Tubuh badan yang sihat akan menjana minda yang cergas lagi cerdas. Apabila tubuh kita sihat, kita akan bertenaga untuk melakukan kerja seharian dan juga melakukan amal ibadat yang diperuntukkan kepada kita.
Di sini saya kongsikan 8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri yang dapat kita sama-sama praktikkan.
8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri
1. Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun
sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat
Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam
antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik
terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi,
memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3. Tidak makan berlebihan
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan
sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai
kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk
tiga benda:
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga
lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi
umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan
kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4. Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit
jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan.
Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan
tempat yang hendak kita pergi.
5. Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan
perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri
maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu
berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah
itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi
mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6. Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan
jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta
tawakkal kepada Allah s.w.t.
7. Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu
menjauhi daripada sifat iri hati.
“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari
sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8. Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman
hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada
dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi
dengan MEMBERI.
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah.
Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan
pertemuan dengannya.”
SAMA-SAMA KITA MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH S.A.W =)
No comments:
Post a Comment