Sunday, 26 July 2015

Sakit Gout Yang Berpuluh Tahun, Hilang Dengan 'Ubat' Gout Berkesan


Assalamualaikum

Memandangkan promosi Vivix tinggal lebih kurang seminggu jer lagi, jadi ramai yang tak nak lepaskan peluang untuk grab harga JIMAT ni termasuk customers saya.


Vivix ni dikenali juga sebagai tonik ajaib, bukan sebab ada tok batin dok jampi-jampi botol tu, tapi kerana ia membantu memulihkan tisu/sistem badan kita daripada tahap DNA lagi. Sebab tu macam-macam cerita kita dengar sakit itu ini tapi lepas makan Vivix Alhamdulillah keadaan semakin pulih. Vivix bukan ubat sebenarnya. Tapi sebab Vivix membantu memulihkan dan mengupgrade sistem badan kita, lama kelamaan antibodi kita sendiri yg melawan segala kanser/virus yg menyerang tu.

Mereka yang pernah mencuba Vivix, rata-ratanya pasti akan repeat order lagi apabila dah merasai sendiri keajaiban dan kehebatan produk Vivix ni. Termasuk salah seorang customer saya ni, yang sebelum ni telah menghadiahkan sebotol Vivix untuk ayah beliau yang mempunyai masalah penyakit gout. Setelah mengambil sebotol Vivix, sakit gout ayah beliau semakin pulih. Dan bulan ni beliau repeat order 2 botol terus untuk ayah beliau. Alhamdulillah. Hati anak mana la kan yang sanggup lihat ibu bapa sakit. Boleh bayangkan betapa gembiranya hati seorang anak bila melihat ibu bapa kembali sihat dan cergas. Saya pun tumpang gembira untuk beliau.

Apa itu Gout

Gout ni terjadi disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Ia mungkin adalah hasil daripada makan makanan yang tinggi kandungan purine (purine dipecahkan kepada asid urik) ataupun sistem perkumuhan orang itu sendiri kurang berfungsi dengan baik.

Tanda-tanda Gout

Teringat saya waktu bekerja dulu, ada seorang rakan sekerja saya ni, selalu sangat MC disebabkan sakit gout, sampai pernah dimasukkan ke hospital juga. Bila datang kerja pun jalan terhencot-hencot. Honestly, itulah pertama kali saya nampak dengan mata kepala saya sendiri betapa seksanya pesakit gout ni, kesian sangat tengok. Muda lagi rakan sekerja saya tu, jadi tak semestinya orang tua je yang ada risiko sakit gout ni.

Antara tanda-tanda sakit gout:
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit juga mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Rawatan Dan Pantang-larang Pesakit Gout

1. Rawatan biasa
Ubat-ubatan anti radang (tahan sakit) berkesan untuk mengurangkan sakit,dan keradangan sendi. Walaubagaimanapun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut (gastrik), ada sesetengah ubat tahan sakit mengakibatkan loya, muntah dan cirit-birit.

2. Steroid
Peringatan: steroid hanya boleh diambil melalui nasihati doktor)
Lazimnya, cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang atau bengkak.
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan. Akibatnya, kegagalan buah pinggang mungkin terjadi.

3. Bagi mereka yang mengidap gout, cuba elakkan atau kurangkan makan makanan yang kaya dengan purin seperti:
  • Organ dalaman seperti hati, paru, jantung dan limpa.
  • Ikan bilis, ikan masin, ikan kembung dan ikan yang berbisa atau bersengat.
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan laut dan bercengkerang seperti ketam, udang, sotong dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan, brokoli dan bayam.
  • Kekacang seperti kacang tanah, lentil, kacang soya, dal, kacang panjang dan kacang buncis.
  • Makanan bercuka seperti sardine, kicap dan sayur jeruk
  • Buah-buahan seperti jagung, limau, mangga dan semua jenis jeruk.
Testimoni Vivix Untuk Pesakit Gout

Seperti yang saya kongsikan di atas, Vivix dari Shaklee insyaAllah membantu mengurangkan masalah pesakit gout. Antara perubahan yang dialami:
  • Sakit gout yang dah berpuluh tahun semakin pulih
  • Tidak perlu lagi bergantung kepada pain killer dan ubat gout
  • Dah boleh makan makanan kegemaran semula
  • Dah boleh berjalan seperti biasa
  • Badan semakin bertenaga
Ini antara kisah menarik dari pesakit gout yang telah mencuba Vivix:




Alhamdulillah, Allah lorongkan jalan mereka berjumpa dengan Vivix ni dan berjaya bantu masalah gout mereka.

Hanya 1 sudu sehari

4 ramuan hebat di dalam Vivix Shaklee

Bimbang dengan kesihatan anda atau ibu bapa yang semakin teruk?

Sila dapatkan Vivix Shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat demi kehidupan anda sekeluarga yang lebih sihat dan ceria :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 22 July 2015

2 & 3 Syawal, Orang Kedah Cakap Raya Sakan Ni :)


Assalamualaikum
Salam Aidilfitri

Memandangkan cik abang cuti lama kali ni, maka sempatla kami ni beraya sakan sikit rumah sedara-mara. Raya kedua and ketiga tu memang tak duduk rumah la, beraya aje kerjanya.

Bab-bab makan, jangan cakap lah. Fuhh, kalau tak control, and kalau tak kerana telan supplements Shaklee, ada harapan naik berkilo-kilo ni. Dengan kolestrol nya lagi, seram seram.
Yang specialnya, bila pergi rumah pak ngah kami, siap dijamu dengan durian, rambutan, langsat lagi. Maklumlah, rumah dekat dengan dusun. Dalam dok kenyang tu pun, confirm la tak tolak kan. Dah makan kat situ, siap bawak balik lagi. Hihihi..

Pergi rumah pak long, makan pulak biskut raya best-best. Siap ku mintak resepi lagi. Dengan harapan, tahun depan bole la rajinkan diri buat.

Okla, macam biasa, meh layan gambar yang tak seberapa ni. Sempat lagi selit-selit bergambar :)

Bila dah masuk raya kedua onwards, makanya mama dengan ayah takdenya la nak berbaju raya bagai.
Anak-anak jer la berbaju raya.
Raya kedua ni, ku pakai baju akad nikah je, baju 8 tahun lepas. 
Baju akad nikah still muat adalah satu kejayaan BESAR. hihi
Oppss, kain jer la, baju pakai baju lain.
Baju yang akad nikah tu 'seksa' habaq hang, ketatnyak mak ai, confirm cik abang tak bagi keluar rumah kalau pakai. Hihi

Waktu ni balik beraya rumah nenek kat kampung tengah sawah bendang.
Relax jer Irfan, sambil kena angin tu... Tengah sawah la katakan

Buah hati mama ni... :)


Gambar family raya kedua
Mahal ni gambar ni, bukan senang nak ajak cik abang bergambar

Dulu time saya kecik2, memang tiap-tiap tahun kami sekeluarga balik beraya sini..
Aktiviti wajib pagi raya, menapak keliling kampung kutip duit raya

Rindunya kalau ingat balik kenangan beraya kecik2 dulu


Beraya dari rumah ke rumah, semuanya sedara-mara

Raya ketiga, jauh sikit beraya. Ke Ipoh pulak kami
Dalam pukul 7 pagi dah bertolak sebab nak avoid jam. 
Mujur kakak dengan Irfan senang bangun awal, siap mandi pun relax jer. 
Maklumlah, dah biasa bangun awal pagi pergi school
Si kecik hero mama ni, balik rumah je cepat-cepat kumpul and kira duit raya.
Excited sungguh
Terbeliak biji mata bila mama cakap raya sebulan.
Dengan harapan, sebulan dapat duit raya. Hihihi

Ni cucu dengan wan kat R&R singgah isi perut dulu

My mom dengan mak su sebelah ayah yang jarang-jarang berjumpa

Meriah betul
Pak long kalau dah start bercakap, segala macam cerita keluar. 
Memang seronok sungguh :)

Maka berakhirlah cuti raya.
Back to reality
Dan bermulanya balik rutin harian mak-mak
Walaupun mood raya still on, nanti weekend la kut kita sambung beraya.
Ni makcik dah selempang tudung sempoi macam ni, maknanya makcik dah kena p shopping barang-barang rumah dah :)

Monday, 20 July 2015

Tema Raya 2015, Pink dan Brown :)


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

Fuhh, penat beraya dari first day raya sampai raya ketiga semalam. Hari ni baru duduk rumah, and curi masa sikit update blog kesayangan ni.

Mungkin ada yang dah start kerja rasanya hari ni. Tapi kitorang still dekat kampung lagi ni, sampai esok. InsyaAllah esok petang baru balik ke Penang.

Tiap-tiap tahun, macam biasa, kitorang tak pernah ada masalah nak balik beraya kampung siapa. Maklumlah, sama-sama orang Utara. Keluarga saya kat Alor Setar, Kedah and keluarga mertua pulak dekat Kulim, Kedah tapi biasanya beraya dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pagi raya pertama, kami solat sunat Aidilfitri and beraya dulu dengan keluarga sebelah saya, tengahari lepas solat Jumaat, baru kami ke Bukit Mertajam pulak beraya dengan keluarga sebelah mertua. Kelam-kabut jugak rasa ke hulu ke hilir, tapi yang penting seonok dapat berjumpa saudara-mara, bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Dengan makanan yang segala macamnya, jangan cakap la tahap kebuncitan perut hari tu. Takpe, bukan selalu kan, lepas makan telan la at least Herblax and Lecithin, takdenya nak rasa buncit and sengkak bagai. Hihihi...

Sebelum raya, ku dah berangan dah nak ada at least sekeping gambar family yang 'jadi', tapi macam tahun-tahun lepas jugakla, susah nooo nak dapat. Redha jer la..

Okla, meh nak tayang gambaq yang tak seberapa ni. Dalam sibuk-sibuk beraya tu, haruslah kan ambik gambaq sekeping dua, buat kenangan.
By the way, tema kami tahun ni, pink and brown. Takde la sedondon pun, tapi ada la match sikit-sikit :)

 My handsome little hero
Irfan la yang first sekali siap, sebelum pukul 8 pagi dah lengkap semua

Comeynya anak dara mama ni ber'instant' shawl.
Lega ada instant shawl ni, senang, sarung macam tu je
Last year, beriya mama lilit shawl kat kakak, tak sampai setengah jam kakak dah cabut. 
Rimas katanya

 Nasi impit and ketupat daun palas, hidangan wajib pagi raya

 Aktiviti wajib pagi raya, selepas sembahyang raya, sesi bermaafan pulak
Wan dengan cucu dah ready yer

 Mak tok dengan kakak pulak

Ok anak-anak, giliran mama dengan ayah pulak naaa..
Selfie dulu seround sebelum keluar beraya

 Satu-satunya gambar family yang ada
Mak pasrah :)

Ni pun boleh lah, kira gambar family jugak. Hihi

Kakak ni kurang gemar bergambar, ada mood
Ni kira ok sangat ni bila mama ajak bergambo kakak nak :)

Kalau dengan hero kecik mama ni, anytime ja on kalau bab ambik gambaq
Ni irfan posing konon-konon tengah tido

 Mama tak ajaq ni pose macam ni
Pandai betul Irfan pose. Gambar irfan paling win untuk hari ni :)


Samapai jer rumah keluarga mertua, terus dah tak bergambar. Punya letih makan ketupat.
Heheee...
Okla, nanti next entry kita sambung eh cerita raya kedua and ketiga :)

Thursday, 16 July 2015

Rahsia Ajaib Untuk Kurus Dan Cantik


Assalamualaikum

Dalam dunia hari ini, obesiti dan penyakit yang berkaitan dengan obesiti sebenarnya membunuh lebih ramai orang daripada kebuluran! Ada tak yang sedar, lebih ramai orang mati kerana terlebih makan daripada mati tak makan…

Dulu saya tak ambik tahu sangat bab-bab nak jaga berat badan ni, maklumlah badan pun sekeping je. Kalau bab-bab jaga kecantikan kulit, memang beriya la. Tapi sejak dah jadi mak anak dua ni, bila umur dah makin meningkat, metabolisma pun dah makin slow. Ada harapan berat badan naik jugak. Jadi, sebelum badan terus mengembang, molek sangat la jaga dulu apa yang patut.

Say NO to gemuk atau obesiti ni, bukan demi kecantikan semata-mata, malah yang lebih penting lagi untuk kesihatan.

Makin lama makin cantik pulak Amy Mastura ni.
Harap-harap bole maintain at least macam ni pun ok sangat dah ni :)

Zaman sekarang ni, nak cari tips atau info apa pun, tanya encey Google je. Senang.

Walaupun terdapat pelbagai maklumat percuma di internet untuk mengatasi obesiti, tapi kenapa lebih ramai orang mati akibat penyakit berkaitan obesiti?

Jom kita tengok apa yang ada di internet tentang mengatasi obesiti.

Ada tiga jenis maklumat percuma dalam internet:

1. Maklumat berdasarkan pembohongan secara terang-terangan

Claim merepek seperti,
“Hanya satu trik saja perut anda akan rata”. 
Biasa tengok kan benda macam tu? Maklumat yang tidak berdasarkan kajian macam ni sebaiknya diabaikan saja.

2. Maklumat biasa-biasa

Ini adalah yang berasaskan kepada satu atau dua kajian. Walau bagaimanapun, claim tersebut belum dikaji secara menyeluruh. Maksudnya, ia mungkin berkesan kepada beberapa orang, tapi tidak berkesan untuk kebanyakan orang.

3. Maklumat yang diteliti dan diuji secara saintifik

Secara purata, 10% dari maklumat yang kita cari di internet adalah daripada hasil kajian saintifik. Sebaiknya kita gunakan maklumat daripada kajian-kajian ni. Insya-Allah dari info-info ini kita boleh apply mengikut kesesuaian.

Di Shaklee, kami sangat menitikberatkan kajian saintifik, bukan semata-mata claim dan testimonial. Yang penting, ia mestilah mematuhi ajaran Islam.

Dan sebenarnya ada satu perkara yang boleh mengubah kehidupan kita dalam sekelip mata…
Bukan Shaklee semata-mata, bukan produk-produk lain, tapi ia adalah DOA.

Apa saja yang kita nak buat, nak sihat, nak kurus, sila lah makan produk terbaik dan ikuti langkah terbaik dan jangan diabaikan yang satu ini. Doa adalah senjata ajaib yang membantu kita untuk mendapatkan apa yang kita mahu.

Rasulullah SAW bersabda:
“Mintalah kepada Allah untuk segala-galanya, walaupun tali kasut kamu. Jika Allah tidak memberi, ia tidak akan pernah ada.” (HR Tirmidhi).

Kita nak badan yang kurus dan sihat, jangan lupa bermohon doa dari Allah agar diberikan badan yang kurus dan sihat.

Ramai orang silap faham konsep doa. Bila dah doa, kenapa nak usaha lagi?

Sebenarnya doa dan usaha mesti seiring. Kita kena buat dua-dua, tak boleh lah doa saja usaha malas, atau sebaliknya.

Rasulullah pernah naik keatas mimbar, kemudian menangis dan berkata, “Mintalah kepada Allah untuk keampunan dan kesihatan” (HR Tirmidhi).

Doakanlah yang spesifik. Contohnya: “Ya Allah, tolonglah aku untuk mencapai tahap lemak badan sebanyak 12% & bantulah daku untuk mencapai berat badan 45 kg”

Jangan sekali-kali memandang rendah kuasa doa  kerana doa yang ikhlas, Allah akan menerimanya dan akan membantu kita dalam cara yang tidak dapat dibayangkan.

Thanks for reading :)
Semoga artikel ni membantu anda!

Wednesday, 15 July 2015

5 Rahsia Kekal Sihat Dan Panjang Umur Cara Tun Dr. Mahathir


Teringat saya sewaktu saya menuntut di Germany dulu, waktu tu saya buat practical di Porsche selama 6 bulan. Bos saya waktu tu memang sempoi habis, suka bagi saya pinjam novel, suka sembang-sembang and banyak sangat tolong saya. Dia suka sangat bila bercerita tentang Malaysia. Dia kagum tengok Malaysia yang boleh hidup harmoni walaupun ada pelbagai kaum, dan lagi satu yang buat saya rasa bangga sangat time tu, dia selalu puji kemimpinan Tun Dr. Mahathir. Wahh, orang luar pun kenal and hormat dengan pemimpin kita. Tak ke bangga tu.

Baru-baru ini, Tun Dr. Mahathir telah menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke-90. Meskipun telah berusia 90 tahun, bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak berjasa ni masih kelihatan cergas dan bertenaga kan. Mudah-mudahan Tun Dr Mahathir sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dipanjangkan usia.


Mesti Tun Dr Mahathir ada rahsia kan, bagaimana beliau masih tetap kekal cergas dan bertenaga.

Jom kita ikuti 5 rahsia kekal sihat dan panjang umur cara Tun Dr. Mahathir.

1. Tidak menghisap rokok

Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin. Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Pelbagai penyakit merbahaya yang berpunca dari merokok adalah seperti kanser, penyakit jantung, strok dan sebagainya.

Ramai yang sedar merokok sememangnya satu tabiat buruk dan hanya akan meracuni diri serta orang sekeliling. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.

Ramai juga yang berazam dan sedang berikhtiar untuk berhenti. Tetapi, tak dinafikan ramai yang gagal dan berasa sukar untuk berhenti.

Brader ni pun dah mula merokok sejak berusia 14 tahun lagi. Beliau kini berkongi bagaimana beliau telah berjaya berhenti merokok buat selama-lamanya.


2. Tidak minum arak


Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul.

Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud kita kena minum arak pula. Sah-sahlah arak tu haram di sisi agama Islam.

Tak perlu susah payah nak cari minuman yang tinggi kandungan antioksidan. Vivix kan ada. Halal malah lebih bagus lagi :)


3. Makan secara bersederhana

Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

4. Makan multivitamin

Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

9 sebab mengapa anda harus mengambil multivitamin setiap hari:
  1. Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
  2. Faktor sibuk
  3. Termusnah akibat dimasak
  4. Stress (tekanan perasaan, tempat kerja dll)
  5. Kuantiti makanan yang semakin rendah
  6. Pencemaran alam sekitar
  7. Tabiat makan memilih
  8. Tahap penyerapan nutrien yang rendah
  9. Harga yang murah

5. Tidur secara mencukupi

Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997). Video untuk temuramah ini boleh ditonton di sini.

Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat ni, sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar diberi kesihatan, dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki :)

Petua Dan Cara Sembuhkan Demam Denggi


Semalam tengah tengok TV dengan anak-anak, pastu muncul iklan tentang demam denggi. Ternganga-nganga kakak dengan Irfan tengok. Makanya, bermulalah sesi soalan-soalan cepumas dekat mama, nyamuk boleh bunuh kita ke mama, itu la ini la. Masing-masing sampai terbeliak biji mata lagi.

Sejak kebelangan ni, statistik kes demam denggi di Malaysia ni semakin meningkat dan menjadi-jadi nampaknya. Kerajaan pun dah semakin giat menjalankan pelbagai kempen untuk memberi kesedaran tentang bahaya demam denggi ni.

Seperti yang semua sedia maklum, demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes atau lebih tepat lagi 2 jenis nyamuk aedes aegypti dan aedes albopictus. Virus demam denggi ini berjangkit pada manusia melalui gigitan nyamuk aedes betina yang biasanya banyak pada sebelah awal pagi dan senja.

Simpton Demam Denggi

Saban hari, ada saja berita yang kita dengar samada kenalan atau saudara kita yang kena demam denggi ni. Baru-baru ni, saya mendapat berita yang kenalan kepada rakan saya telah meninggal dunia akibat denggi berdarah. Ya Allah, terkejut sangat rasa bila dapat berita-berita yang mengejut macam ni. Muda lagi dia. Semoga beliau mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Jom kita kenali simpton-simpton demam denggi:
  • Demam yang tinggi secara tiba-tiba. Kemungkinan pesakit telah dijangkiti virus dalam tempoh beberapa hari sebelum demam dan selepeas itu barulah pesakit merasa kesakitan. Biasanya virus demam denggi akan memberi kesan selepas 8 ke 12 hari setelah pesakit digigit oleh nyamuk berkenaan.
  • Bintik-bintik merah. Bintik-bintik merah ini akan penuh di seluruh badan seperti ruam dan akan mengalami gatal – gatal.
  • Sakit sendi, otot dan belakang badan. Terasa sengal-sengal dan tidak berupaya untuk bergerak
  • Sakit Kepala
  • Pendarahan di bawah lapisan kulit, hidung dan gusi
So, parents semua, kalau anak-anak atau anda sendiri yang ada simpton-simpton ni, cepat-cepat yer pergi klinik.

Yang paling kita takut, kalau ia termasuk dalam kategori demam denggi berdarah yang boleh membawa kematian.

Cara Sembuhkan Demam Denggi

Tiada ubat sebenarnya untuk menyembuhkan demam denggi ni. Kebiasaannya, sekiranya warded, doktor akan memberi cecair yang akan disalurkan ke dalam tubuh bagi meggantikan kehilangan cecair yang banyak akibat demam denggi.


Selain itu, ada beberapa tips rawatan alternatif yang boleh dilakukan sebagai usaha untuk merawat pesakit demam denggi.

1. Air masak
Minum air suam/ air masak dengan banyak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari atau lebih.

2. Jus kiwi
Blend buah kiwi segar dan minum airnya.

3. Sup ketam
Masak sup ketam dan hirup kuahnya.

4. Jus kurma
Blend 11 hingga 21 biji kurma bersama segelas air suam. Minum setengah gelas pagi dan setengah gelas petang. Konsisten setiap hari sehingga sembuh.

5. Jus jambu
Minum jus jambu kerana khasiat jus jambu dapat melawan radikal bebas.

6. Jus pegaga
Blend daun pegaga segar dan minum jusnya.

7. Tembikai merah
Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Fungsi utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.

8. Jus daun betik
Minum jus daun betik yang matang (tumbuk daunnya dan perah untuk dapatkan jusnya). Rasanya agak pahit.

9. Amalkan vitamin dan supplements
Selain cara di atas, pengambilan vitamin atau supplements juga amat membantu untuk merawat pesakit demam denggi.

Bagaimana supplements Shaklee membantu merawat pesakit demam denggi?

Apa perlu dilakukan jika anda atau saudara dan kenalan anda dijangkiti demam denggi?
Ini saranan dari Nutritionist Shaklee yang ringkas, lengkap dan berinformatif untuk membantu anda.



1. Performance Drink



Performance Drink Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drink ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik.

Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

2. Nutriferon


Pengambilan Nutriferon juga adalah penting kerana Nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.

Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya interferon semulajadi didunia, malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan.

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema, alahan, asma dan antibodi lemah, anda juga sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.




Oleh sebab itu, saya memang sarankan sangat-sangat supaya anda ambil supplemen ini. 

Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi membunuh!

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit