Tuesday, 28 January 2014

[Parenting] Aktiviti Bersama Anak-anak di Taman Jubli Emas, Kedah


Siapa sini orang Alor Setar? Kampung saya pun kat Alor Setar, memang selalu sangat balik, sebulan tu wajib 1 atau 2 kali. Kalau balik rumah mak saya, biasanya ada saja la aktiviti. Aktiviti memasak, buat kuih, aktiviti berjalan-jalan, tak ketinggalan juga aktiviti makan (maklumlah, masakan ibu kan masakan paling sedap di dunia).

Seronok kalau keluar jalan-jalan kat Alor Setar ni, shopping pun best. Jalan tak sesak, barang memang series murah. Dah ada anak-anak ni, memang biasanya tempat tumpuan kami adalah taman-taman rekreasi. Kali ni saya nak share satu taman rekreasi yang agak best kalau nak bawa anak jalan-jalan. Saya pun tak sure dah lama ker taman ni, tapi saya baru tahu tahun lepas. Pernah dengar Taman Jubli Emas? Sila google sekarang :)

Taman ni area Alor Setar Kedah. Yang bestnya, selain ada taman permainan untuk kanak-kanak, ada juga track untuk jogging, main skateboard atau roller blade, ada kuda untuk disewa, dan yang paling best yang paling anak-anak saya suka, bagi ikan makan. Ada tasik yang besar kat situ, memang banyak sangat ikan kat dalam tu, dan diorang memang buat kat tebing-tebing tu khas untuk sesiapa yang datang bagi ikan makan. Jangan risau, korang tak perlu bawa makanan ikan dari rumah. Ada banyak orang jual makanan untuk ikan kat situ, sebungkus RM1 jer.

Tips : Beli roti instead of makanan ikan yang bulat-bulat kecil tu, sebab bila bagi jer roti, semua ikan-ikan kat situ memang serbu naik. Kalau yang makanan bulat-bulat tu, ikan tu macam tak excited sangat.

So far, dah 2 kali saya bawa anak-anak jalan-jalan kat situ. Memang happening taman tu, sentiasa ramai orang dan banyak aktiviti. So parents, apa kata bawa anak-anak korang gi situ, mesti anak-anak suka.

Jom kita layan antara gambar yang sempat saya snap dengan menggunakan camera handphone jer :)

 Segenggam sekali bagi. Memang berebut-rebut la ikan tu naik nak makan

Seronok kakak and ipan

Tasik dari kejauhan

 Ni makanan ikan yang ikan-ikan tak berapa nak excited sangat tu.
Agaknya dah selalu sangat makan kut

Mama dengan Ipan yang sangat cheeky :)

PS : Khamis malam ni saya akan balik Alor Setar lagi. Saya akan berada di Alor Setar dari hari Jumaat 31.01.2014 hingga hingga hari Isnin 03.02.2014. So orang-orang Alor Setar yang ingin dapatkan supplemen Shaklee secara COD, boleh hubungi saya cepat-cepat yer. Yang nak jumpa saya untuk tahu tentang peluang business Shaklee pun boleh. Jangan segan-segan k :)

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

No comments: