Mostly ramai yang dah start kerja hari ni kan. Selamat menjalankan tugas yer semua. Masih belum terlambat rasanya saya nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfiri
Maaf Zahir Batin
Taqabballallahu minna wa minkum
Macam mana yer raya korang tahun ni. Mudah-mudahan semua bergembira bersama keluarga tersayang.
Saya, suami dan anak-anak, seminggu kami beraya tahun ni. Dah jadi Work at Home Mother ni, tak payah nak risau cuti tak approve, cuti tak cukup. Anytime je boleh cuti, sambil cuti pun, business tetap on. Dah habis cuti, takde la mood ala-ala sayu ala-ala malas nak pergi kerja macam dulu. Hihi..
Tahun ni raya pertama kami beraya di rumah mak saya di Alor Setar. Raya kedua baru balik rumah keluarga mertua di Junjung, Kulim. Selepas tu, balik Alor Setar semula, sambung beraya lagi. Petang semalam baru balik Penang. Alhamdulillah, persiapan baju, kuih raya, semuanya bersederhana sahaja. Yang penting, dapat bersama keluarga, dan bertemu saudara-mara. Bukannya selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni kan.
Cerita pasal kuih raya, tahun ni tugas saya buat kek, kakak saya ambil tugas buat kuih raya. First time tau try buat kek Banji Roll. Pernah dengar tak kek ni? Dulu kecil-kecil, saya suka sangat kek ni, saya panggil kek ni kek orang kaya. Tak tau la kenapa, maybe sebab colourful kut. Series sedap kek ni, ramai dok puji. Seb baik jadi. Siap ada orang dah tempah tu. Ada can buat business kek pulak ni. Hihi...
Amacm, tergoda tak...
Gambar raya, tak banyak sangat kut. Sibuk beraya punya pasal, sibuk makan lagi. Haha..
Gambar selfie banyak la kut :)
Anyway, meh layan la sikit gambar yang tak seberapa ni..
Kakak and mak tok. Beriya ku lilit shawl kakak.
Cantik tak kulit my mom. Maklumlah, pengguna setia Fiena Beauty and Shaklee macam anak-anaknya. Nampak muda kan, padahal dah nak masuk 60an dah my mom.
Actually nak belikan kakak tudung syria, tapi tak jumpa pula yang plain.
So, lilit jer la.. Comey anak mama :)
Ni jer kut gambar raya kami anak-beranak.
Macam biasa, every year ada la sekeping dua je kut gambar raya kami yang jadi.
Pink + peach kami tahun ni
Bukan senang tau nak selfie dengan cik abang ku yang tak suka bergambar ni :)
Hari-hari raya seterusnya, beraya jer la kerjanya. Tapi gambarnya takde. Sibuk beraya..
Last day sebelum masing-masing balik dari kampung, berjalan sekejap area Alor Setar, walaupun sebulan 1@2 kali kami balik Alor Setar. Ntah macam mana, terbawa anak-anak naik Menara Alor Setar. Selalu sangat lalu situ, anak-anak pun selalu tanya, so kali ni mama layankan. Excited betul kakak dengan ipan naik :)
Kakak and ipan sangat excited.
Mama pun happy bila anak-anak mama happy :)
Me with my sis aka mak long yang comey..
And of course kakak and ipan yang cheeky..
Mama with hensem boy mama
3 comments:
Selamat hr ry beb..oo asl aloqstaq noh..:)
Selamat Hari Raya Gieyana. Yup, Aloq Setaq:) Sekampung ka kita... ?
selamat hari raya..
Post a Comment