Thursday, 27 November 2014

Makan Malam Punca Gemuk ?


Siapa sini suka makan malam?

Makan malam punca gemuk?
Fakta atau auta.

Ada yang mungkin cakap, makan waktu bila pun ok apa, badan kita bukannya mesin yang tahu pukul berapa makanan masuk. Siang atau malam, sama saja.

Betul, mana badan kita tahu pukul berapa kita makan kan. Tetapi, badan kita memerlukan masa untuk memproses setiap makanan yang kita ambil. Proses penghadaman dan penukaran makanan kepada kalori (tenaga) dan lain-lain tak berlaku dengan serta-merta.

Sebab tu, tabiat makan menghampiri waktu tidur akan menyebabkan makanan terlambat untuk diubah menjadi tenaga oleh tubuh. Apatah lagi waktu tidur, tubuh kita dalam keadaan 'rehat' dan kurang memerlukan tenaga. Maka, makanan yang diambil akan disimpan.

Akibatnya, pengumpulan lemak akan bertambah. Dan apabila bangun pada esoknya, tentu saja stok simpanan itu akan bertambah apabila kita bersarapan. Jangan pulak tinggalkan sarapan ye, salah satu punca gemuk juga adalah tabiat yang suka tinggalkan sarapan.

Menurut kajian, disarankan sebaik-baiknya makan tiga jam sebelum tidur. Contohnya, jika sering tidur pukul 11.00 malam, maka pastikan makan selewat-lewatnya pada pukul 8.00 malam ok.

Sekiranya rasa lapar juga di antara tempoh tersebut, ambil makanan atau minuman berkhasiat yang rendah kalori.

Saya jarang juga makan malam sebenarnya kalau dekat rumah, sebab cik abang dah tak makan malam sekarang. Dulu rajin juga masak makan malam untuk cik abang, time tu badan cik abang naik la, sampai ramai orang tegur time tu. Perut pun buncit. Mula-mula tu nampak dia tak kisah, tapi dah lama-lama tu, mula risau. Hihi. Lepas tu, terus dia cakap tak nak dah makan berat-berat waktu malam.

So, sekarang ni, kitorang makan yang ringan-ringan jer. Tu pun sebelum pukul 8.00 malam. Kalau saya masak pun, sikit jer la sekarang, untuk anak-anak.

Lagi satu, supplements ni juga adalah sebagai tambahan untuk maintain sihat dan slim. Dengan bantuan supplements Shaklee ni juga la cik abang ku dah kembali kurus dan perut pun semakin kempis. Kalau balik kampung, dengan botol-botol sekali kitorang angkut balik. Balik kampung, bab-bab makan ni memang kantoi sikit. Maklumlah, mana boleh tolak air tangan mak masak. 'Cheat day' memanjang :)


Lecithin dan Omega Guard ni sangat membantu untuk membakar lemak-lemak di dalam badan dan juga mengawal masalah kolestrol.

Alfafa pula bertindak untuk detoks seluruh badan dan mengangkut keluar lemak dari dalam badan.

Herblax ni pula, ambil sekali-sekali je, bukan hari-hari pun. Bantu cuci usus kita, buang segala sisa-sia atau keladak yang melekat di usus, yang tak habis keluar tu. Juga membantu masalah sembelit. Lagi satu, yang bestnya, Herblax ni membantu kempiskan perut.

Ohh, lagi satu, ESP Shaklee. Saya ambil ESP ni sebab bagus untuk cantikkan kulit dan bagi tenaga, rutin tipa-tiap pagi, mesti minum ni.
Time malam, kalau rasa lapar, boleh juga minum ESP Shaklee ni. Kenyang pun kenyang. Lagipun ESP ni kan tanpa kolestrol dan rendah kalori. Menyihatkan, badan pun maintain slim:)

Tengok pun dah tergoda.
Series sedap sangat ESP Shaklee ni

Diharap tips saya kali ni membantu ya, untuk sesiapa yang nak kurus dan maintain slim tu.
Pesanan ikhlas dari saya, jangan terlalu ikutkan nafsu tau. Nak buat apa-apa pun, hatta makan sekalipun, fikir dulu sebelum buat.
 
Yang nak cuba Shaklee tu, jangan segan-segan contact saya k :)

No comments: