Masalah jeragat adalah masalah yang tidak berbahaya, tetapi agak serius kerana ia akan buatkan kita rasa rendah diri untuk tampil di khalayak ramai. Mana taknya, tompok-tompok hitam jeragat di kulit tu, akan membuatkan kulit nampak lebih tua dari usia sebenar, gelap dan kusam. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi
Punca Jeragat
- Terdedah kepada cahaya matahari terik
- Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
- Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
- Keturunan
Ramai yang mengatakan, jeragat ni agak susah untuk dihilangkan. Seolah-olah dah melekat dan sebati dengan kulit muka.
Ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit melakukan rawatan laser dan pengelupasan kulit untuk menghilangkan jeragat. Cara yang paling cepat dan mahal ni.
Selain itu, anda juga boleh mencuba rawatan dari dalam iaitu dengan pengambilan vitamin untuk membantu mengurangkan masalah jeragat. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat mengurangkan masalah jeragat, malah kulit akan menjadi lebih sihat, cerah dan berseri. Bonus, badan juga akan bertambah sihat.
Jom kita baca petikan dari Majalah Rapi mengenai pengambilan vitamin yang membantu mengurangkan jeragat:
1) Vitamin C
Penting dalam pembentukan kolagen. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan Vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.
2) Vitamin E
Terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu, Vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.
3) Protein
Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru.
Cadangan Supplement Shaklee Untuk Mengurangkan Jeragat
- Shaklee Collagen Powder
- Vitamin C
- Vitamin E
- ESP (Protein)
3 comments:
geng supermom gak kan? golek-golek tersinggah kat sini.
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan Jeragat.
Menarik..
Besar kesannya kan.
Perubahan yang ketara.
Post a Comment