Tuesday, 6 December 2011

Sinopsis Filem Ombak Rindu - best ker...


sape dah tengok citer ni? merata2 orang dok review pasal filem ni. semua cakap BEST, kira menangis2 la tengok cter ni. best sangat ker? baca sinopsis macam best, tapi aku kurang minat sikit citer2 yang jenis jiwang macam ni. layan biasa2 la. ada member kat ofis aku ni baru jer balik tengok. dia cakap tak best, buat rugi duit jer tengok. maybe sebab dia expect more kut, sebab dia ni memang kaki novel.

apa pun, jom baca sinopsis

Sinopsis:


filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.


Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.


Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

8 comments:

cik fadh said...

bole tahan la best cter die kak . tp btol, sape yg da bace novel ombak rindu bnyak kali dorg mmg xpuas hati dengan jalan cerite yg dah di adaptasi tu sebab kt novel lg bnyak jalan cerita n menariknyer..

fadh bace dulu2 dah lamer sgt novel ni, dah xbape igt jln cter die..n now bile tgok cter die, fadh suke jer..hehe

Mama Gee said...

ramai yg puji sedap dan sure menangis kalo pi tgk...
mama tunggu kuar dvd je le..nk nangis osrg2 kat umah...malu nangis depan org..heheheeh

Salina@IbuAqil said...

Tak boleh dibandingkan dengan novel.. Sbb novel is the best.. Tp cite ni pun x menghampakan.. ;) Ai tangkap leleh u.. ;p

etiey.com said...

ramai yg kata tak boleh dibandingkan dgn novel.. kata mereka yg novel lg superb... tak tahulah sbb yang movie blm nonton lg.. novel adalah baca

Mizz ErMa said...

best x cite nie? hajat di hati wiken nih nk p tgk cite nie..hehe

Cik Rose Cute said...

baca novel best giler...novelnya menusuk hati....filem tak tahu lagi..

lacoste uk said...

Its like you read my mind! You appear to know so much about this, like you wrote the book in it or something. I think that you could do with some pics to drive the message home a little bit, but other than that, this is great blog. A great read. I will certainly be back.

Cheap WOW Gold said...

I really enjoyed reading your blogs. Will visit this website again for sure.


http://gameonlineonly.com
http://handsomeboysclub.com
http://foreverhumor.com