Wednesday, 19 November 2014

Putihkan Kulit Dengan Cepat


Semalam ada my anak Shaklee ni share gambar testimoni sebelum dan selepas rawatan injection. Terpampang muka ku kat situ. Tanjat gegirl. Bila masa pulak la ku inject muka ni.

Tak sure la injection apa ni. Vitamin C ke coallgen ke apa ke.
  • Putihkan seluruh badan
  • Mancungkan hidung
  • Mungilkan bibir
  • Up pipi kiri dan kanan
  • Runcingkan dagu
Ada ke ciri-ciri tu kat muka saya yang selepas tu. Mungilkan mulut, up pipi kiri dan kanan. Hihi.
Ada ke. If ada, thanks to Shaklee :)

Ok, by the way, kes ni dah settle. Saya dah suruh admin Facebook page tu delete gambar saya tu. Dah sah-sah la tak betul kan. Ni macam dah kes menipu customers.

Dia cakap, dia tak tau gambar siapa. Dia google 'injection' keluar gambar saya tu. So, dia ambi la.
Hmm, tak nak komen panjang-panjang. Kes pun dah settle kan.

Pengajarannya kat sini, sebagai peniaga online, kita perlu jujur bab-bab testimoni ni. Takut nanti jatuh menipu customer pulak.

Kalau Google terjumpa gambar, baca dekat blog tu cerita pasal apa. Biasanya gambar-gambar testimoni dalam blog ni, mesti ada cerita kan produk apa dia ambil atau guna. Jangan main terus ambil. Minta izin tuan punya badan, dan credit kat blog dia.

Gituuuu... :)

Takpe, buat salah sekali, lepas ni takde la ulang lagi ye tak.
Belajar dari kesalahan.

By the way, akak idak ler cun sampai macam kena inject tu (cun ker).
Tapi Alhamdulillah la banyak improve dari dulu. Dari kulit penuh berjerawat, berparut, kusam sampai nampak hitam muka, minyak penuh muka, liang-liang pori terbuka dan besar, sekarang kulit dah semakin sihat, cerah, licin dan berseri. Kira ok la tu kan. Ada juga la naik jerawat dan parut sikit-sikit, tapi takde la seteruk dulu.

So, sape yang nak tau tips-tips kecantikan tu, bolehla selak-selak page belakang ye.
Yang berminat nak cuba supplements Shaklee untuk rawat masalah kulit dari dalam, contact la yer...
Kita telan jer, takde cucuk-cuk bagai. Ngeri kut cucuk-cucuk ni :)


No comments: