Friday, 3 January 2014

[Testimoni] Jerawat dan Parut Hilang, Berat Badan Kurang dengan Shaklee


Kami yang dulu, bukanlah yang sekarang....
Entry kali ni agak istimewa, kerana saya akan berkongsi pengalaman saya dan kakak saya selepas mengamalkan supplemen Shaklee.

***********************************************************

Semalam sembang-sembang petang dengan suami saya,

Saya : "Abang abang, sejak sayang ambil Shaklee ni kan, abang nampak kulit sayang ada perubahan tak bang.."
Cik Abang : "Haah. Makin cantik"
Saya : (Sambil terseingih-sengih) "Ye ke. Betul ker ni"
Cik Abang : " Yer, makin gebu"

Cik abang saya ni memang susah sikit nak puji-puji. Agaknya perubahan tu dah lama dia perasan sejak saya ambil Shaklee, tapi bila saya tanya baru dia cakap. Ini perubahan kulit, sebenarnya ada lagi perubahan positif lain selepas ambil Shaklee, cuma yang tu bab-bab hubungan suami isteri dan keintiman. Jadi faham-faham jer la yer :)

Ada 2 soalan yang selalu saya terima tentang keadaan kulit saya.


1) Betul ke kulit saya dulu betul-betul teruk dan sekarang dah licin?

Jawapannya betul. Semua gambar yang saya kongsi di sini, takde edit Photoshop bagai atau menggunakan Camera 360. Sebabnya, saya memang tak pandai guna Photoshop dan saya tiada Camera 360 :)
Wajah saya dulu sememangnya sangat bermasalah kerana dipenuhi jerawat, parut dan amat kusam

2) Perubahan kulit saya sebab F'iena Beauty atau Shaklee?

Titik pertama perubahan kulit wajah saya ialah apabila saya menggunakan F'iena Beauty.
Boleh baca kisah selanjutnya di sini

Sejujurnya, banyak perubahan positif setelah saya menggunakan F'iena Beauty. Jerawat dan parut semakin hilang, kulit pun semakin cerah berseri. Alhamdulillah produk ni sesuai dengan saya.

Tetapi langit tidak selalu cerah. Maklumlah, kulit memang jenis bermasalah. Ada kalanya, wajah saya naik juga jerawat yang banyak secara tiba-tiba. Ada kalanya licin.

Tapi saya tetap teruskan menggunakan F'iena Beauty sebab saya yakin produk ni sesuai dengan kulit saya dan pasti bukan salah produk luaran, kerana setiap hari saya melakukan rutin yang sama, dari mencuci muka, memakai toner dan pelembap. Luaran jaga pun, tapi kalau dalaman tak jaga pun tak boleh juga. Lagipun, kebanyakan masalah kulit bermula dari dalaman seperti faktor hormon, stress, toksin, pemakanan, kekuarangan nutrien dan sebagainya.

Apabila saya mula mengambil supplemen Shaklee untuk dalaman, perubahan kulit saya makin ketara. Tiada lagi masalah naik jerawat banyak secara tiba-tiba, masalah jerawat yang lambat mengecut, kulit semakin sihat dan glowing. Perubahan yang dirasai bukan sahaja pada kulit, malah juga pada kesihatan, badan semakin bertenaga, tiada lagi masalah penghadaman dan banyak lagi.

Sehingga sekarang saya masih menjadi pengguna setia F'iena Beauty dan supplemen Shaklee.
Kesimpulannya, untuk merawat masalah kulit, penjagaan dalaman dan luaran juga sama pentingnya. Bila dalaman bersih dan cantik, insyaAllah luaran juga sama.

Berbeza dengan kakak saya, masalah bukan kepada kulit, lebih kepada berat badan. Sampaikan, mak saya pernah cakap, tak pernah tengok kakak saya kurus. Dari kecil memang comel :) Tapi sekarang ni, saya sendiri pun bangga tengok perubahan kakak saya, slim dan semakin cantik. Jealous uuu... Berkat kesungguhan dan keazaman beliau, kakak saya kini dah berjaya mengurangkan berat badan beliau.

Susah ker nak kurus?
Bak kata kakak saya, "Senang jer nak kurus".
Kalau tanya apa rahsianya, Shaklee la :) Tapi of course la kena jaga juga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat.
Sekarang, kakak saya tengah mengamalkan supplemen Shaklee, bukan sahaja untuk mengawal berat badan beliau malah juga untuk kesihatan diri. Pergi gym pun rajin kakak saya ni.

Kakak saya dulu, dan sekarang
Terharu dan bangga tengok perubahan kakak saya


So, siapa cakap kulit bermasalah tak boleh kembali licin berseri?
Siapa cakap badan yang jenis gemuk dari kecil tak boleh slim?

Kalau hanya mengeluh, merungut, memang tak boleh.
Sampai bila-bila pun tak boleh, down dan sedih dengan masalah yang dihadapi.
Apa yang lebih penting, TINDAKAN anda. Apa yang anda sudah lakukan untuk selesaikan masalah anda.
Sejauh mana keazaman, kesungguhan dan kesabaran anda.
Itu yang lebih penting.

Alhamdulillah, banyak perubahan kami sekeluarga sejak mengamalkan Shaklee. Baik dari segi kesihatan, kecantikan mahupun ekonomi keluarga.
Mudah-mudahan kita semua diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

 me & my gojes sis jadi pengapit pengantin :)

Jika ingin dapatkan konsultasi mengenai produk Shaklee, jangan segan-segan hubungi saya yer.
Exclusive consultation hanya khas buat anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop.
By the way, kakak saya juga pengedar Shaklee. If nak COD area KL pun boleh melalui kakak saya:)

Klik sini untuk info lanjut Set Kecantikan Shaklee

Klik sini untuk info lanjut Set Kurus Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: