Thursday, 21 August 2014

Petua Mudah Tambah Susu Ibu Dengan Berkesan


Cabaran ibu menyusu yang paling sinonim adalah susu sedikit atau susu semakin berkurangan. Jom saya kongsikan 5 tips mudah dan berkesan tuntuk tambah susu ibu. Buat dengan istiqamah, insyaAllah susu yang semakin sedikit akan bertambah banyak dan mencukupi untuk bayi anda.

1. Kerap menyusu/pam

Konsep asas dan wajib dibuat jika mahu tambah susu ibu. Susu ibu terhasil dari konsep supply dan demand. Lebih permintaan (demand), lebih susu yang akan terhasil (supply). Semakin kerap ibu pam/menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Ibu perlu kosongkan payudara bagi menghasilkan lebih susu.

Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu. Sekiranya anda bekerja atau berjauhan dengan bayi, pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali.


2. Makan makanan penggalak susu

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian juga membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

3. Pemakanan seimbang

Ibu perlu jaga pemakanan. Jangan hanya diikut nafsu makan. Makan banyak tapi tak cukup khasiat juga tak guna. Jadi makanlah dengan ideal. Pilih menu yang seimbang. Untuk menjaga berat badan, usah makan sekali banyak. Tapi makanlah sikit-sikit dengan kerap. Paling penting sarapan. Jadi cubalah sebaiknya untuk tidak lupa bersarapan di waktu pagi. 
Pemakanan ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang sihat untuk anak. Selain itu kesihatan mental juga perlu dijaga. Elakkan stress, kerana ianya boleh menjejaskan susu yang akan terhasil. Jadi ibu menyusu pastikahlah yang kalian sihat fizikal dan mental. Barulah impian menyusukan anak hingga 2 tahun akan terlaksana.

4. Minum air ikut keperluan

Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Amalkan sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari. Air kosong ye. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu.

5. Pengambilan supplement

Pengambilan supplements amat disarankan untuk membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Supplements membantu ibu-ibu kekal sihat, cantik, cergas, bertenaga, dan yang penting ia memenuhi ruang kosong yang badan perlukan (vitamin, garam ,mineral). Ibu yang sihat dan bertenaga penting ya, untuk menjayakan penyusuan ibu dan membolehkan ibu-ibu menjalankan tanggungjawab melakukan kerja-kerja di pejabat dan rumah dengan sempurna.

Dan vitamin juga memperkayakan lagi nutrisi susu ibu yg semulajadi kaya dgn zat2.

Lagi satu, pentingnya pengambilan supplements ni, yang mungkin ramai tak sedar. Apabila kita menyusu ni, kita menyalurkan zat2 penting kepada bayi kita seperti protein, kalsium dan sebagainya. Apa jadi kalau kita tak perolehi zat yang secukupnya dari pemakanan kita? Mungkin semuanya disalurkan ke baby (the worst, untuk baby pun tak cukup), so, apa je yang tinggal untuk kita kan. Taknaklah nanti let say selepas 2 tahun berjaya menyusu tapi si ibu kelihatan tua dari umur sebenar.. selalu sakit-sakit, sakit pingganglah, sakit gigi lah,stress lah, masalah kedinginan, bla bla bla.

So, tepuk dada dan tanya sendiri jika anda perlukan vitamin atau tidak.. pilihan ditangan anda :)

Set Breastfeeding Shaklee

Disini saya sertakan sedikit info mengenai vitamin2 glamor Shaklee, demand tinggi di kalangan ibu menyusu, sehingga ada yg memanggilnya produk tambah susu badan :) InsyaAllah membantu tambah susu badan, dgn syarat kerap pam, jaga makan, rehat,doa, pengambilan air. Semua kena balance.

1) Vitalea
Lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

2) B Complex
Menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Membantu sebagai agen penenang/control stress.

3) Vitamin C
Merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik dan untuk tingkatkan immune system.

4) Alfafa
Merupakan galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.

5) ESP
Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Shaklee ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

6) Ostematrix
Diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga mengurangkan risiko osteoporosis


Klik sini untuk info lanjut Set Breastfeeding Shaklee

Testimoni Set Breastfeeding Shaklee

Jom kita baca pengalaman dari ibu-ibu yang mengamalkan supplement Shaklee





 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

3 comments:

Unknown said...

untuk saya, susu kambing bertindak sebagai milkbooster..pagi2 bancuh dgn vico:))..Saya juga mengamalkan hababtus sauda, alfalfa, ostematrix (kalsium), vitamin c, ESP (sumber protein) dan air suam 2-3 liter sehari...Alhamdulillah susu meriah..yang penting ikut konsep demand and supply.

y i e n said...

susu sy tengah merudum 2/3 hari ni, sedih sangat, huhu!

sy ade amalkan alfalfa shaklee jugaq, air pon dah mnum banyak ni :'(

Dr Akbar Abdullah said...


Info yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Memang pengambilan vitamin seperti B Complex, Vitamin C dan sebagainya sangat digalakkan kerana ia dapat juga memastikan kandungan khasiat di dalam susu badan mencukupi.