada, tapi bila saya tanya ada ambil apa-apa tak, ada yang jawab masih tengah survey tak tau nak ambil apa. Alahai sayanggg. Kenapa la biar punya lama macam tu.

Tak kisah la korang ambil apa pun, janji yang selamat dan dapat membantu memulihkan badan selepas proses kelahiran. Just imagine badan kita melalui fasa perubahan yang amat besar selama 9 bulan, takkan tak nak 'repair' balik, 'polish' balik. Rapatkan balik apa yang longgar, kecutkan balik apa yang kembang, serikan balik apa yang patut. Kritikal tau waktu berpantang tu, so jaga diri sebaik-baiknya ok. Bukan saja untuk kesihatan diri, malah kita juga perlu sihat dan fit demi tanggungjawab menjaga anak-anak dan suami.

Seeloknya, selepas bersalin tu dah terus amalkan pengambilan supplement.
Tapi, bagi yang mengamalkan jamu, if bayi kena demam kuning, perlu menunggu sehingga bayi sembuh dulu baru boleh mulakan.

Nak tau tak pengalaman saya berpantang dengan jamu dulu..
  • Saya pun mulakan lambat sedikit, sebab nak tunggu baby betul-betul clear kuning
  • Suffer nak habiskan, sebab pahit sangat yang untuk minum tu
  • Jamu agak panas untuk saya, sampaikan baby dan saya sekali cirit-birit. Kena ambil dos yang paling minimum. Bukan sebiji tau, separuh biji, terpaksa patahkan dua baru ok dengan badan
  • Seingat saya dalam set tu ada yang pil, ada yang perlu bancuh untuk minum, ada yang untuk sapu ke badan, ada yang untuk sebagai air basuhan. Paling kelakar, saya terminum air yang untuk basuhan. Packaging sama, terlupa nak baca. Lepas minum baru terbaca...  Uweek, patutla lagi pahit semacam
Set Berpantang Shaklee

Tak semua ibu serasi dengan set bersalin tradisional (jamu).
Mujur sekarang sudah ada produk yang mudah dan berkesan iaitu set bersalin dan berpantang moden Shaklee. Set ni sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.

Set ini sesuai diamalkan oleh ibu-ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan dan boleh diambil sejurus selepas bersalin walaupun bayi mengalami demam kuning.

1) Vitalea
Membekalkan keperluan vitamin dan mineral terutamanya zat besi yang membantu ibu yang kehilangan banyak darah selepas bersalin.

2) B Complex
Vitamin anti-stress, mengelakkan meroyan, menukarkan gula kepada tenaga

3) Vitamin C
Penting untuk penyembuhan, tingkatkan immune system dan kecantikan kulit

4) Zink
Membantu menyembuhkan luka dengan cepat, mengelakkan jangkitan kuman, mengurangkan masalah rambut gugur

5) ESP
Merupakan sumber protein tambahan semulajadi terbaik yang dapat mengekalkan tenaga kepada ibu berpantang. Protein adalah komposisi utama dalam susu ibu dan berfungsi dalam penghasilan hormon penyusuan yang amat penting.

6) Ostematrix
Juga salah satu komponen utama di dalam susu ibu. Sumber kalsium yang dapat mengelakkan sembelit, membantu masalah sakit-sakit badan, sakit belakang, lenguh-lenguh.


Testimoni Set Berpantang Shaklee



Set Berpantang Shaklee ni dapat membantu ibu tenang menghadapi rutin harian, dan menyediakan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman badan dengan berkesan (terutamanya yang melahirkan secara caesarean) dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan. Yang bestnya, kulit semakin cantik dan membantu juga dalam usaha mengembalikan bentuk badan ibu.

Jom, dapatkan Set Berpantang Shaklee yang hebat dan semakin digemari ramai ni :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, 21 June 2014

Vitamin E Untuk Kulit Cantik dan Licin


Assalamualaikum semua :)

Rasanya ramai yang dah tahu bulan ni promosi Vitamin E kan. Tinggal lebih kurang 10 hari jer lagi sebelum promosi tamat. Setakat hari ni, ramai customer dan regular customer saya dah pakat grab, Alhamdulillah, hampir 30 botol Vitamin E dah terjual. Saper yang belum tu, cepat k sebelum terlepas.

Masa awal bulan Jun tu, bila tahu jer bulan ni promosi Vitamin E, memang excited betul saya. Mana taknya, sepanjang saya buat Shaklee ni since last year, ni la first time Shaklee buat promosi Vitamin E.

So, apa yang bestnya Vitamin E ni eh? Meh nak cerita sikit.

Actually, Vitamin E ni adalah first love saya dengan Shaklee, dan sampai sekarang masih menjadi salah satu my favourite supplement. Time tu, memang tergoda sangat baca info tentang Vitamin E Shaklee ni, baca review yang best, tengok testimoni pun semua best. Memang buat research betul-betul juga la dulu sebelum try, maklumlah, benda nak masuk dalam mulut ni, berkesan satu hal, keselamatan pun patut diutamakan. Yang penting, dijamin selamat dan semulajadi tanpa bahan tambahan yang merbahaya.

Seperti yang saya pernah kongsikan di entry-entry yang sebelum ni, kulit saya ni sangat bermasalah. Sensitif, berminyak, banyak sangat parut suatu ketika dulu dan senang sangat naik jerawat. Ramai kut yang ada masalah macam saya ni. So, if sesape yang ada masalah macam saya ni, u should try Vitamin E Shaklee ni. InsyaAllah sangat-sangat membantu.

Kenapa Saya Suka Sangat Vitamin E Shaklee

Ni saya share my personal experience selepas ambil Vitamin E ni:
  • Parut cepat pudar. Even parut-parut jerawat yang lama pun makin pudar dan hilang
  • Jerawat susah nak naik. Once in a blue moon, naikla jugak jerawat, tapi yang bestnya cepat kecut
  • Terasa muda. Dah kata Vitamin E ni kan untuk awet muda
  • Tekstur kulit makin sihat, ton kulit pun nampak sekata
  • Makan boleh, tempek kat muka pun boleh. Dulu tak merasa pakai masker, maklumlah kulit sensitif. Sekarang ni bolehla feling pakai masker juga :) 
 
Alhamdulillah. Walaupun takdela secantik mana kulit saya, tapi sangat-sangat improve berbanding dulu yang penuh jerawat dan parut.
Saya memang tak suka pakai makeup, sebab kulit sensitif, tak sesuai.
So, tempek bedak sikit, lipstick/lipgloss sikit, siap. 
Cik abang pun tak payah tunggu lama-lama nak bersiap.
Kalau dulu lama jugak dok belek depan cermin, belek fikir camna la nak cover jerawat dan parut kat muka. Huhu

I'm sharing this bukan nak menunjuk tau, saya tahu ramai antara korang, kulit cantik takde masalah. I'm sharing this for those yang ada masalah macam saya. I know how it feels bila kulit kita banyak masalah. Sekarang ni pun ada juga jerawat naik once in a blue moon, tapi improved a lot dari dulu. Hopefully anda semua tak give-up atau rasa down sebab masalah kulit anda tu. Trust me, semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Yang penting, kita ikhtiar kan. Always be positive and ceria-ceria selalu ok. Hah, tu pun tips untuk awet muda tu :)

 Hanya 1 biji sehari. So, sebotol ni tahan 4 bulan, jimat kan :)

Manfaat dan Kebaikan Vitamin E Shaklee

Ok, tadi cerita experience saya kan, ni saya share fakta tentang kebaikan Vitamin E ni pula. Bukan untuk kulit jer tau, banyak lagi manfaat lain untuk kesihatan.
  • Menjadikan anda tampak lebih muda, melindungi kulit daripada sinaran UV, kedutan dan jeragat dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas serta pencemaran alam sekitar. 
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara. 
  • Meningkatkan imuniti tubuh badan dengan menguatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit. 
  • Meningkatkan libido ( menghangatkan semula hubungan suami isteri) 
  • Anti oksidan. 
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Melegakan kesakitan arthritis dan inflamasi sendi. 
  • Mengurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki. 
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk). 
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil. 
  • Menyelesaikan masalah kelesuan. 
  • Mengurangkan risiko parut yang besar. 
  • Merendahkan kadar kolesterol. 
  • Membantu mencegah kanser. 
  • Merendahkan risiko katarak.

If berminat nak cuba Shaklee, jangan segan-segan contact saya ok.
Yang penting, dengan Shaklee ni, cantik pun dapat, sihat pun dapat, insyaAllah.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 20 June 2014

Tutorial Wide Shawl Cotton yang Simple


Wahh.. Tiba-tiba jer nak share tutorial wide shawl pulak. Ingat tak entry saya sebelum ni tentang wide shawl yang cantik.

Saya kan terbeli satu wideshawl cotton yang tersangat lebar sampai tak tau nak pakai macam mana kan. Kain dia agak nipis, mungkin sebab tu terlebih lebar dan panjang kut, supaya boleh lilit banyak kali. Masalahnya, macam mana. Tak nak la nanti nampak kepala besar pulak kan.

Ok, selepas dah search kat Youtube, terjumpa satu tutorial yang simple dan menarik. Tahap kelebaran dan kepanjangan shawl dalam tutorial tu nampak lebih kurang dengan shawl yang saya beli. So, rasanya boleh diguna pakai.
Ni tutorial tu...


Saya tengok seround tutorial tu, nampak macam simple je. Macam senang nak pakai. By the way, rasanya tutorial ni sesuai untuk wideshawl jenis cotton saja rasanya, yang schiffon dah flowy, pakai cara biasa pun dah ok. 

So, waktu National Conference Shaklee baru ni saya try la kan pakai ikut cara tutorial tu. Tak test la pun cara pakai sebelum tu, budget dah terer la konon. Bila pagi nak pakai tu, macam ingat-ingat lupa pula step dia, tapi tak kuasa la kan nak tengok tutorial balik.

Rasanya tertinggal satu step, ke dua. Haha. Sebab hasilnya nampak lain macam. Tak kisah la kan, janji berjaya juga pakai, dan tutup dengan sempurna. Nila hasilnya... Pandangan jauh jer la yer. No selfie kali ni :)


So.. If korang ada wideshawl cotton yang tersangat panjang dan lebar, boleh follow tutorial ni ok.
Hope it helps :)

Thursday, 19 June 2014

Tips Berpuasa Untuk Ibu Mengandung


Assalamualaikum semua :)
 
Kedatangan bulan Ramadan memang dinantikan oleh semua umat Islam. Tak lama lagi ni, seminggu lebih jer lagi. Bagi ibu hamil, ada pengecualian daripada menjalani ibadah ini jika tiada upaya. Namun demikian bagi yang tiada masalah mual dan loya, kedatangan Ramadan amat disyukuri kerana inilah peluang untuk berpuasa penuh dengan izin Allah SWT.
Bagi yang teruk ‘morning sickness’, jangan paksa diri untuk meneruskan puasa. Fikirkan keadaan diri dan anak yang dikandung terutama bakal ibu yang baru berada dalam trimester pertama.

Untuk memutuskan sama ada seseorang ibu itu perlu berpuasa atau tidak sangat bergantung kepada keadaan nutrien ibu, sekali gus memenuhi zat makanan bayinya. Dalam kata lain, soal nutrien harus mendapat perhatian yang serius oleh ibu-ibu hamil. Perlu juga diingat ketika hamil seorang ibu harus memikirkan keperluan dirinya dan juga anak yang sedang dikandungnya. Jika tidak mengubah tabiat pemakanan, anak yang di dalam kandungan akan turut terjejas. Kekurangan makanan berzat walau sedikit pun akan menjejaskan kesihatan mereka.

Tips Pemakanan Ketika Puasa Untuk Ibu Mengandung
  • Perbanyakkan minum air masak semasa sahur dan selepas berbuka sepanjang malam, untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak 2-3 liter sehari. Dan jangan lupa minum susu juga ok.
  • Jangan makan berlebihan dan elak makanan yang mempunyai kandungan garam tinggi seperti telur dan ikan masin
  • Berbuka puasalah perlahan-lahan agar perut tidak terkejut. Untuk membantu penghadaman, kunyah makanan dengan baik.
  • Supaya anda mampu menahan lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan protein dan berserat. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadam makanan banyak serat dan juga protein. Selain makanan berserat dan protein, sebaik-baiknya sediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari.
Ibu-ibu yang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee, boleh teruskan pengambilan bagi menampung keperluan zat dan nutrisi anda untuk memastikan kesihatan ibu dan perkembangan bayi yang sihat. Dan insyaAllah membantu anda untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh bertenaga. Bagi yang belum, boleh baca info selanjutnya di sini.


Selain Set Kehamilan Shaklee, amat disyorkan juga anda mengambil Performance Drink. Performance Drink ni adalah minuman isotonik yang mampu memberi kecergasan dan juga sesuai diminum seisi keluarga. Amat disyorkan sepanjang berpuasa dan ketika cuaca panas sekarang ini untuk mengelakkan badan terhidrat  dan mengekalkan kadar bendalir dalam tubuh.



Selamat berpuasa ye ibu-ibu gojes semua. Semoga ibu-ibu semua diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang pernuh rahmat ini:)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tips Kuatkan Rahim dan Elak Keguguran


Keguguran adalah pengalaman yang menyedihkan terutama bagi pasangan yang telah lama berkahwin. Rezeki itu rahsia Allah, kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah swt yang merencanakannya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Risiko keguguran berkait rapat dengan faktor umur, persekitran dan pemakanan si ibu. Keguguran awal sangat kerap berlaku. Pada trimester pertama risiko keguguran adalah tinggi, dimana 1 dari 5 kehamilan di trimester pertama (12 minggu pertama) berisiko untuk gugur.

Selepas mendapat ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan keguguran awal berlaku.

Keguguran lewat pula tidak kerap berlaku. Ini berlaku kira-kira 1 dalam 100 kehamilan.

Sesetengah wanita mengalami keguguran berulang. Ini bermakna mereka telah mengalami 2 atau lebih keguguran berturut-turut. Ini berlaku kepada kira-kira 1 dalam 100 wanita. Selalunya selepas keguguran pertama, kekuatan rahim sudah terjejas, dan amat penting untuk anda menguatkan rahim dan elakkan keguguran dari berulang.

Tips Kuatkan Rahim dan Elak Keguguran
  1. Amalkan makanan yang segar dah elakkan makanan yang diproses. makanan yang diproses mengandungi bahan kimia yang memudaratkan. 
  2. Elakkan pemakanan yang bersifat “tajam” dan “sejuk” – termasuk jeruk, asam boi dan seangkatan dengannya. 
  3. Amalkan zikir ini- Al Musowwir. Amalkan secara konsisten dan berdoa bersungguh-sungguh. 
  4. Amalkan makanan tambahan yang mampu menguatkan otot rahim dan penghasilan telur yang sihat. 
Salah satu supplement yang terbukti membantu menguatkan rahim adalah ESP Shaklee. ESP adalah sumber protein tambahan terbaik yang membantu menguatkan rahim bagi mengelakkan masalah keguguran berlaku dan membantu pembentukan janin yang sempurna. ESP ni juga insyaAllah akan memberi anda tenaga dan BONUS, kulit ibu dan bayi yang cantik :)



 Semoga tips dan maklumat yang dikongsikan bermanfaat untuk anda.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 18 June 2014

7 Kesilapan Kenapa Berat Badan Tak Turun


Berat badan susah turun?
Ramai yang ada masalah ni, walaupun dah diet, dah exercise, dah ambil supplement. Mesti ada silap kat mana-mana kan, bak kata orang putih, must be something wrong somewhere.

Sebenarnya, walaupun dengan pengambilan makanan yang sihat, amalam bersenam, anda mungkin membuat beberapa kesilapan kecil yang menyebabkannya tiada hasil atau penurunan berat badan.
Jom saya kongsikan 7 kesilapan yang TIDAK akan membantu anda kurangkan berat badan. Jadi pastikan anda tidak amalkan kesilapan berikut ok.

7 Mistakes that are stopping or slowing down your weight loss. 

1) Skip hidangan

Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning. Pengambilan sarapan pagi yang tinggi protein juga akan membantu mengawal selera makan anda sepanjang hari.

2) Makan tak cukup

Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh. Anda bukan sahaja melapar diri, anda juga akan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu. Sebaik-baiknya, makan 5 kali sehari.

3) Elak nasi

Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
 
4) Ikut diet membuta

Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins dan lain-lain. Tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.

5) Terlalu fokus kepada satu perkara

Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.

6) Terlalu obses dengan penimbang

Sekiranya anda mengambil protein tambahan dan melakukan senaman, anda mungkin tidak dapat melihat skala penimbang turun seperti yang diharapkan sewaktu menimbang. Ini adalah kerana, badan anda telah hilang lemak, dan otot-otot dibina. Petanda yang bagus ni yer, sebab otot penting untuk membakar lemak. Badan anda sekarang sebenarnya adalah mesin pembakar lemak yang effektif!

7) Diet jangka masa pendek
  
Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.

So, jangan stress stress ok..
Cuba semak balik dan elakkan dari melakukan kesilapan yang saya dah kongsikan ni.

Jom kurus secara sihat dan semulajadi!

Tuesday, 17 June 2014

Turunkan Kolestrol Dengan Cepat : Phytocol ST Shaklee


Ramai dari kalangan kita yang tahu akan bahayanya kolestrol yang tinggi di dalam badan. Tahukah anda bahawa lebih 6 juta rakyat Malaysia mempunyai tahap kolestrol yang tinggi dan peratusan ini meningkat dari tahun ke tahun. Kolestrol ni ibarat 'silent killer', sekiranya tidak dikawal, kita akan terdedah dengan risiko serangan jantung atau strok yang boleh membawa maut.

Walaupun seseorang itu kurus atau tak mempunyai masalah berat badan, belum tentu tahap kolestrol dia di tahap yang selamat. Kerana tahap kolestrol ni berkait rapat dengan pemakanan dan gaya hidup seseorang seperti stress, merokok, minum minuman alkohol dan masalah hati yang tidak sihat.

Bagi individu yang normal, kita disarankan untuk mengambil tidak lebih dari 300mg kolestrol sehari dari pemakanan kita. Dan bagi pesakit jantung, haruslah kurang dari 200mg sehari.

Tetapi, jika anda peminat masakan-masakan Malaysia seperti di bawah ni, cuba kira total dah berapa kolestrol yang anda ambil setiap hari.

 
Apa itu Kolestrol

Apakah sebernarnya kolestrol? Kolestrol dihasilkan oleh hati secara semulajadi. Ia diperlukan untuk membina sel, menghasilkan beberapa jenis hormon, menghasilkan hempedu untuk penghadaman dan menyimpan vitamin larut lemak iaitu ADEK. Kolestrol yang dihasilkan oleh hati sebenarnya sudah memadai untuk keperluan badan, namun kolestrol juga boleh diperolehi melalui pemakanan.
Terdapat dua jenis kolestrol iaitu:
  1. Low Density Lipoprotein (LDL) iaitu kolestrol jahat. LDL yang berlebihan akan termendap pada dinding arteri dan membentuk plak.
  2. High Density Lipoprotein (HDL) iaitu kolestrol baik yang menghantar LDL berlebihan balik semula ke stor penyimpanan iaitu hati.
LDL berlebihan akan termendap pada dinding arteri dan membentuk plak. Plak pada arteri menyebabkan salur darah semakin sempit dan akhirnya tersumbat. Selain itu, plak tersebut juga menyebabkan dinding arteri menjadi lemah dan menyebabkan arteri membengkak dan menonjol ke luar. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman berlaku. Plak ini juga boleh tertanggal dari arteri serta merta dan menyebabkan salur darah menjadi sempit serta merta.


Risiko Kolestrol Tinggi
  • Saluran darah tersumbat akibat pemendapan plak pada dinding arteri. Apabila salur darah tersumbat sedikit, doktor akan membuat rawatan balloning. Jika ia tersumbat sepenuhnya, rawatan bypass surgery terpaksa dijalankan.
  • Risiko serangan jantung meningkat sehingga 15.6% dan serangan strok meningkat sehingga 11%
  • Penyakit hati
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah kesuburan

Langkah-langkah untuk Menurunkan Kolestrol
  • Mengamalkan pemakanan seimbang beserta makanan tinggi serat
  • Mengamalkan pemakanan makanan yang kaya dengan asid lemak iaitu omega-3.
  • Mengawal berat badan bagi yang berlebihan berat dan obes
  • Melakukan senaman
  • Mengambil ubat-ubatan
Walaubagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan untuk menurunkan tahap kolestrol mempunyai kesan sampingan seperti berikut:
  • Keradangan otot
  • Fungsi hati dan pankreas terjejas, seterusnya meningkatkan risiko diabetes sebanyak 90%
  • Melemahkan daya ingatan
  • Fungsi seksual terjejas

Cadangan Supplement Shaklee untuk Turunkan Kolestrol Secara Semulajadi

Dengan itu, Shaklee telah memperkenalkan Phytocol-ST iaitu suplemen yang kaya dengan plant sterols dan stanols yang mampu menurunkan kadar kolestrol secara semulajadi. Produk ini baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada Jun 2014 dan sudah mendapat review dan perhatian ramai.

Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee
  • 4 biji Phytocol-ST membekalkan 2000mg fitosterol
  • Tiada perisa / pewarna tambahan
  • Tiada bahan pengawet
  • Sentiasa berkesan
  • Halal
Bagaimana Fitosterol di dalam Phytocol Bertindak?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda.


Fungsi dan Kelebihan lain Fitosterol
  • Membantu menghalang penyerapan kolestrol dalam darah dan menurunkan paras LDL. Disarankan 2000mg fitosterol setiap hari
  • Memperbaiki imun sistem. Fitosterol akan meningkatkan keaktifkan T1 dan kurangkan keaktifan T2. T1 yang kurang aktif menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. T2 terlalu aktif menyebabkan alergi, kulit kering dan gatal, arthritis dan sebagainya.
  • Meningkatkan keselesaan sendi.
  • Membantu merangsang penghasilan insulin.
  • Mengurangkan simptom prostate membengkak seperti kerap buang air, tidak boleh mengawal air kencing, air kencing berkurangan dan sebagainya.
Testimoni Phytocol ST Shaklee





 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 13 June 2014

National Conference Shaklee 2014 bersama Mr Roger Barnett


Alhamdulillah. Berakhir sudah majlis yang paling ditunggu-tunggu oleh semua Shaklee Independent Distributor, iaitu National Conference Shaklee. Majlis gilang-gemilang ni dianjurkan oleh Shaklee untuk memberi pengiktirafan kepada pengedar-pengedar yang cemerlang, dan Alhamdulillah saya juga merupakan salah seorang dari penerima anugerah kali ni.

Majlis yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 dan 8 Jun baru-baru ni, diserikan lagi dengan kehadiran Mr Roger Barnett, Chairman & CEO Shaklee, Dr Bruce Daggy, Senior Vice President, Research & Development and Chief Science Officer serta Mr Bradford Richarson, President Shaklee International. Dan lebih hebat lagi, NC kali ini diserikan dengan persembahan dari penyanyi yang tak asing lagi, iaitu Faizal Tahir. Faizal Tahir ni sangat sinonim dengan kami, kerana lagu tema kumpulan Jutawan kami adalah Gemuruh. Memang time Faizal Tahir nyanyi tu, rasa dia lain macam sangat. Sebak, semangat, teruja.. semua bercampur-baur.

