Wednesday 5 November 2014

4 Tips Kecilkan Liang Pori Besar Dan Terbuka


Masalah liang pori besar dan terbuka sememangnya menjadi salah satu masalah ramai kaum wanita. Masalah pori besar ni, akan menjadikan kulit kita nampak kusam dan kasar. Kalau make up berlapis-lapis pun, masih belum mampu untuk tutup.

Saya dulu pun mempunyai masalah pori-pori besar dan terbuka ni. Tu salah satu masalah la, banyak lagi masalah kulit saya yang lain :) Jealous tau bila tengok kulit orang lain yang gebu dan licin. Tapi sekarang ni, Alhamdulillah, dah banyak improve kulit saya.

Since ramai yang tanya soalan tentang masalah pori besar dan terbuka, so rasa terpanggil pula nak share kat sini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mempunyai masalah pori ni ya. Liang pori yang lebih kecil ni akan membuat kulit kita kelihatan licin, lebih lembut, dan lebih muda.

 

Punca masalah pori wajah besar dan terbuka
  • Kulit wajah berminyak
  • Terdedah kepada matahari secara berlebihan
  • Merokok
  • Makanan berminyak dan lemak
  • Genetik
  • Proses penuaan
  • Perubahan hormon akibat menopause dan semasa hamil
  • Radikal bebas
4 cara berkesan kecilkan liang pori besar dan terbuka

Apakah rahsia untuk mengecilkan dan menyelesaikan masalah pori besar dan terbuka ni?

1. Rutin Penjagaan Wajah - Luaran

Jangan sesekali abaikan rutin penjagaan wajah yang asas, sekurang-kurangnya 2 kali sehari, iaitu membersih, menyegar dan melembapkan. Gunakan produk yang bersesuain dengan jenis kulit ya.

Selain itu, selepas menyapu krim pelembap atau sebelum keluar rumah jangan lupa untuk melindungi kulit dengan krim pelindung cahaya matahari (sunblock). Ini bukan sahaja untuk mengelakkan masalah pigmentasi malah mengatasi pembukaan pori kerana cahaya matahari merupakan salah satu punca pori-pori wajah terbuka.


2. Buang sel kulit mati

Dengan menggunakan scrub muka secara rutin 2 kali seminggu, anda akan dapat membuang sel-sel kulit mati pada muka sehingga mengurangkan penyumbatan pada pori-pori muka, sekaligus akan mencegah jerawat yang akan tumbuh. Tapi hati-hati ya untuk yang kulit berjerawat, penggunaan scrub amat tidak digalakkan kerana akan menyebabkan luka pada jerawat.  

Sekiranya sel-sel kulit mati tidak dibuang dari wajah anda, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang pori yang lebih kecil :)

3. Stimkan wajah anda 

Tips ni memang agak popular, tapi saya belum pernah cuba lagi. Simple jer ni, bole buat di rumah, tak perlu pergi spa. Ala-ala rawatan spa jugak ni.
  • Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais, dan tuala. 
  • Isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. 
  • Selepas itu, letakkan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda dan sapukan di seluruh muka anda. 
  • Bilas dengan air, kemudian sapu ais di seluruh kulit anda. 
  • Beri perhatian khusus kepada kawasan liang terbesar. 
  • Teruskan rawatan ini untuk setengah minit atau lebih. Liang anda akan menjadi lebih kecil dalam masa yang singkat.
 

4. Ambil supplements

Selain penjagaan luaran, pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral juga penting. Anda boleh menggabungkan ia ke dalam diet harian anda atau mengambil vitamin sebagai makanan tambahan setiap hari. 

Pastikan kulit mendapat kolagen yang mencukupi, kekal hidrat. Kolagen sangat penting bagi memastikan sel-sel lebih kukuh dan tegang. Dengan ini, penampilan kulit lebih baik dan tiada lagi liang pori yang besar dan mengembang!

Untuk saya, rutin asas penjagaan wajah dan pengambilan supplements adalah yang paling penting. Mudah, senang dan jimat. Scrub saya tak guna, maklumlah kulit saya ni sensitif dan mudah naik jerawat. Nak buat rawatan tradisional, spa atau ala-ala spa, memang idak ler. Rasa macam leceh atau bahasa mudahnya, malas :)

Supplements yang saya amalkan, bukan lagi rahsia dah, sudah tentulah supplements Shaklee. Untuk membantu masalah pori besar dan terbuka, saya cadangkan:

Supplements ni juga banyak lagi kebaikannya, antaranya membantu masalah jeragat, masalah sunburn, masalah kulit kusam, masalah parut dan sebagainya.

Apa kata mereka yang dah cuba Shaklee?

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5


Testimoni 6


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

Salam Singgah - pori besar bukan masalah perempuan saja... lelaki pun masalah juga... tips penjagaan tu boleh digunakan... terima kasih

Amizah Azid said...
This comment has been removed by the author.