Friday 29 August 2014

Frozen Versi Real dari Kakak Qistina


Last 2 days, balik jer dari school, belum sempat masuk rumah lagi, kakak Qistina dah menjerit-jerit excited..

"Mama! Mama! Kakak jadi Anna!
Ada 3, 4 kali kut kakak ulang-ulang...

Mama actually blur gak mula-mula tu.
Sekali kakak tunjuk paper, ada banyak dialog Elsa, Anna & Prince Hans.
Ok... Baru mama faham, Anna dalam citer Frozen.


Last year, concert Graduation Day tu sangat happening. Irfan 4 years, menari lagu hisdustan. Kakak, 5 years, menari lagu Arab. 4 and 5 years memang menari jer, tapi 6 years menari and berlakon sekali. Yang saya kagum sangat tu, all in English ok. That's why saya excited sangat this year, kakak kan dah 6 years. Kut2 la ada rezeki my daughter berlakon jadi main. 

Actully hari tu, saya dah tanya kakak, teacher dah start practice ke concert untuk Graduation Day this year. Mak excited ngalahkan anak.
Kakak cakap kakak tak berlakon, kakak menari jer. Bila saya tanya kenapa, kakak cakap teacher cakap sebab kakak datang school lambat. Hihi.

Hmm, yang script Frozen ni, kakak cakap teacher suruh hafal, sebab kakak kena ganti kawan kakak. Dia tak boleh hafal. Entah betul entah tak ni. Mama pun tak tanya teacher, tak nak la mengharap sangat kan. Tapi mama support je. Tiap2 malam menghafal. If tak berlakon pun takpe, at least this is one of learning kan. Omega Guard haruslah tak miss 1 biji sehari ni, bagi sel-sel otak aktif dan saling berhubung :)


Total ada 6 pages, dialog Anna paling banyak ni. Panjang-panjang pulak tu..
Takpe, kakak BOLEH!

Inilah kisah seorang mak yang dulu takde can berlakon atas stage..
Bila anak-anak as earlier as 4 years dah boleh menari, berlakon atas stage, confirm la excited kan.

By the way, i'm sending my kids to Nur Cemerlang, English Islamic Kindergarten. Hantar since last year, Alhamdulillah, sangat puas hati. So, parents yang area Penang ni, if u are still looking for kindy yang English medium and Islamic, boleh la survey2 ya Nur Cemerlang ni. Ada banyak juga branch dekat Penang ni :)

Thursday 28 August 2014

Shaklee Home Office Baru Di Sunway Pinnacle


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua... :)

Hari ni saya ada berita gembira nak dikongsikan, terutamanya buat pengedar dan peminat-peminat Shaklee di kawasan Selangor. Shaklee Home Office yang sebelum ni bertempat di Empire Tower, kini dah berpindah ke tembat baru yang lebih cantik dan besar, area Sunway Piramid!

Address baru Home Office Shaklee
Sunway Pinnacle
Shaklee Products (M) Sdn Bhd
Level 9, The Pinnacle,
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya
Selangor


Welcome to Shaklee.
Pintu masuk utama

Banyaknya kaunter
Tempat menunggu pun luas dan selesa

 Seminar room yang besar, cantik dan selesa. 
Khas untuk pengedar dan bakal pengedar-pengedar Shaklee

Ni yang makin sayang kat Shaklee ni.
Siap ada playland lagi. Betul-betul family friendly business :)

LET'S BE PART OF THIS SHAKLEE EFFECT !

Checklist Soya Yang Selamat


Siapa sini penggemar soya? Banyak sebenarnya kebaikan soya ni, kalau tak, takkan lah banyak pengeluar yang berlumba-lumba keluarkan produk soya di pasaran kan.
Tapi, adakah soya yang anda ambil selamat?

Soya ada pelbagai jenis. Macam-macam jenis soya yang ada di pasaran. Ada dalam bentuk serbuk, kotak dan sebagainya. Adakah anda pernah mengambil berat soal soya ini?

ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?

Checklist Soya Yang Selamat

Adakah kacang soya kegemaran anda…

1) Ditanam secara organik?
KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

2) Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

3) Mengandungi 9 asid amino penting?
9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

4) Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

5) Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.

6) Diproses tanpa haba?
KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!

7) Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?

KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

Check dulu ya sebelum ambil sebarang produk soya. Inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.


Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan atau kecantikan?

My choice of couse la ESP Shaklee. Checklist done! Dijamin selamat.

Pilihan di tangan kita. Jadilah pengguna yang bijak ya..
Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat..

My routine for energy booster, stay healthy and fit..
And of course untuk beauty ler :)

Tuesday 26 August 2014

Makanan Semasa Berpantang Selepas Bersalin


Nama pun berpantang, so mesti ada makanan yang boleh dan tak boleh diambil kan. Jangan pantang nampak je, makan :)

Saya dulu time pantang makan simple je. Tiap2 hari wajib ambil nasi. Maklumlah menyusu kan, cepat lapar. If nak cepat turunkan berat badan pun, jangan sampai ikat perut ye.

Apa yang saya amalkan:
  • Selepas pukul 7.00 petang, saya elakkan makan nasi. 
  • Nasi yang dimakan pun bukan nasi yang dah sejuk atau nasi semalam yang tak habis. Nasi mesti kena nasi yang panas-panas
  • Semasa dalam pantang, hanya ikan je yang saya makan. Daging, ayam, telur dan makanan laut, memang tak sentuh
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan juga ada di dalam menu harian
Di zaman moden ni, mungkin ada yang kurang mengambil berat tentang pemakanan semasa berpantang selepas bersalin. Berbanding zaman mak dan nenek kita dulu, banyak tau pantang-larangnya.

Mak saya cakap, kalau tak jaga sekarang, nanti tua sebelum waktunya kut. Umur baru 30 an dah nampak macam 40 an, kulit pucat tak bermaya, sakit sana sini.

Mak saya pun actually sempoi jer, tak la strict sangat. Kalau nak diikutkan tu, mak saya berpantang dengan nenek saya dulu, lagi la strict. Tapi, hasilnya.. I pun jeles tengok mak ku awet muda, tenaga pun mengalahkan anaknya baru sweet 30 an ni. Hihi.

Apapun, yang paling penting, amalkan pemakanan yang seimbang dan minum air masak secukupnya.

Panduan Pemakanan Semasa Berpantang Selepas Bersalin
 

Kalau dilihat dalam masyarakat Melayu dahulu, biasanya ibu hanya dibenarkan untuk menjamah nasi berlaukkan ikan kering, ikan bakar berkunyit atau ikan bilis dengan lada hitam sahaja. Air pun tidak boleh diminum banyak, hanya dua ruas jari sahaja setiap kali minum. Ini bukan sahaja sekadar tidak membantu mempercepatkan pemulihan si ibu, bahkan boleh menyebabkan masalah kesihatan kepadanya seperti masalah tekanan darah rendah atau masalah kepada buah pinggang.

Amalan diet yang sebegini juga akan memberi masalah kepada ibu yang menyusukan anak, terutamanya yang mengamalkan penyusuan yang eksklusif. Tumbesaran bayi memerlukan zat yang banyak terutamanya dalam bentuk protein, kalsium dan vitamin B complex. 

Ok, berikut saya kongsikan beberapa tips ringkas tentang panduan pemakanan semasa berpantang selepas bersalin:

1) Protein

Si ibu memerlukan zat yang mencukupi dalam pemakanan. Makanan yang kaya dengan protein adalah sangat diperlukan seperti daging, sesetengah jenis ikan dan ayam. Ayam ni actually bergantung. Macam saya dulu, memang tak ambil langsung, maklumlah ayam zaman sekarang ni 'ayam cucuk'. Kalau nak ambil pun, better ambil ayam kampung.

Ikan kategori yang boleh dimakan pula ikan tenggiri, bawal, salmon, haruan, siakap, ikan merah, kerisi, kurau, kerapu, senangin, jenahak dan ikan bilis.

DILARANG : Ikan-ikan berbisa harus dielakkan seperti ikan keli. Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa.  Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
Juga elakkan akanan laut seperti udang, sotong, kerang, ketam dan sesetengah ikan yang bersifat gatal seperti ikan duri, tongkol, sembilang dan ikan pari.

2) Sayur-sayuran

Sayur-sayur yang boleh dimakan pula adalah dari kategori yang tidak sejuk dan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu untuk bayi seperti sayur sawi, lobak putih, bok choy, lobak merah dan bawang merah. Ini juga termasuk ulam-ulaman seperti pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina dan daun kari.

DILARANG : Sayur-sayur yang menjalar dan bersifat angin seperti kangkung, taugeh, pucuk ubi, labu, timun, keladi, pucuk paku, kacang panjang, petola, terung, petai dan jering tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

3) Buah-buahan

Buah-buahan pula yang boleh dimakan adalah buah tamar/kurma (sangat elok untuk dimakan dari waktu mengandung sehingga selepas bersalin), epal dan pear.
Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

DILARANG : Buah-buahan yang bersifat sejuk dan tajam seperti nenas, kelapa muda, mangga, durian belanda, jambu, belimbing, cempedak, nangka dan sebagainya tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

Tips:

Pemakanan semasa berpantang ini juga elok disandarkan kepada sunnah Nabi saw, di mana makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Kelaparan tidak elok berlaku semasa berpantang kerana berisiko untuk masuk angin. Tambahan pula rasa lapar juga adalah satu cara saraf memberikan signal bahawa si ibu sedang memerlukan nutrien untuk badannya. Sementara makan hingga terlalu kenyang pula seperti yang kita ketahui turut boleh membawa mudarat kepada si tuan badan. Amalan sunnah ini elok diamalkan tidak kira dalam keadaan berpantang atau tidak.

Pengambilan air semasa berpantang juga perlu dikawal dan dijaga. Tidak boleh terlalu banyak meminum air kerana boleh mengembangkan urat-urat badan, pada masa yang sama tidak boleh terlalu kurang. Pastikan air diminum sekadar secukupnya.

 
 Credit Google

Selamat berpantang yer ibu-ibu semua..
Diharap info ini membantu anda yer :)

Saturday 23 August 2014

Minum ESP Untuk Kesihatan dan Kecantikan


Sekarang ni semakin rajin pulak saya update blog ni. Hari-hari update ni. Dulu waktu mula-mula saya buat business Shaklee ni, actually lagi rajin. Ada tu sampai 2, 3 entry sehari saya tulis. Punyalah semangat nak share tentang Shaklee dengan semua orang. Sekarang ni pun semangat masih membara juga, ada je benda yang nak dikongsikan. Bertambah semangat lagi bila dapat feedback positif dari pembaca dan customer. Rasa teruja sangat, terharu pun ada. Semoga apa yang saya kongsikan di blog ni memberi manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Ok, hari ni saya ingin berkongsi tentang ESP Shaklee. Rasa excited nak share tentang ESP ni sebab baru-baru ni, kawan saya ada share gambar pengguna-pengguna tegar ESP Shaklee, yang dah amalkan ESP sejak berbelas-belas tahun. Series jeles tengok kulit dia, halus mulus macam baby, nampak muda sangat. Ada lagi sorang pengguna tegar ESP ni, umur dah 50 an, tapi macam tak percaya. Nampak macam 30an jer. Ok, i jeless. Ruginya la sape yang tak amalkan ESP ni. Jap lagi saya share antara koleksi testimoni ESP Shaklee.

ESP Shaklee - Protein Soya Terbaik

Sebelum tu, meh saya kongsi sedikit info tentang ESP ni.

ESP ni produk yang hot, dan sentiasa high demand di Shaklee. Saya sendiri pun pengguna tegar ESP, kalau tak minum tu, rasa macam tak lengkap pulak. Ianya adalah sumber protein soya terbaik yang dihasilkan dari soya non-GMO.

ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol. Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavone.

Haa yang saya nak tekankan iaitu soya yg digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik (Non-GMO). Protein soya Non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya. Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, yakinlah dgn shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti

Mesti ada yang tanya..apa bagusnya kalau soya Shaklee ni Non-GMO. Haa.. ni yang ramai taktahu.

Meh saya share kenapa kena pilih produk Non-Gmo berbanding produk GMO. Produk GMO boleh menyebabkan alergy, toxic, potensi kanser. Lagi2 zaman sekarang ni, produk-produk GMO memang dah makin banyak di pasaran sebab tu macam-macam penyakit sekarang. Contoh yang paling glamor adalah penyakit berkaitan kanser dan allergic. Tu mmg common laa kann.

Antara makanan yang tinggi potensi GMO adalah jagung dan soya. Oleh sebab tu, kalau you all nak beli protin dari sumber soya, pastikan you all baca dulu labelnya, pilih produk yg berlabel Non-GMO. Jangan beli sebab murah or sebab rasa sedap or sebab ikut ikutan.. or sebab nak dapat barang free. Hargai dan sayangi lah badan anda.


Koleksi Testimoni ESP Shaklee

Antara manfaat utama ESP adalah untuk memberi tenaga, memberi rasa kenyang, membantu mengurangkan berat badan, mencerahkan kulit, menghilangkan parut, awet muda dan sebagainya.

Kalau nak share semua testimoni ESP Shaklee ni, sampai esok pun tak habis tulis entry ni. Kat sini, saya kongsi antara testimoni menarik yang pernah kami terima dari pengguna ESP Shaklee.
  • Cerahkan kulit 
  • Hilangkan jeragat dan jerawat
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu  
  • Bantu mempercepatkan penyembuhan luka 
  • Menghilangkan masalah kulit gatal dan kering
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan  
  • Anjalkan payudara 
  • Anjalkan punggung 
  • Atasi gastrik dan pedih ulu hati 
  • Mengatasi lesu 
  • Merendahkan bacaan diabetis dengan menstabilkan paras glukosa 
  • Menyihatkan rambut dan mengatasi keguguran 
  • Mencantikkan kuku 
  • Menghaluskan tumit pecah 
  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam contohnya ketika berpuasa 
  • Meningkatkan kualiti susu ibu - lebih berkualiti makanan, lebih berkualiti susu 
  • Meningkatkan pengeluaran susu - protein salah satu bahan mentah menghasilkan susu 
  • Pengganti sarapan dan supper 
  • Dilengkapi dengan mineral kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan. 
  • Meransang regenerasi sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan 
  • Menguatkan sistem imun tubuh
  • Mempertingkatkan tahap kolestol baik
  • Memelihara kesihatan jantung 
  • Meningkatkan kesuburan
Teruja tak.
Tu antara feedback yang diterima, ada banyak lagi sebenarnya..

Try a glass of ESP today and you will ask for more. Better late than never.

Ingat yer, buatlah pilihan bijak memilih protein dari sumber soya Non-GMO :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Air Yang Bersih Dan Selamat Dengan Penapis Air


Selamatkah air yang minum?
Perlukah air kita ditapis?

Apa kata kita tengok gambar ni dulu.

http://mycutekidsmyinspiration.files.wordpress.com/2012/04/filter3.jpg 
 Gambar Credit here


Ini gambar filter Shaklee yang dah sampai masa perlu ditukar. Nampak tak betapa hitamnya kotoran yang ada kat situ. Inilah yang ditapis, supaya air yang kita minum tu takde kotoran ni.
Cuba bayangkan air yang kita minum tak ditapis. Sanggup ke kita minum benda ni.

Ada yang masih rasa air yang kita minum tak perlu ditapis?
Sila fikirkan semula ye..

Memang tak dinafikan bakteria akan mati bila kita didihkan air tapi tahukah kita bahawa bahan kimia berbahaya lain tetap ada? Contohnya plumbum, klorin, merkuri, kadmium. Itu semua boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan kita dan keluarga kita.
***********************************************************
Walaupun klorin dapat membunuh sesetengah bakteria, tetapi penggunaannya juga memberi kesan kepada kesihatan manusia.

THM (trihalomethane) merupakan sebatian yang terhasil daripada klorin dan asid Humic (bahan reput, racun serangga) yang merupakan agen penyebab kanser (bahan karsinogen)

Kesan-kesan ini mungkin disebabkan oleh pengambilan secara berterusan atau penyerapan kulit. Contohnya apabila kita mencuci beras dengan air biasa, klorin yang terdapat dalam air akan meresapi ke dalam beras.


Hasil kajian menghubungkan produk sampingan klorin dan pengklorinan kepada kanser pundi kencing, hati, perut, rektum dan usus termasuklah:-
·                   penyakit jantung
·                   atherosclerosis (pengerasan salur darah)
·                   anemia (kekurangan sel darah merah)
·                   tekanan darah tinggi, dan
·                   reaksi alahan

Ini pula petikan dari Kelatedaily.com tentang bahaya air berklorin

Seorang saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis - 
“Klorin sangat berbahaya. Ia patut diharamkan!! !!!. Menambah klorin ke dalam air sama seperti memulakan satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum masanya dengan munculnya bermacam-macam simptom penyakit.”

Air paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti arsenik, ubat gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri. Pendeknya, jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung, adalah menghairankan. Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan kepada kesihatan.

Penyakit yang datang daripada air tercemar amat banyak!!!!. Telah terbukti akhir-akhir ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih daripada 30 jenis penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang dan lain-lain. Untuk menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai sekadar meminum air yang mencukupi setiap hari, tetapi air tersebut hendaklah berkualiti dan tidak mengandungi bahan-bahan beracun.
***********************************************************

Kesannya mungkin kita tak nampak sekarang. Tapi akan datang nanti bagaimana. Sayangilah kesihatan anda ya. Pencemaran zaman sekarang ni jangan cakap lah, tengok sungai-sungai kat Malaysia ni pun cukuplah. That's why air paip kita tu berkeledak sampai macam tu. 

Get Clean Water Pitcher Shaklee

Ramai yang masih berkira-kira lagi nak guna penapis air ni. Yerla, harga pun ribu-ribu, tiap-tiap tahun nak kena service lagi. Untuk yang masih tercari-cari penapis air yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, i highly recommend u all dapatkan penapis air dari Shaklee ni, Get Clean Water Pitcher Shaklee. Harga ratus-ratus jer, tapi kualiti setanding dengan yang harga ribu-ribu tu.


Pembelian Starter Pack ni, korang akan dapat sekali dengan 3 filter. 
1 filter boleh guna lebih kurang 3-4 bulan.
Dah habis 3 filter tu, baru beli filter baru, just tukar je.
Tak perlu susah-susah cuci, tak perlu nak service.
Jimat dan mudah kan

Nak guna pun senang jer.
Tak perlu sambung ke paip, tak perlukan kuasa elektrik.
Cuma tuang air dari paip untuk ditapis, terus boleh minum.
Sesiapa yang ada masalah anak-anak tak suka minum air masak, atau anda sendiri rasa susah nak telan air masak, anda patut cuba ni. Bukan setakat bersih dan sihat, sedap tau rasanya :)

Kelebihan dan Keistimewaan Get Clean Water Pitcher
  • Menandingi jenama terkemuka yang lain
  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
  • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan - dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
  • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
  • Ringan dan mudah dibawa 
  • Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak
 

Testimoni Get Clean Water Pitcher Shaklee









Klik sini untuk info lanjut dan testimoni lain Get Clean Water Pitcher Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday 22 August 2014

Cara Berkesan Turunkan Berat Badan dan Kolestrol dengan Selamat


Salam Jumaat yang penuh barakah semua... :)

Dah lama rasanya saya tak share tentang Set Kurus Shakle kan.

My husband pun pengguna tegar Set Kurus Shaklee ni. Actually dulu mula-mula dia cuma ambil supplement Shaklee untuk tambah tenaga dan untuk masalah resdung yang agak kronik. Kesannya, memang superb. Dengan izin Allah, semakin bertenaga cik abangku, masalah resdung pun dah ok. Alhamdulillah.

Then, ada one time tu, my husband buat medical check up. Semua ok, except kolestrol border line. Seram tu, silent killer. Dah berapa banyak cerita kita dengar kan, ada di kalangan kita tiba-tiba kena serangan jantung, kena strok.

Tanpa pengetahuan ku, cik abang ku ambil sekali ubat dari doktor untuk turunkan kolestrol.

After a few days ambil ubat kolestrol tu, cik abang ku dah sakit lutut, teruk juga time tu. Nak bengkokkan lutut pun tak boleh. Apa kes kan muda-muda dah sakit lutut. Terus saya suruh stop ubat tu. Saya bagi supplement Shaklee pula kat huband saya, untuk turunkan kolestrol, iaitu Omega Guard, Lecithin dan Garlic, top up Ostematrix sekali nak bagi recover cepat sikit sakit lutut tu.

Bila pergi check up balik kat doktor, doktor cakap sakit lutut tu antara side effect dari ubat kolestrol yang cik abang ku makan. Dia pun suruh stop. Then, my husband cakap dia memang dah stop and ambil supplement Shaklee je. Doktor pun recommend and cakap teruskan dengan supplement Shaklee.

Ubat kolestrol ni banyak side efects rupanya. After Google and discuss dengan some of my friend, here's what i found. Antara side effect tu, meningkatkan risiko kencing manis, risiko kegagalan fungsi hati, buah pinggang, katarak, masalah seksual dan kelemahan otot. Fuh, nasib baik cik abang ku stop cepat.

Ini antara supplement yang my husband ambil.
Untuk tambah tenga, untuk masalah resdung, immune system, control kolestrol dan berat badan.
Ada yang ambil sebelum pergi office, ada yang ambil time kat office, ada yang ambil malam.
Pillbox hijau kecil comel tu, saya yang prepare,
tiap2 hari sebelum pergi kerja, isi supplements yang untuk makan kat office :)

Supplement yang untuk turunkan kolestrol ni juga adalah antara supplement yang terdapat di dalam Set Kurus Shaklee. Membantu untuk pecah dan bakar lemak. Memang sesuai sangat untuk cik abangku, sebab target dia untuk turunkan berat badan juga.

My husband ni takdelah gemuk mana, tapi berisi sikit la dari zaman mula-mula kahwin dulu and perut ada sikit buncit, sikit jer la. Semenjak dah jadi bapa budak ni, seluar time sebelum and awal-awal kahwin dulu tak boleh pakai dah. Tapi kan, tapi kan, bila dah ambil supplement Shaklee, semua seluar tu dah boleh pakai balik sekarang tau. Bukan main excited cik abangku, tunjuk seluar lama dah boleh pakai balik. Okla, ku tumpang happy. Janji cik abang ku sihat.

Selain supplements, makan dan minum pun kena jaga juga, walaupun kadang-kadang kantoi. Pastu, tambah exercise sikit. InsyaAllah, kurus dapat, sihat pun dapat. Bonus, makin cantik and makin hensem gitu. Nak cakap cik abang i makin hensem bole tak. Ok, bye :)

 Gigih anak-anak ku exercise.
Basikal ni cik abang ku beli, nak exercise lepas balik kerja senang sikit katanya.
Yer la kan, balik kerja pun dah lewat petang, mana sempat nak jogging bagai kat taman.
Harap-harap jangan jadi hiasan dah la nanti. Hihi..

My hero, my cinta hati yang always support whatever i do.
Gambar macam ni je aci tak, 
cik abangku tak suka bergambo. 
Ni pun gigih ku snap time jalan-jalan raya baru ni..

Cara Menghilangkan Parut Jerawat Berlubang


Stress kan bila muka penuh jerawat dan parut. Parut jerawat ni ada yang tinggalkan tompok-tompok hitam atau merah, dan ada juga yang sampai jadi parut berlubang. Parut yang jenis berlubang ni, biasanya disebabkan jerawat batu, jerawat yang terlalu serius atau berulang-ulang. Yang menyedihkan, ada yang sampai digelarkan muka kawah bulan.

Bolehkah hilang parut jerawat berlubang ni?

Ada yang mungkin sekadar menutup dengan make-up. Itu bukan solusi ya, itu hanya sekadar menutup buat sementara waktu semata-mata. Saya cadangkan rawat masalah parut anda ya, bukan sahaja kulit makin cantik, nanti bila make-up pun nampak cantik semulajadi jer. Kalau tak nak make-up dah pun takpe, maklumlah, kulit dah cantik semulajadi.


Kali ni, saya ingin berkongsi tentang cara menghilangkan parut jerawat yang berlubang. Orang selalu cakap, parut jenis berlubang ni tak boleh atau susah nak hilang. Tak boleh tu, saya tak setuju. Susah tu, ada betulnya, mungkin akan mengambil masa sedikit. Tapi kalau kita ikhtiar dengan cara yang betul, yang susah pun insyaAllah akan jadi mudah dan ada hasilnya. Tapi kalau tak ikhtiar, memang sampai bila-bila la kekal parutnya dik.

Antara cara yang glamour kita dengar untuk menghilangkan parut berlubang ni, adalah dengan rawatan laser atau rawatan di pusat kecantikan. Kesan dan kosnya, saya tak pasti ye, sebab saya belum pernah ada experience tentang ni. Yang pasti, sah-sah la ribu-ribu kosnya.

Cara menghilangkan parut jerawat berlubang dengan Shaklee

Supplement Shaklee juga boleh membantu menghilangkan parut jerawat berlubang. Untuk parut berlubang yang terlalu serius, walaupun mungkin tak 100% hilang, tetapi ia membantu mengecilkan lubang-lubang parut jerawat ni supaya less visible, texture kulit pun makin rata.

