Thursday, 27 November 2014

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal


Honestly, saya tak pernah dengar dan hayati betul-betul lirik lagu Arjuna Beta dari Fynn Jamal ni. Kadang-kadang bila ada keluar kat radio, my husband mesti tukar cari lagu lain.

But i know, lagu ni Fynn Jamal buat khas untuk anak dia. Saya follow juga Instgramm dia. Selalu update tentang anak dia yang ada autism. So cute and so adorable.

Baru-baru ni, tertengok Fynn Jamal nyanyi live kat TV, rancangan Muzik-Muzik kalau tak silap. Baru berpeluang dengar betul-betul lagu ni. Penghayatan dia sangat mengagumkan, bukan dia je nangis, saya pun sekali mengalir air mata. Bila hayati betul-betul lagu tu, memang terbayang anak-anak je. Anak-anak pun dah la depan mata waktu tu. Nasib baik cik abang dan anak-anak tak nampak, cepat-cepat cover :)

Jom sama-sama kita hayati lirik ni. Mata dah start bergenang. Ok, bye.

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

Ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Cinta hati mama

2 comments:

Hani Suryani said...

Lagu yang amat menyentuh hati terutama bagi yang bergelar ibu ;-)

Salam perkenalan sis. Jemput singgah dan follow www.hazamiesouq.blogspot.com

done follow

Sha Nikitasakura said...

Salam ukhwah..
Sy follow sini..
Lirik lagu ni mmg sgt puitis..
Rs nk nangis bila hayati btul2