Salam sayang semua.. :)
Ok, entry kali ni ni, saya ingin berkongsi tentang kisah berpantang selepas melahirkan bayi pula ye.
Khas untuk ibu-ibu dan bakal ibu-ibu gojes semua..
Kalau zaman dulu, berpantang sering dikaitkan dengan pengambilan jamu (ramuan herba) untuk pemulihan semula badan selepas proses kelahiran. Memandangkan penggunaan jamu ini merupakan amalan turun temurun nenek moyang kita, minda kita seolah-olah sudah di program bahawa ibu berpantang memerlukan jamu untuk penyembuhan semula badan.
Memang tidak dinafikan jamu mempunyai kelebihannya tersendiri. Kalau dilihat semula, jamu berupaya memanaskan badan ibu dan merawat dari dalam. Namun antara kelemahan utama jamu ialah, mungkin sedikit panas untuk ibu serta bayi, dan ibu tidak dapat mengamalkan pengambilan jamu sepanjang tempoh bayi mengalami jaundice. Bayangkan bayi yang mengalami jaundice sehingga 2-3 minggu, sepanjang tempoh itu jugalah ibu berpantang tanpa sebarang rawatan. Akibatnya badan ibu akan berasa letih, tidak bermaya.
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang mula mengamalkan Set Berpantang Shaklee sebagai alternatif kepada jamu.
Apa perbezaan Set Berpantang Shaklee dan jamu? Persoalan yang sentiasa bermain-main di fikiran ibu dan bakal ibu-ibu semua. Semoga perkongsian ini dapat memberikan panduan dan membantu ibu-ibu membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan bayi yang bakal dilahirkan nanti k.
Jadi, jom kita baca 4 perbezaan utama di antara supplement Shaklee dan jamu seperti di bawah:
1. Bahan kandungan
Vitamin: Setiap bahan yang digunakan bagi memformulasi supplement Shaklee dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia. Malah, setiap supplement Shaklee yang dijual di Malaysia turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jamu: Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak dapat dikenalpasti.
2. Khasiat dan penyerapan oleh badan
Vitamin: Vitamin merupakan macronutrient dan micronutrient yang dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Contohnya,
di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin
C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau
Jamu: Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang kompleks memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan menyerap khasiat tersebut.
3. Kesan kepada bayi
Vitamin: Vitamin mengandungi bahan yang tidak
membahayakan bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan
penyaluran segala nutrient melalui penyusuan susu bayi. Ibu masih boleh meneruskan pengambil supplement walaupun anak mengalami penyakit demam kuning atau JAUNDICE.
Jamu: Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau sebaliknya. Malahan
kebanyakan doktor tidak membenarkan si ibu untuk meneruskan pengambilan
jamu sekiranya membawa kesan kepada bayi khususnya dalam meningkatkan
risiko JAUNDICE.
4. Waktu pengambilan selepas bersalin
Vitamin: Pengambilan supplement boleh dimulakan seawal hari pertama bersalin sama ada si ibu bersalin secara normal atau caesarian (pembedahan)
Jamu: Rata-rata
pengambilan jamu selepas bersalin hanya boleh dimulakan selepas
memasuki minggu kedua bagi memastikan bayi sudah tiada jaundice. Bagi
bayi yang mengalami masalah breastfeeding/prolonged jaundice, si ibu
lazimnya dinasihatkan untuk tidak mengambil jamu sama sekali.
Ini perkongsian Puan Salmeza Salih tentang pengalaman beliau berpantang anak pertama dengan jamu dan berpantang anak kedua dengan supplement Shaklee.
Terserah kepada kebijaksanaan anda untuk memilih yang terbaik untuk anda dan bayi anda. Apa pun yang anda pilih untuk diambil semasa berpantang nanti, pastikan ianya benar-benar selamat untuk anda dan bayi anda k.
Selamat Berpantang :)
Klik sini untuk info lanjut Set Berpantang Shaklee
No comments:
Post a Comment