Jangan risau, kosnya tidaklah semahal melakukan rawatan laser atau rawatan di pusat kecantikan, prosesnya juga tidaklah menyeramkan seperti rawatan laser, malah selamat untuk jangka masa panjang. Bonus, selain membantu masalah parut, dengan pengambilan supplement Shaklee secara betul dan konsisten, kulit juga akan semakin cantik, serta bagus untuk kesihatan menyeluruh.

Berikut adalah cadangan supplement Shaklee untuk membantu menghilangkan parut jerawat berlubang.


Vitamin E
  • Vitamin E sememangnya terkenal sebagai vitamin yang membantu masalah parut. Juga membantu menyembuhkan luka dengan cepat, membaiki tekstur kulit dan melancarkan peredaran darah.
Vitamin C
  • Membina collagen, menjadikan kulit lebih anjal, cerah dan halus
ESP
  • ESP merupakan protein tambahan terbaik yang dihasilkan dari soya non-GMO. Protein penting untuk pembinaan sel kulit baru yang sihat, serta menggantikan sel kulit mati seperti parut.
Shaklee Collagen Powder
  • Collagen Shaklee adalah collagen premium yang dihasilkan dari sisik ikan merah laut dalam, mempunyai berat molekular yang ringan, sangat mudah diserap dalam badan. Kesan lebih cepat dan bagus, untuk build up balik kulit yang sihat. Nnati permukaan kulit cantik dan licin jer...
Vivix
  • Vivix ni merupakan produk Shaklee yang paling hebat, sampai digelar tonik ajaib. Bukan sebab ada tok batin jampi-jampi botol tu, tapi kerana ia membantu memulihkan sel badan termasuk sel kulit kita daripada tahap DNA lagi. Sebab tu kesannya pun menakjubkan dan customer saya yang ambil set dengan Vivix ni, kesannya lebih cepat dan yang paling tebaik.
Testimoni 1

Parut jerawat berlubang hilang dalam hanya 2 minggu!


Testimoni 2

Happy bila parut jerawat berlubang hilang


Testimoni 3

Suami pun puji bila kulit semakin cantik


Testimoni4

Lubang-lubang parut bekas jerawat hampir tiada lepas sebulan


Klik sini untuk testimoni parut jerawat berlubang mengecil selepas 1 bulan dan testimoni lain

Kalau dulu ramai yang ingat, parut jerawat berlubang ni, laser je la jalannya.
Tetapi, dengan pengambilan supplements ni pun, ramai yang dah berjaya kurangkan masalah parut jerawat berlubang ni, dah makin cantik kulit masing-masing. Alhamdulillah.

Jika anda pun nak ikhtiar dengan pengambilan supplements Shaklee ni, boleh hubungi saya ya.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 21 August 2014

Petua Mudah Tambah Susu Ibu Dengan Berkesan


Cabaran ibu menyusu yang paling sinonim adalah susu sedikit atau susu semakin berkurangan. Jom saya kongsikan 5 tips mudah dan berkesan tuntuk tambah susu ibu. Buat dengan istiqamah, insyaAllah susu yang semakin sedikit akan bertambah banyak dan mencukupi untuk bayi anda.

1. Kerap menyusu/pam

Konsep asas dan wajib dibuat jika mahu tambah susu ibu. Susu ibu terhasil dari konsep supply dan demand. Lebih permintaan (demand), lebih susu yang akan terhasil (supply). Semakin kerap ibu pam/menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Ibu perlu kosongkan payudara bagi menghasilkan lebih susu.

Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu. Sekiranya anda bekerja atau berjauhan dengan bayi, pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali.


2. Makan makanan penggalak susu

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian juga membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

3. Pemakanan seimbang

Ibu perlu jaga pemakanan. Jangan hanya diikut nafsu makan. Makan banyak tapi tak cukup khasiat juga tak guna. Jadi makanlah dengan ideal. Pilih menu yang seimbang. Untuk menjaga berat badan, usah makan sekali banyak. Tapi makanlah sikit-sikit dengan kerap. Paling penting sarapan. Jadi cubalah sebaiknya untuk tidak lupa bersarapan di waktu pagi. 
Pemakanan ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang sihat untuk anak. Selain itu kesihatan mental juga perlu dijaga. Elakkan stress, kerana ianya boleh menjejaskan susu yang akan terhasil. Jadi ibu menyusu pastikahlah yang kalian sihat fizikal dan mental. Barulah impian menyusukan anak hingga 2 tahun akan terlaksana.

4. Minum air ikut keperluan

Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Amalkan sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari. Air kosong ye. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu.

5. Pengambilan supplement

Pengambilan supplements amat disarankan untuk membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Supplements membantu ibu-ibu kekal sihat, cantik, cergas, bertenaga, dan yang penting ia memenuhi ruang kosong yang badan perlukan (vitamin, garam ,mineral). Ibu yang sihat dan bertenaga penting ya, untuk menjayakan penyusuan ibu dan membolehkan ibu-ibu menjalankan tanggungjawab melakukan kerja-kerja di pejabat dan rumah dengan sempurna.

Dan vitamin juga memperkayakan lagi nutrisi susu ibu yg semulajadi kaya dgn zat2.

Lagi satu, pentingnya pengambilan supplements ni, yang mungkin ramai tak sedar. Apabila kita menyusu ni, kita menyalurkan zat2 penting kepada bayi kita seperti protein, kalsium dan sebagainya. Apa jadi kalau kita tak perolehi zat yang secukupnya dari pemakanan kita? Mungkin semuanya disalurkan ke baby (the worst, untuk baby pun tak cukup), so, apa je yang tinggal untuk kita kan. Taknaklah nanti let say selepas 2 tahun berjaya menyusu tapi si ibu kelihatan tua dari umur sebenar.. selalu sakit-sakit, sakit pingganglah, sakit gigi lah,stress lah, masalah kedinginan, bla bla bla.

So, tepuk dada dan tanya sendiri jika anda perlukan vitamin atau tidak.. pilihan ditangan anda :)

Set Breastfeeding Shaklee

Disini saya sertakan sedikit info mengenai vitamin2 glamor Shaklee, demand tinggi di kalangan ibu menyusu, sehingga ada yg memanggilnya produk tambah susu badan :) InsyaAllah membantu tambah susu badan, dgn syarat kerap pam, jaga makan, rehat,doa, pengambilan air. Semua kena balance.

1) Vitalea
Lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

2) B Complex
Menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Membantu sebagai agen penenang/control stress.

3) Vitamin C
Merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik dan untuk tingkatkan immune system.

4) Alfafa
Merupakan galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.

5) ESP
Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Shaklee ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

6) Ostematrix
Diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga mengurangkan risiko osteoporosis


Klik sini untuk info lanjut Set Breastfeeding Shaklee

Testimoni Set Breastfeeding Shaklee

Jom kita baca pengalaman dari ibu-ibu yang mengamalkan supplement Shaklee





 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday 20 August 2014

Perbezaan Set Berpantang Shaklee dan Jamu


Salam sayang semua.. :)

Ok, entry kali ni ni, saya ingin berkongsi tentang kisah berpantang selepas melahirkan bayi pula ye.
Khas untuk ibu-ibu dan bakal ibu-ibu gojes semua..

Kalau zaman dulu, berpantang sering dikaitkan dengan pengambilan jamu (ramuan herba) untuk pemulihan semula badan selepas proses kelahiran. Memandangkan penggunaan jamu ini merupakan amalan turun temurun nenek moyang kita, minda kita seolah-olah sudah di program bahawa ibu berpantang memerlukan jamu untuk penyembuhan semula badan.

Memang tidak dinafikan jamu mempunyai kelebihannya tersendiri. Kalau dilihat semula, jamu berupaya memanaskan badan ibu dan merawat dari dalam. Namun antara kelemahan utama jamu ialah, mungkin sedikit panas untuk ibu serta bayi, dan ibu tidak dapat mengamalkan pengambilan jamu sepanjang tempoh bayi mengalami jaundice. Bayangkan bayi yang mengalami jaundice sehingga 2-3 minggu, sepanjang tempoh itu jugalah ibu berpantang tanpa sebarang rawatan. Akibatnya badan ibu akan berasa letih, tidak bermaya.


Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang mula mengamalkan Set Berpantang Shaklee sebagai alternatif kepada jamu. 

Apa perbezaan Set Berpantang Shaklee dan jamu? Persoalan yang sentiasa bermain-main di fikiran ibu dan bakal ibu-ibu semua. Semoga perkongsian ini dapat memberikan panduan dan membantu ibu-ibu membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan bayi yang bakal dilahirkan nanti k.

Jadi, jom kita baca 4 perbezaan utama di antara supplement Shaklee dan jamu seperti di bawah:

1. Bahan kandungan

Vitamin: Setiap bahan yang digunakan bagi memformulasi supplement Shaklee dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia. Malah, setiap supplement Shaklee yang dijual di Malaysia turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jamu: Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak dapat dikenalpasti.


2. Khasiat dan penyerapan oleh badan

VitaminVitamin merupakan macronutrient dan micronutrient yang dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Contohnya, di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau

Jamu: Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang kompleks memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan menyerap khasiat tersebut.


3. Kesan kepada bayi 

VitaminVitamin mengandungi bahan yang tidak membahayakan bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan penyaluran segala nutrient melalui penyusuan susu bayi. Ibu masih boleh meneruskan pengambil supplement walaupun anak mengalami penyakit demam kuning atau JAUNDICE.

Jamu: Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau sebaliknya. Malahan kebanyakan doktor tidak membenarkan si ibu untuk meneruskan pengambilan jamu sekiranya membawa kesan kepada bayi khususnya dalam meningkatkan risiko JAUNDICE.


4. Waktu pengambilan selepas bersalin

VitaminPengambilan supplement boleh dimulakan seawal hari pertama bersalin sama ada si ibu bersalin secara normal atau caesarian (pembedahan)

Jamu: Rata-rata pengambilan jamu selepas bersalin hanya boleh dimulakan selepas memasuki minggu kedua bagi memastikan bayi sudah tiada jaundice. Bagi bayi yang mengalami masalah breastfeeding/prolonged jaundice, si ibu lazimnya dinasihatkan untuk tidak mengambil jamu sama sekali. 


Ini perkongsian Puan Salmeza Salih tentang pengalaman beliau berpantang anak pertama dengan jamu dan berpantang anak kedua dengan supplement Shaklee.



Terserah kepada kebijaksanaan anda untuk memilih yang terbaik untuk anda dan bayi anda. Apa pun yang anda pilih untuk diambil semasa berpantang nanti, pastikan ianya benar-benar selamat untuk anda dan bayi anda k.
Selamat Berpantang :)

Klik sini untuk info lanjut Set Berpantang Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 19 August 2014

Full Time Online Business Shaklee...


Pejam celik pejam celik, dah hampir 9 bulan saya berhenti kerja sebagai seorang Senior Engineer dan menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah. Kalau ibu hamil tu, dah selamat bersalin dah ni.

Macam tak percaya pun ada ni. Waktu belajar kat Germany dulu, tak pernah pula la saya bayangkan diri saya ni seorang housewife. Dok bayang dulu, pergi office, pakai baju cantik-cantik, make-up cantik-cantik. Angan-angan tu pun tak tercapai sebenarnya, maklumlah kerja Engineer, jangan mimpila nak pakai cantik-cantik pergi kerja.

Waktu raya hari tu, ada juga sedara-mara tanya kerja kat mana sekarang. Ramai juga yang tak tahu saya dah berhenti kerja sebenarnya. Mula-mula tu segan gak nak cakap dah berhenti kerja buat online business. Tapi makcik ku ok jer, support lagi. Zaman sekarang ni, macam-macam dah boleh buat katanya :)


Setuju sangat dengan makcik ku, macam-macam boleh buat, tapi tak ramai yang ambil peluang tu.
Especially zaman semuanya di hujung jari sekarang ni kan. Daripada online 24 jam, tapi tak mendatangkan hasil yang berfaedah, apa kata sambil online tu, buat sesuatu yang mendatangkan hasil. Sesuatu yang menjadikan diri kita lebih baik dari hari ke hari, dan lebih bagus lagi, sesuatu yang mendatangkan hasil yang boleh membantu ekonomi keluarga kita. Semuanya di atas tangan kita, antara NAK atau TAK NAK saja.

Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya perlukan duit sekarang. Selalunya lepas raya ni, ramai yang dah pokai, masing-masing tak sabar tunggu gaji. Tapi bagi yang buat business Shaklee tu, tengah bulan jer, duit bonus masuk. Best kan.

Ada yang dapat 2@3 angka, ada yang dapat 4@5 angka, bergantung kepada usaha masing-masing.

Nasihat saya kepada anda di luar sana, mulakan sekarang walaupun langkah yang kecil. Kita tak akan tahu apa yang akan terjadi di kemudian hari. Mungkin suatu hari nanti, kita akan berasa sangat menyesal kerana tidak memulakan langkah hari ini. Lagi menyesal, kalau kita dah nampak peluang tu depan mata, tapi kita fikir punya fikir sampai terlepas peluang. Rugi kan.


Saya dulu pun, tak pernah terfikir langsung nak jadi housewife atau berkerja dari rumah ni. Maklumlah, zaman muda, komitment pun belum ada. Bila dah mula ada anak, otak mula ligat memikirkan anak-anak. Priority seorang ibu, sudah tentulah anak-anak dan suami. Hati tak tenang memikirkan anak- anak yang dihantar ke nursery, seawal 2 bulan dah dihantar ke nursery. Doa mama sentiasa mengiringi anak-anak mama agar sentiasa berada lindungan Allah. Bermula anak sulung saya, Aina Qistina, bila dapat pula Armin Irfan, lagi la meronta-ronta perasaan nak jaga anak-anak sendiri.

Kerana merekalah, lahirnya blog ni. Kerana merekalah juga saya memulakan online business.

Dan, perjalanan yang Allah aturkan sangat hebat, saya dipertemukan dengan Shaklee. Syukur Alhamdulillah, saya tidak pernah menyesal dengan Shaklee, malah sangat-sangat bersyukur. Dipertemukan dengan kumpulan dan orang-orang yang hebat, yang telah banyak mengubah diri dan perjalanan hidup saya sekeluarga.

Kalau dulu, pada saya, lepas resign, buat business sikit-sikit, dapat sikit-sikit cukup la. Buat bayar fees untuk kindy and saving sikit. Itu dulu. Semuanya dah berubah sekarang.

Saya perlu kerja lebih kuat lagi. Banyak lagi yang perlu dikejar, bukan kekayaan dunia semata-mata.
Ramai lagi yang perlu dibantu. 

Dengan duit lebih yang ada, hutang boleh dilangsaikan dengan segera, lebih wang boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan, lebih lagi wang yang boleh diberikan kepada parents, boleh bawa satu keluarga pergi umrah... Seronok kan..

Ramai lagi orang di luar sana yang perlu dibantu, dari segi tahap kesihatan dan kewangan. InsyaAllah saya tak akan jemu dan berhenti untuk berkongsi tentang Shaklee, bukannya kerana saya taksub dengan Shaklee, tetapi sebagai salah satu ikhiar kita untuk hidup lebih sihat dan ceria. Dan kepada sesiapa yang ingin memulakan business Shaklee, pun jangan segan-segan untuk contact saya ya. Saya dan leader-leader lain tak pernah nak lokek ilmu untuk berkongsi segala ilmu dan tips-tips rahsia kami. InsyaAllah anda akan berada di kumpulan yang betul bersama kami..

Semoga kita semua berjaya dan menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.. :)