NC kali ni pertama kali didadakan selama 2 hari. Mana taknya, terlalu banyak awards dan penerima anugerah, turun naik stage jer la kami 2 hari tu:) Dan uniknya lagi NC kali ni, Shaklee juga menaja sebahagian pengedar-pengedar yang layak dan cemerlang selama 3 hari 2 malam dengan layanan VVIP di hotel 5 bintang yang terkemuka, and yes, i'm one of them. Dahla dapat awards, dapat free trip lagi, tak ke best tu.

Ok, jom kita layan gambar pulak..

 Dah sampai. Register and check in dulu

 Ewahh... Disambut di hotel dengan kalungan bunga dan goodies bag.
Siap dapat duit cash lagi u, RM50 sehari seorang untuk lunch sebab tak lunch kat hotel.
Breakfast jer kat hotel, dinner pulak Shaklee organize Welcome Dinner and Gala Dinner

 Majlis bermula. I'm sooo excited!

My mami Hadhatina Mkb. Dah achieve the highest rank in Shaklee.
I follow u mami!

 Ni pulak gambar Welcome Dinner at Surf Beach Sunway Lagoon.
 Makanan memang best, tapi yang paling best dapat bergambar dengan abang Roger Barnett yang hensem tu. Walaupun gambar blur sikit, tapi dapat la juga kan:)

Balik jer dari dinner tu, tengok-tengok ada surprise gift dari Shaklee atas katil.
Dapat Coq Health dengan Collagen Powder tu. 
Thanks Shaklee!

 2nd day, bersambung lagi awards giving session.
And the last session, antara yang ditunggu-tunggu ni.. 
Ok, Faizal Tahir memang terbaik!

Malam kedua, Gala Dinner yang bertemakan Glitter Nite

Bersama dengan adik-beradik Shaklee yang gojes and amazing!

 Balik jer bilik malam tu, ada lagi surprise gift dari Shaklee.
Suka tau Shaklee ni buat kita terharu :)

Berakhirlah 2 hari NC Shaklee yang penuh dengan aura dan semangat.

Paling terbaik, perkongsian tentang kenaikan sales yang berganda-ganda dalam tempoh 5 tahun. 840%! Dan 200% pada tahun 2013! Inilah dia femonema Shaklee. Nama Shaklee dah mula meniti di bibir-bibir para pengusaha yang lain. Malah, ramai anti-MLM kini sudah mula menceburkan diri dalam bisnes Shaklee, dan ada yang sudahpun berjaya dalam bisnes ini!


Buat anda yang dah lama teringin nak join keluarga Shaklee kami, jangan teragak-agak atau tangguh-tangguh lagi ye. Rugi sangat kalau tak jadi sebahagian dari fenomena Shaklee ni. Teringat saya kata-kata Mr Roger Barnett, beliau yakin yang Shaklee akan semakin berkembang di Malaysia, pasaran kat Malaysia ni masih ada lagi 99% untuk ditembusi. 
Simple jer soalan dia, "Do u have smartphone? Everyone has smartphone, so just start a small step each day." So korang, let's be part of this. Banyak yang Shaklee tawarkan untuk kita grab. Jangan segan-segan untuk hubungi saya ya... :)
By the way, ini gambar koleksi awards dan free gifts yang saya dapat dari Shaklee sepanjang NC hari tu. Ada lagi yang tak masuk dalam gambar ni sebenarnya... Ni pun dah tak muat gambar dah. Thank you Shaklee!



Thursday, 5 June 2014

Keputihan Semasa Hamil Dan Cara Mengatasi


Apa itu Keputihan Semasa Hamil

Keputihan adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita, lebih-lebih bagi wanita yang sedang hamil dimana secara alaminya akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.

Risiko Keputihan Semasa Hamil

Keputihan ketika seseorang wanita itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan.

Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal. Jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.

Cara Merawat Masalah Keputihan Semasa Hamil

Keputihan semasa hamil tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Rawatan yang sesuai amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu mengandung. Ubat ini adalah dalam bentuk pil, tetapi bukan untuk makan yer. Ianya perlu dimasukkan ke dalam faraj selama 3 malam berturut-turut. Saya sendiri pernah menggunakannya dulu, agak tidak selesa untuk saya.

Adakah suppositori clotrimazole ini selamat untuk ibu mengandung?

Sehingga kini tiada kajian spesifik yang dijalankan keatas wanita mengandung terhadap penggunaan suppositori clotrimazole ini. Kerana ini adalah melanggar hak etika manusia. Wanita hamil tidak dijadikan bahan ujikaji.

Namun, setakat ini wanita mengandung yang mengunakan suppositori clotrimazole ini tiada menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap kehamilan mereka. Malah, menurut FDA (food drug administration) telah menetapkan keselamatan ubat ini berada pada aras C. Maksud aras C ini adalah suatu aras dimana tiada kesan teratogenik yang terhasil daripada penggunaan sesetengah jenis ubat.

Antara tips yang boleh diamalkan:
  • Pakai pakaian yang longgar dan serap peluh bagi mengelakkan bakteria dari peluh berkumpul terutamanya panty
  • Pemakaian panty liner setiap hari adalah tidak digalakkan 
  • Pastikan kawasan vagina benar-benar kering setelah mandi atau membuang air kecil dan besar 
  •  Kurangkan makan makanan yang manis dan berkafein 
  • Jangan gunakan Douche (ini dapat mengganggu keseimbangan PH normal dan mengakibatkan infeksi vagina)
Cadangan Supplement Shaklee untuk Masalah Keputihan Seamasa Hamil

Anda juga boleh mencuba Garlic Shaklee untuk membantu masalah keputihan semasa hamil.

Garlic Complex keluaran Shaklee adalah diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.


Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh. 


Terdapat banyak tulisan dalam artikel dan nasihat yang telah diberikan oleh pakar kepada wanita-wanita yang hamil supaya tidak memandang ringan masalah keputihan. Jadi ambil tindakan yang sewajarnya ya ibu-ibu semua, agar tak berlaku masalah yang tak diingini.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 4 June 2014

Tips Mudah Hamil : Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki


Apabila sudah berumahtangga sekian lama tetapi masih belum lagi memiliki zuriat, masalah kesuburan sering dituding kepada kaum hawa.

Apapun usaha perlu dilakukan dengan kerjasama kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri sama-sama menjalani pemeriksaan dan rawatan bagi menentukan tahap kesuburan.

Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki. Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.

Menurutnya, sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma.

Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki (Menghasilkan Sperma Sihat)
  • Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)
  • Makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan
  • Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma
  • Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma
  • Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari
  • Pakai seluar dalam longgar


"Untuk meningkatkan kesuburan lelaki disamping mengurangkan kesan buruk stress, makanan juga penting. Makanan yg berkhasiat dan berzat sangat penting, makanan segar dan mentah iaitu sayur2 dan buah2 sebagai sumber vitamin dan antioxidants. Berhenti merokok dan minum arak, kurangkan kopi, minum lebih jus buah dan green tea. supplement vit C dan E, folic penting. oyster, blackcurrent, bijan, mustard dan celery menjadi sumber logam zinc dan kecang saperti brazil nuts jadi sumber selenium , keduannya penting untuk suburkan benih lelaki. jauhkan cheese, krim, dagin berlemak, choklat, dan makanan diperoses. Makanan yg mengadungi Omega3 saperti walnuts, flax seesd oil, Sayur2 bayam asparagus avacado dan kekacang, buah2 citrus saperti oren, lada merah, keledek merah perlu sering dimakan. akhirnya ambil vitA yg penting utk maturasi sel2 benih lelaki."

Cadangan Supplement Shaklee untuk Tingkatkan Kesuburan Lelaki
 
Pengambilan vitamin tertentu seperti Vitamin E, Zink dan Coq10 sangat membantu untuk meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma suami.


Zink meningkatkan kesuburan lelaki, meningkatkan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan.



Vitamin E meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan.
Selenium diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah.



Meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur. 


Supplement adalah salah satu ikhtiar. Pengambilan supplement ini bukan sekadar untuk membantu meningkatkan kesuburan malah membantu memberi tenaga dan kesihatan yang optimum kepada tubuh badan.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit