Bila kulit kita ni jenis yang bermasalah, especially yang sensitif, berminyak dan berjerawat, memang kita akan jadi extra prihatin bab-bab nak jaga kulit ni. Macam saya ni la.
Walaupun kulit saya ni jenis yang sangat bermasalah, korang boleh tengok sendiri la gambar saya yang dulu kat sini, tapi saya bersyukur juga sebenarnya. Sebabnya, disebabkan masalah kulit saya ni lah, saya mula mengambil perhatian bab-bab menjaga kecantikan luar dan dalam. Secara tak langsung, bukan saja masalah kulit berjerawat, kusam dan berparut saya semakin pulih, malah saya masih lagi bebas dari masalah jeragat dan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus tu. Kira awet muda la gitu. Eceh..
Bagi yang takde masalah kulit sangat tu, bersyukur lah, dan jaga dari awal supaya tak jadi masalah ye. Nanti bila dah jadi masalah, dibiarkan lama, susah tau nak sembuh semula. Ada sesetengah tu, malas nak jaga, mungkin kulit takde masalah sangat agaknya. Tapi bila tersedar jeragat dah mula naik, bawah mata pun dah kedut-kedut, mula la kalut nak cari produk. Jangan sampai nanti, umur baru 20-an orang ingat dah 30-an pulak ye.
Tips Menjaga Kulit Berminyak dan Berjerawat
Ok, jom saya kongsikan sedikit tips menjaga kulit yang bermasalah, berminyak dan berjerawat. Tips ni berdasarkan pengalaman saya sendiri, mana tau membantu anda juga kan :)
1) Amalkan rutin asas penjagaan wajah, sekurang-kurangnya 2 kali sehari
Ok, rutin asas ni adalah membersih, menyegar dan melembapkan. Amalkan 3 basic steps ni, sekurang-kurangnya 2 kali sehari, setiap pagi dan malam sebelum tidur. Kalau rasa kulit berminyak sangat, ok jer nak cuci waktu tengahari sebelum zuhur tu.
Ada orang cakap, kulit berminyak tak perlu guna toner dan pelembap. Tapi, pada saya dua-dua ni pun penting. Toner ni untuk membersihkan sisa-sisa yang tertinggal dan lebihan minyak. So, kulit akan jadi lebih bersih dan firm. Pelembap pula, kalau boleh pakai yang ada sekali SPF untuk sunblock. Bukan ape, kalau tak pakai nanti, alamat cepatla timbul jeragat dan garis-garis halus tu.
Yang penting, gunakan produk yang selamat dan sesuai dengan kulit ok.
2) Penggunaan scrub dan mask
Honestly, saya tak guna scrub dan mask. Sebabnya, kulit saya terlalu sensitif, jadi nak cari produk yang sesuai pun agak susah. Nasib baik lah ada supplement Shaklee kan, selain makan, saya juga guna untuk buat mask. Memang best dan jimat gitu. Supplement Shaklee yang saya guna untuk tempek kat muka, Vitamin E, Vitamin C, ESP dan Alfafa.
Bagi yang ada masalah jerawat, kena hati-hati yer bila nak guna scrub, sebab takut melukakan jerawat, makin teruk pula kulit nanti. Pada saya, if muka masih berjerawat, better elakkan dulu penggunaan scrub. Mask nak guna boleh, tapi guna yang sesuai dengan kulit ok. Go for natural lagi bagus, contohnya guna tomato ke, susu ke, putih telur ke. Untuk yang nak senang dan berkesan, guna jer supplement Shaklee macam saya :)
3) Penggunaan Make-Up
Ada orang, suka make up sebab nak cover jerawat dan parut kat muka. Seeloknya, rawat dulu masalah kulit tu. Bukan apa, bila kita guna make up ni, liang-liang roma pun boleh tersumbat especially kalau tak cuci betul-betul, dan ada sesetengah bahan dalam make up tu mungkin tak sesuai dengan kulit kita. Akibatnya, kulit tak boleh bernafas, allergik, jerawat pun makin bermaharajalela. Lagipun, kalau kulit bermasalah ni, make-up pun tak berapa nak nampak cantik kan.
4) Pemakanan
Paling penting, minum air masak secukupnya sekurang-kurang 2 liter sehari. Biasanya saya akan cuba minum hingga 3 liter sehari.
Makanan yang perlu dielakkan, bergantung juga. Ada orang, bila makan makanan tertentu, dia akan naik jerawat, contohnya bila dia makan makanan laut, makanan yang pedas dan sebagainya. Yang ni, diri sendiri kena monitor.
Macam saya, kalau saya minum susu, milo, makan coklat dan kacang, mula la jerawat akan naik bertempek. So, sebolehnya saya akan elakkan. Tapi bila rasa teringin sangat tu, bantai juga :)
5) Penjagaan Kebersihan
Hah, ni penting ni. Tapi ramai macam terlupa atau tak perasan. Dah kulit jenis bermasalah kan, kena la extra care sikit, ye tak.
Bila kita mandi dan basuh muka, jangan pula guna tuala yang kita lap badan tu untuk lap muka. Sediakan tuala kecil khas untuk muka jer.
Yang pakai tudung, silala tukar tudung hari-hari yer. Yang tak pakai tudung, ikat rambut ke belakang, takpun pakai hairband. Sarung bantal, kalau boleh, paling kurang pun, tukar la semingu sekali.
Kita tengah dalam usaha mengurangkan minyak dan bakteria yang singgah ke muka ni :)
6) Pengambilan makanan tambahan/supplement
Akhir sekali, hah, ni lagi satu yang ramai abaikan, padahal ni lah yang paling penting ni. Ramai yang terlalu fokus penjagaan luaran, try macam-macam produk, bila tak berkesan, give up. Padahal, bukan penjagaan luaran saja yang penting dik, penjagaan dalaman pun sama penting untuk merawat masalah kulit yang berminyak dan berjerawat ni.
Sebabnya, banyak faktor yang di luar kawalan kita, contohnya, stress, hormon, masalah penghadaman, toksin yang berlebihan dan sebagainya. Semua ni kena rawat dari dalam. Walau apa pun produk pilihan anda, pastikan ianya bukan setakat untuk bagi cantik jer, yang penting selamat terutamnya untuk jangka masa panjang. Pilihan saya, sudah tentulah produk Shaklee :)
Ini antara supplement Shaklee yang saya ambil.
Banyak lagi sebenarnya yang saya ambil, ESP, Alfafa, Herblax dan lain-lain.
Bukan hari-hari pun, ada yang memang ambil hari-hari, ada yang ambil dua tiga hari sekali, ada yang ambil bila perlu jer.
Tak muat camera nak ambil gambar:)
Salah satu ikhtiar saya bukan saja cantik untuk suami, malah untuk hidup lebih sihat dan ceria.
InsyaAllah
7) Sabar dan konsisten
Akhir sekali, sabar dan konsisten. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya, yang penting kita usaha. Bila dah usaha tu, kena sabar dan konsisten ye.
Sekian serba sedikit tips dari mak beranak 2 ni..
Semoga membantu yer adik-adik, kakak-kakak semua...
Rasa-rasa nak cuba produk Shaklee tu, jangan segan-segan contact saya ya.. :)
No comments:
Post a Comment