Pejam celik pejam celik, dah hampir 9 bulan saya berhenti kerja sebagai seorang Senior Engineer dan menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah. Kalau ibu hamil tu, dah selamat bersalin dah ni.
Macam tak percaya pun ada ni. Waktu belajar kat Germany dulu, tak pernah pula la saya bayangkan diri saya ni seorang housewife. Dok bayang dulu, pergi office, pakai baju cantik-cantik, make-up cantik-cantik. Angan-angan tu pun tak tercapai sebenarnya, maklumlah kerja Engineer, jangan mimpila nak pakai cantik-cantik pergi kerja.
Waktu raya hari tu, ada juga sedara-mara tanya kerja kat mana sekarang. Ramai juga yang tak tahu saya dah berhenti kerja sebenarnya. Mula-mula tu segan gak nak cakap dah berhenti kerja buat online business. Tapi makcik ku ok jer, support lagi. Zaman sekarang ni, macam-macam dah boleh buat katanya :)
Setuju sangat dengan makcik ku, macam-macam boleh buat, tapi tak ramai yang ambil peluang tu.
Especially zaman semuanya di hujung jari sekarang ni kan. Daripada online 24 jam, tapi tak mendatangkan hasil yang berfaedah, apa kata sambil online tu, buat sesuatu yang mendatangkan hasil. Sesuatu yang menjadikan diri kita lebih baik dari hari ke hari, dan lebih bagus lagi, sesuatu yang mendatangkan hasil yang boleh membantu ekonomi keluarga kita. Semuanya di atas tangan kita, antara NAK atau TAK NAK saja.
Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya perlukan duit sekarang. Selalunya lepas raya ni, ramai yang dah pokai, masing-masing tak sabar tunggu gaji. Tapi bagi yang buat business Shaklee tu, tengah bulan jer, duit bonus masuk. Best kan.
Ada yang dapat 2@3 angka, ada yang dapat 4@5 angka, bergantung kepada usaha masing-masing.
Nasihat saya kepada anda di luar sana, mulakan sekarang walaupun langkah yang kecil. Kita tak akan tahu apa yang akan terjadi di kemudian hari. Mungkin suatu hari nanti, kita akan berasa sangat menyesal kerana tidak memulakan langkah hari ini. Lagi menyesal, kalau kita dah nampak peluang tu depan mata, tapi kita fikir punya fikir sampai terlepas peluang. Rugi kan.
Saya dulu pun, tak pernah terfikir langsung nak jadi housewife atau berkerja dari rumah ni. Maklumlah, zaman muda, komitment pun belum ada. Bila dah mula ada anak, otak mula ligat memikirkan anak-anak. Priority seorang ibu, sudah tentulah anak-anak dan suami. Hati tak tenang memikirkan anak- anak yang dihantar ke nursery, seawal 2 bulan dah dihantar ke nursery. Doa mama sentiasa mengiringi anak-anak mama agar sentiasa berada lindungan Allah. Bermula anak sulung saya, Aina Qistina, bila dapat pula Armin Irfan, lagi la meronta-ronta perasaan nak jaga anak-anak sendiri.
Kerana merekalah, lahirnya blog ni. Kerana merekalah juga saya memulakan online business.
Dan, perjalanan yang Allah aturkan sangat hebat, saya dipertemukan dengan Shaklee. Syukur Alhamdulillah, saya tidak pernah menyesal dengan Shaklee, malah sangat-sangat bersyukur. Dipertemukan dengan kumpulan dan orang-orang yang hebat, yang telah banyak mengubah diri dan perjalanan hidup saya sekeluarga.
Kalau dulu, pada saya, lepas resign, buat business sikit-sikit, dapat sikit-sikit cukup la. Buat bayar fees untuk kindy and saving sikit. Itu dulu. Semuanya dah berubah sekarang.
Saya perlu kerja lebih kuat lagi. Banyak lagi yang perlu dikejar, bukan kekayaan dunia semata-mata.
Ramai lagi yang perlu dibantu.
Dengan duit lebih yang ada, hutang boleh dilangsaikan dengan segera, lebih wang boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan, lebih lagi wang yang boleh diberikan kepada parents, boleh bawa satu keluarga pergi umrah... Seronok kan..
Ramai lagi orang di luar sana yang perlu dibantu, dari segi tahap kesihatan dan kewangan. InsyaAllah saya tak akan jemu dan berhenti untuk berkongsi tentang Shaklee, bukannya kerana saya taksub dengan Shaklee, tetapi sebagai salah satu ikhiar kita untuk hidup lebih sihat dan ceria. Dan kepada sesiapa yang ingin memulakan business Shaklee, pun jangan segan-segan untuk contact saya ya. Saya dan leader-leader lain tak pernah nak lokek ilmu untuk berkongsi segala ilmu dan tips-tips rahsia kami. InsyaAllah anda akan berada di kumpulan yang betul bersama kami..
Semoga kita semua berjaya dan menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.. :)
No comments:
Post a Comment