Monday, 6 January 2014

[Berpantang] Tips Penjagaan dan Pemakanan Ketika Berpantang Selepas Bersalin


Siapa yang tak kenal celebrity blogger yang juga model dan pelajar, Hanis Zalikha. Jangan tak tahu ibu beliau juga seorang model (tahun 80-an) dan masih anggun hingga kini. Aunty Nani Rustam banyak mengamalkan petua kecantikan.

macam kakak dengan adik jer kan :)

Antaranya ialah PETUA SELEPAS BERSALIN ini:
  • Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani.reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. i cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.
  • Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring
 .
  • Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.
  • Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya.Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.
  • Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.
  • Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.
  • Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru.....
  • Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.
  • Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.
  • Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, insyallah…badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.
Aha, jangan tak tahu Aunty Nani Rustam juga mengamalkan vitamin Shaklee tau!
Nak cantik macam Aunty Nani Rustam, yuk amalkan pengambilan makanan tambahan dari sumber semulajadi. Semestinya Shaklee!

Klik sini untuk info Set Berpantang Shaklee

Klik sini untuk panduan pemakanan yang disarankan dan dilarang ketika berpantang selepas bersalin
 

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: