Alhamdulillah. Saya baru sahaja mendapat berita gembira dari salah seorang customer saya yang beliau kini sudah hamil setelah mengamalkan supplement Shaklee untuk kesuburan selama lebih kurang 4 bulan. Customer saya ni actually nak ambil supplement untuk kulit juga, jadi beliau amalkan ESP, Vitamin C, Vitamin E dan GLA Complex. Kombinasi supplement ni adalah antara cadangan supplement untuk Set Kecantikan dan Set Kesuburan Shaklee. Sekarang ni tengah nak ambil supplement untuk ibu hamil pula.
Biasanya, apabila customers menghubungi saya bertanyakan tentang Shaklee contohnya untuk kesuburan, saya akan bertanya beberapa soalan, jadi saya akan suggest produk yang bersesuain mengikut kepeluan dan juga budget. Selepas pembelian, saya akan guide cara dan jadual pengambilan supplements ekslusif untuk pelanggan saya. Happy sangat rasa bila dapat membantu orang dan lagi happy bila dapat feedbacks yang happy macam ni. Mudah-mudahan semua pengguna Shaklee especially my customers mendapat kebaikan dari produk Shaklee. Supplement juga salah satu ikhtiar, selebihnya dari Allah jua :)
Bagaimana GLA Complex Shaklee Membantu Untuk Cepat Hamil
Salah satu supplement yang paling terkenal dan mendapat perhatian ramai untuk cepat hamil adalah GLA Complex Shaklee. Selain untuk kesuburan, GLA Complex juga membantu masalah senggugut, PMS, masalah hormon atau haid yang tak stable..
Sebagai
wanita, pasti anda perasan yang setiap bulan cecair serviks yang berbeza
dari segi warna dan juga kepekatan akan dikeluarkan. Salah satu cara
untuk mengenali waktu subur anda adalah dengan memerhatikan cecair
serviks berkenaan. GLA Complex membantu
seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk
kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Ada wanita yang
mengeluarkan cecair tersebut tetapi ianya tak cukup subur.. Ada wanita
pula langsung tidak mengeluarkan cecair tersebut dan itu tanda anda
tidak subur. Cecair serviks yang subur & berkualiti ini dikenali
sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”
dan ianya sangat subur, nipis, berair, cerah & likat. Tekstur lendir
serviks pada waktu subur inilah yang membantu sperma berenang terus ke
uterus seterusnya ke telur (ovum) melalui tiub falopio. Cecair subur ini
juga membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari. Jadi,
harapan untuk hamil makin cerah.
Ada juga
pasangan suami isteri yang masih belum dapat menimang cahaya mata kerana
mengalami masalah hormon yang tidak seimbang. Hormon yang tidak
seimbang mengganggu proses kitaran haid. Ringkasnya, jika period pun tak
tetap, agak sukar juga lah untuk kira hari subur. Di sinilah GLA
Complex membantu dalam kesuburan dengan menyeimbangkan hormon yang tidak
stabil dalam badan.
Cadangan Supplement Shaklee untuk Kesuburan Suami dan Isteri
Selain GLA Complex, berikut adalah antara cadangan supplement Shaklee untuk kesuburan suami dan isteri. Tapi, sebelum tu, apa kata baca sedikit info dari Doktor Pakar, Dr Hamid Arshat ni dulu k...
3) Vitamin C
Bagi lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Keunikan Vita-C Shaklee adalah pada sistem "sustained release" di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan dan akan bertahan lebih lama dalam badan.
4) ESP
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil. Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
5) Vitamin E
Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.
6) Zinc Complex
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.
7) GLA Complex
Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.
8) Alfalfa Complex
Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.
Sesungguhnya, rezeki itu adalah dari Allah. Tetapi kita sebagai hambanya haruslah berusaha dengan apa cara sekalipun selagi ianya tak melanggar batas. Lambat atau cepat juga dari Allah. Yang penting usaha, sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Selain usaha, banyakkan berdoa kepada Allah ya.
Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat dari Allah :)
Klik sini untuk info lanjut mengenai Tips Cepat Hamil dan Set Kesuburan Shaklee
No comments:
Post a Comment