Monday, 20 January 2014

[WAHM] Tips Pengurusan Masa Ibu. Antara Keluarga, Kerjaya dan Business


Ok, kali ni saya ingin berkongsi dengan anda semua tips pengurusan masa yang berkesan untuk ibu-ibu yang bekerjaya dan pada masa yang sama juga mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan keluarga dan online business. Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang saya menjalan online business secara sambilan sambil bekerja. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu di luar sana yang juga sedang menjalankan online business secara sambilan. Jika anda melakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil yang secara sambilan pun boleh menjadi sepenuh masa kan.

Jadual tugas sebagai seorang Senior Engineer di salah sebuah Multinational Company sememangnya agak padat, dan masa yang ada hanya untuk tugasan kerja. Biasanya, waktu rehat akan saya gunakan sebaik mungkin untuk tujuan business. Selebihnya, hanya di rumah. Tapi, bila di rumah, ada juga tugas lain menanti, tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak juga tidak boleh diabaikan.

Jadi, bagaimana untuk membahagikan masa dengan sebaik-baiknya? Tiada apa yang mustahil sekiranya anda tahu apa keperluan anda dan apa yang anda mahukan. Rancang kerja seharian dan berbincanglah dengan suami  untuk dapatkan kerjasama. Jom baca tips berikut:

1) Utamakan Diri

Walau sesibuk manapun anda di pejabat dan di rumah, jangan sesekali mengabaikan keperluan dan hak diri sendiri. Jika anda tidak mengutamakan diri dengan menjaga kesihatan mahupun kecantikan, anda mungkin tidak dapat menguruskan anak, suami, kerjaya dan business dengan sempurna. Bayangkan jika keadaan diri tak terurus, badan selalu sakit dan letih, badan semakin lama semakin berisi, kulit pun pucat tak berseri, emosi tak stabil. Pasti semua kerja tak menjadi dan hubungan suami isteri pun semakin hambar nanti.

Jadi, pastikan anda mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. 

Untuk mengekalkan tahap kesihatan dan juga untuk menjaga kecantikan, saya sendiri mengamalkan supplemen Shaklee. Alhamdulillah, dengan supplemen Shaklee, badan terasa ringan, bertenaga, kulit semakin cantik, penghadam semakin lancar, dan banyak lagi perubahan yang dapat saya rasakan. Bukan saja untuk saya sendiri, malah keluarga saya juga mengamalkan Shaklee termasuk anak-anak saya.

2) Tetapkan dan Bahagi Jadual Kerja

Kadang-kadang kita terasa banyak sangat benda yang perlu dilakukan sampai rasa tak tahu nak buat yang mana satu. Penyelesaiannya, buat jadual harian dan senaraikan perkara yang perlu dibuat mengikut keutamaan.

Bagi suami isteri yang sama-sama sibuk bekerja, tak salah sekiranya tugas kerja rumah dibahagi bersama suami untuk meringkan beban. Sekiranya, anak-anak dah besar, kita juga boleh melatih anak-anak membantu kerja-kerja kita.

Alhamdulillah suami saya juga banyak membantu melakukan kerja-kerja rumah dan juga business saya. Bayangkan la, selepas balik bekerja, tugas membasuh baju, basuh pinggan-mangkuk, memasak, mengemas rumah apa yang patut, itu belum masuk bab-bab melayan anak-anak dan business lagi. Kalau takde tenaga, memang flat habis kan :)
Ada kerja yang suami tolong dan saya juga melatih kerja-kerja yang simple untuk anak-anak saya buat contohnya mengemas katil, mainan dan buku-buku mereka. Apabila tiba waktu mengemas rumah, sememangnya sudah menjadi rutin kami sekeluarga akan sama-sama bergotong-royong.

3) Fokus dan Gunakan Masa dengan Sebaiknya

Teringat kata-kata seorang kawan sekerja saya dulu:

"Masalah office semua I tinggal dekat guard house je, esok pagi datang kerja i kutip balik"

Masalah atau kerja di pejabat, tak perlu la angkut bawa balik rumah sekali. Gunakan masa dengan sebaiknya, dan habiskan di tempat kerja. Jika tak sempat, esoknya boleh sambung lagi. Itulah prinsip saya sebenarnya.

Balik dari kerja, di rumah adalah masa untuk keluarga. Aktiviti rutin tiap-tiap malam bersama anak-anak saya, kami akan bercerita mengenai aktiviti mereka di day care, diselang-selikan dengan aktiviti seperti melukis, mewarna, membaca buku, menjawab kuiz dan sebagainya.

Apabila anak-anak tidur, barulah saya akan betul-betul fokus kepada online business pula. Selepas saya tidurkan anak-anak, samada saya akan bangun balik atau saya akan bangun awal pagi seawal 4 pagi untuk kerja-kerja online business saya.

***********************************************************

Itulah serba sedikit antara tips penting bagaimana untuk membahagikan dan menguruskan masa sebagai seorang ibu, antara keluarga, kerjaya dan business.

Susah ker? Tak susah sebenarnya jika kita betul-betul komited dan fokus dengan apa yang kita lakukan.

Setiap dari kita mempunyai masa yang sama, 24 jam sehari. Bezanya, bagaimana kita menggunakan 24 jam yang Allah berikan tu kepada kita.

Masa merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh sebab itu, kita amat dituntut untuk uruskan masa dengan baik, dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan tidak sia-sia.  Sebenarnya kita mampu mengawal masa dan kehidupan kita dengan mengubah cara berfikir, cara bekerja dan melaksanakan tanggungjawab harian kita. Kita dapat menyusun tugas dan aktiviti kita dengan berhenti melakukan perkara-perkara yang remeh dan tak berbaloi dilakukan. Fokuskan masa kita perkara-perkara yang penting dan bermanfaat sahaja ok.

"Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan masa"

"Masa itu Emas"

 me with my 2 sweet and adorable kids
kakak yang ayu and ipan yang cheeky :)
 
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

2 comments:

The AQ Camaraderie. said...

Salam Hajar,
Best nya dah dapat jadi WAHM. Saya pun sedang berusaha ni. Perkongsian Hajar ni telah memberi idea kepada saya bagaimana nak buat bisnes sambil berkerja.

Thanx.

Unknown said...

idea yg bagus mengenai pengurusan masa ibu