Asyik share cara nak hilangkan jerawat la, cara nak cerahkan kulit la, cara nak hilangkan parut la..
So, entry kali ni, kita tukar sikit. Bila dah ada DO, mestilah ada juga DON'T nya kan.
Kali ni, saya nak berkongsi pula, antara perkara yang perlu kita elakkan untuk dapatkan kulit yang cantik. Jom la sesama kita yer, baca dan elakkan :)
1. Terlebih cuci muka
Semakin kerap mencuci muka, semakin bersih kulit kita. Fakta atau auta?
Ini adalah auta sebenarnya kerana mencuci wajah lebih dua kali sehari akan menyingkirkan minyak asli yang diperlukan oleh kulit. Jika kulit anda berminyak, juga disarankan tidak mencuci lebih 2 kali sehari, kerana semakin kerap anda mencuci wajah, semakin banyak minyak terhasil kerana kulit mendapat isyarat kondisi kulit anda kering dan perlukan lebih minyak.
2. Penggunaan scrub yang kasar
Anda sangka dengan menggunakan scrub wajah yang kasar maka makin dalam proses pembersihannya. Tidak! Scrub wajah seharusnya halus dan tidak menyebabkan kulit menjadi kemerahan. Scrub wajah yang kasar juga boleh menyebabkan pori tersumbat, tompok hitam dan juga kedut. Scrub wajah anda sekali atau dua kali seminggu. Jangan lebih!
Bagi kulit yang berjerawat, jangan sesekali guna scrub ya, kerana scrub akan menyebabkan jerawat anda luka dan mungkin bertambah serius.
3. Berjaga malam
Semua orang tahu apabila kita kurang tidur, wajah akan tampak sembap, kusam dan penat. Jika boleh elakkan menonton TV atau membelek telefon bimbit hingga larut malam kerana ia akan menghapuskan melatonin iaitu hormon yang membuatkan kita mengantuk dan mengawal ritma sirkadian (circadian) yang akhirnya menyebabkan wajah kusam dan berkedut. Oh ya, anda dinasihatkan tukar sarung bantal anda seminggu sekali kerana sarung bantal mengumpul minyak, sel kulit mati dan bakteria yang akhirnya melekat ke wajah anda.
4. Jangan biarkan diri anda berjemur di bawah terik matahari
Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.
Walaubagaimana pun, kalau dah terpaksa juga, atas tuntutan kerja atau bercuti contohnya, jangan lupa gunakan sunblock dan ambil supplement untuk melindungi kulit anda ok!
Klik sini untuk cara berkesan menghilangkan sunburn dengan cepat
5. Jangan gunakan kosmetik/makeup yang berlebihan
Terutamanya kosmetik yang banyak berasaskan minyak, elakkan. Penggunaan kosmetik atau makeup ini biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat. Akibatnya, segala masalah seperti jerawat, jeragat, pori-pori terbuka, kulit kusam dan sebagainya akan mula bermaharajalela. Dan, sebelum dan selepas anda ‘make-up’ pastikan anda membasuh muka anda dengan bersih ok.
6. Jangan sentuh muka anda
Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.
7. Jangan picit jerawat anda!
Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Jangan pula gatal tangan picit yer.
Ada banyak lagi JANGAN ni sebenarnya..
Next time insyaAllah kita sambung lagi yer. Elakkan yang 7 ni dulu :)
Happy weekend yer semua!
Gambar sekadar hiasan
Me with my two little kiddos spending wonderful time during weekend :)
1 comment:
Berjaga malam tu yang susah nak elakkan.. hihi.. btw nice sharing kak :)
Post a Comment