Tuesday, 4 November 2014

Kepentingan Makanan Berzat Untuk Kanak-Kanak


Pemakanan yang seimbang dan lengkap membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan belajar dengan berkesan. Di samping itu, ia juga membantu mencegah obesiti dan penyakit berkaitan dengan berat badan, misalnya obesiti.

Di bawah adalah panduan yang boleh membantu ibu-ibu dalam memberikan zat makanan sempurna kepada anak-anak.
  •  Sediakan 5 hidangan buah dan sayuran setiap hari
  •  Pilihlah sumber protein yang sihat, misalnya dari daging tanpa lemak, kekacang dan telur.
  •  Hidangkan bijirin penuh kerana ia mengandungi kadar serat yang tinggi.
  •  Rebus, bakar atau steam makanan, kurangkan menggoreng.
  •  Hadkan atau lebih baik elakkan makanan segera dan makanan rapu.
  •  Berikan anak-anak air atau susu dan kurangkan pengambilan minuman buah-buahan yang mengandungi kadar gula yang tinggi.
Sebaiknya ibu mengambil tahu dan mempelajari tentang keperluan nutrisi anak-anak. Sesetengah nutrien bertambah keperluannya mengikut umur anak, misalnya kalsium dan zat besi.

Di zaman serba serbi tercemar ini, agak mutahil untuk cukupkan keperluan zat anak-anak hanya melalui pemakanan. Berbading dengan zaman nenek dan mak kita dahulu, mana ada makanan segera, ayam pun bela sendiri, sayur tanam belakang rumah je. Zaman sekarang ni, dengan makanan segera lagi, ayam yang disuntik, penggunaan racun dan bahan kimia sepanjang proses penanaman sayur dan buah dan jangan tak tau, buah dan sayur pun ada yang disuntik sekarang, untuk mempercepatkan pembesaran tu.

Itu belum masuk bab ibu yang sibuk, takde masa nak masak sendiri, asyik makan luar je, anak-anak yang memilih makanan especially sayur dan buah.

Alhamdulillah, sejak dah jadi Work At Home Mother (WAHM) ni,dah jarang sangat kami sekeluarga makan kat luar especially fast food tu. Syukur diberi peluang masak sendiri untuk anak-anak dan suami, walaupun takdela power mana pun, tapi boleh la kan. Cik abang pun memang jenis yang tak suka makan kat luar. Seboleh-bolehnya nak makan kat rumah, walaupun lauk sesimple ayam masak kicap. Hihi.

Cuma masalahnya sekarang ni, Irfan ni susah betul nak makan buah dan sayur. Bila termakan sayur walau secebis, boleh sampai termuntah. Kakak pula, memang suka makan sayur dan buah, cuma memilih makanan juga ni. Nak yang sedap-sedap aje, sedap pada mulut dia. Mama kena creatif sikit la nak tackle selera kakak ni :)

Di samping saya cuba berikan pemakanan yang seimbang untuk anak-anak saya, saya tahu masih ada lopong-lopong yang perlu diisi, so saya berikan anak-anak saya Mealshakes untuk tampung keperluan zat anak-anak, untuk pastikan anak-anak saya membesar dengan sihat dan bijak. Always the best for my kids. Ibu-ibu semua bagaimana?

Jom berikan hanya yang terbaik untuk anak-anak kita!

Anak-anak syurga mama.
Semoga anak-anak mama, kakak Aina Qistina dan Armin Irfan membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak-anak yang soleh.

No comments: