Wednesday 19 July 2017

5 Tip Menjadi Suri Rumah Cemerlang, Terbilang, Gemilang :)


Bukan pekerja je yang perlu jadi cemerlang.

Wanita yang bergelar suri rumah pun perlu jadi cemerlang juga.
Cemerlang dalam menguruskan diri dan rumahtangga, suami pun makin sayang.

Jadi bagaimana nak jadi suri rumah cemerlang ni?

Berikut adalah 5 cara yang saya nak kongsikan.


1. Impian 

Tulis, bincang dan tampalkan impian rumah tangga anda bersama pasangan iaitu suami. Daripada impian itulah, suri rumah boleh rancang pelaksanaannya secara bersama-sama. Libatkan suami dalam impian anda. Suami akan merasakan dirinya lebih dihargai dan menjadi sebahagian daripada impian anda.

2. Ilmu 

Ilmu adalah cahaya. Cahaya yang membawa seseorang kepada impian yang dilakarkan. Asingkan bajet bulanan keluarga untuk bajet ilmu seperti kelas dan buku-buku yang diperlukan.

3. Atur Kewangan 

Kewangan adalah nadi utama keluarga. Buat bajet bulanan yang membahagikan antara perbelanjaan utama, perlindungan, pendidikan anak-anak dan lain-lain.

4. Pendapatan Sendiri

Merujuk kepada Bajet Kewangan, anda boleh menentukan sama ada anda memerlukan pendapatan sampingan atau tidak.

Pada saya, sebagai seorang suri rumah, lebih elok sekiranya jika kita buat sesuatu untuk ada pendapatan sendiri. Selain membantu meringkan beban suami, dengan adanya pendapatan sampingan ni juga dapat membantu menjadikan kewangan keluarga kita menjadi lebih stabil dan mantap.
Macam saya sendiri, Alhamdulillah gaji suami mampu untuk menampung semua perbelanjaan keluarga kami. Walaubagaimanapun, saya masih gigih menjalankan online business. Sebab, selain untuk simpanan, saya juga sebenarnya ada banyak impian yang nak dicapai :)

5. Kerjasama

Keluarga dan kerjaya sama pentingnya. Anak-anak yang membesar perlu mengetahui bahawa mereka mempunyai seseorang untuk mereka berkongsi cerita. Kerjasama dan kefahaman di antara suami isteri amat penting untuk memahami bahawa fungsi kedua-dua mereka amat penting demi kelangsungan keluarga mereka.


No comments: